Adik yg bawak kami tour ni student kat Guangzhou jd dia cadangkn utk kami amik pakej tour ke Guilin ni. Cuma yg x brapa best tourist guide yg bwk tour ni mmg x bleh ckp selain bahasa China.English pun out..maka kami mmg xleh jauh la dari adik yg bwk kami ni.Sadis sungguh, tp peduli apa sbb objektif kami nk tgk tmpt org.
Guilin ni tempatnye mcm perkampungan yang mmg kampung sungguh.Dalam suasana musim sejuk kat China ni mmg rasa mcm duk dlm peti sejuk bil ada kat Guilin ni. Majoriti masyarakat kat sini petani dan sumber pendapatan lain adalah perlancongan.Tempat dia mmg cun..hasil tanaman dia pun..fuhh..rasa mcm mkn dlm peti sejuk. Segar dari ladang.
18/1/2013
Kawasan kampung yg dilalui utk ke Guilin..8 jam tu naik bas..mcm KL ke Perlis |
Sampai2 je terus kami di bawak naik rakit ke sungai ni..kiri kanan sungai ni adalah bukit bukau dan ada temple kat celah bukit tu..sojuk ooooo |
Lepas selamat mendarat dari rakit kami di bawa masuk ke gua pulak..nama gua ni rasanya Silver Cave..mmg cun dalam gua ni |
Setelah seharian naik dan turun bas akhirnya sampai jgk ke hotel penginapan..tgk beg2 itu..tgk plastik yg tertambah diantara beg2 itu |
Pemandangan dari balkoni bilik hotel..rasa mcm kat set pengambaran drama China..ehehe |
Setelah berehat ala kadar maka kami pun menjalankan aktiviti bebas malam itu..jln2 kat tepi hotel.Kata tourist guide kami area sekitar hotel ni di panggil Western Road.Byk pub dan gerai2 cenderahati |
Sempat jgk try cerita 4D..ceritanya siap kita bleh rasa kalo watak citer tgh berlari..ada ulat merayap..fuhh..penuh kejutan |
Try mee tarik..kat China adik yg bwk kami ni ckp xde mee kuning.Mee diorg semua yg jenis tarik ni je. |
Model mee tarik sebelum mee itu di berpindahkn ke dalam perut |
Rupa luar restoran yg kami makan..ada tanda halal ye.. |
Kiri kanan tu pub..aku di jalan yg lurus..jgn risau..ehehe |
Ini adalah aktiviti pada 18/1/2013. Esok pagi plak kami sambung dibawa berjalan ke tempat lain kat Guilin ni.
19/1/2013
Ni nama tempatnye Batu Belalai Gajah sebab ada batu kapur yg bentuk mcm gajah tgh minum air.Cun utk bergambar.Org dtg sini mmg semata2 nk bergambar je. |
Dah bergambar di Batu Belali Gajah maka seterusnya kami pun ke taman di Guilin ni. Taman dia ni mmg cun..ramai bwk anak2 main2 kat taman ni.Bersih pun bersih..sejuk sudah pasti..ehehe |
Untuk malam yg ke-2 ni kami menginap kat hotel ni. Rasa mcm tidur dlm istana maharaja Cina dolu2.Memang cun..naik lif dia pun rasa mcm masuk bilik org gaji raja..ehehe. |
Hari ke-2 ni memang banyak berjalan,melihat dan bergambar. Nak tau sejarah dia kami tak paham. Tapi mmg sgt cantik tempat2 kat Guilin ni..x paham pun ttp rasa berbaloi. Yang pastinya aktiviti mlm ke-2 ni xde sbb rasa tenaga dah habis. Nk kene cas balik utk esok perjalanan balik Guangzhou..adoi nk kene naik bas lg 8jam.
20/1/2013
Dalam perjalanan balik ke Guangzhou kami di bawa menyinggah melihat demonstrasi teh ni.Beli jgk la satu yg sesuai utk cuci toksin katanya. Sodap jgk walaupun kene minum tanpa gula. |
p/s: Agak2 kalo korg cukup tabah tak setakat ni utk ikut trip mcm ni??ehehe
Tiada ulasan:
Catat Ulasan