Aku bertukar ke sini SECARA PENTADBIRAN, ini bermakna aku di sini sementara sahaja.Bila-bila masa jika tempat keje lama nak panggil, aku terpaksa akur dengan arahan itu.Aku hanya seorang penjawat awam yang sentiasa menurut perintah.Kata suami, kalo ini sahaja rezeki yang Allah nk bagi untuk hidup sama, syukurlah.Sekurang-kurang nya Allah bagi peluang.Enjoy it until the last drop.
Di sini aku kene bergerak pergi keje jam 6.45am.Dulu 6.45am la aku baru nk terhegeh-hegeh bangun.Masa tu jugak la nak gosok baju,nk siap-siap,pendek kata semua nak buat masa tu jugak.Sekarang tidak lagi,hujung minggu la masa aku mengosok 5 pasang baju keje.Dulu nak tengok iron pun aku rasa tak larat tapi sekarang kene buat-buat larat.ehehe.Tapi sekarang tiap-tiap hari aku jumpa suami aku.Tiap-tiap hari aku boleh carik gaduh dengan dia..hahaha.Kata suami,kalo kene pindah semula ke tempat keje lama dia tak nak aku rasa terkilan sepanjang duduk sama.Fuh..rasa macam ada lagu hindustan tengah berputar time dia cakap.Ala..suara perempuan tengah nyanyi aaaaa...kat dalam cite MOHABBATAIN tu..(aku tak reti nak eja)
Apa-apa pun..syukur atas kurniaan ini.Semoga kehidupan kami dipermudahkan di dunia ini dan di akhirat kelak..AMIN
Jalan dari rumah ke tempat keje lama...ni gerak jam 7.45am dari rumah..tenang kan??
Jalan dari rumah ke tempat keje baru..jam 6.45am..kalo gerak lambat sikit jalan kompem jammed..