Selasa, 4 Januari 2011

Pose kegemaran aku dan dia (dia buat2 suke je sebab melayan aku)

Aku jika bergerak ke mana-mana pasni ada kamera di dalam beg.Tak kira la beg aku bertukar saiz ataupun corak (maknanya pakai beg baru la..sale kan baru lepas..saje nk inform..hehe).Oleh kerana ada kamera maka aku amat sukalah mengambil gambar.Namun aku perlulah ada dalam gambar itu.Atas sebab musabab ini maka terhasil la gambar yang pose nye sama aje.Yang penting gambar akak ada dalam tu dan keadaannya cun..ehehe

Dalam perjalanan ke airport Skudai untuk ke Sabah

Cari barang di Sabak Bernam

Balik Sabak Bernam untuk kenduri sambut menantu (aku la menantu tu)

Dari Sabak Bernam balik ke KL (selepas aku di sambut)

Sebelum nak amik gambar outdoor kat Melaka (outdoor di backdated kan)

Balik ke KL selepas menyambut tahun baru 2011 di Sabak Bernam (saje kurangkan bilangan orang kat KL..sian diorang nak sambut tahun baru sempit..ehehe)

Cukup la tu..kang muak pulak tengok muka akak yang makin lama makin labuh pipinya.

Saya berazam dengan sepenuh hati..(dan juga sepenuh tenaga)

Tahun baru sudah pun muncul.Asal muncul je tahun baru maka sibuk la kita membuat azam.Tidak terlepas untuk turut sibuk adalah diri ini.Sepenuh jiwa dan raga saya akan cuba memastikan azam ini dapat dilaksanakan dengan penuh kekuatan fizikal dan juga mental.

jeng

jeng

jeng

jeng


Tak sabar la tu nak tau azam saya.Inilah azam saya...hahaha




SAYA DENGAN SEPENUH JIWA DAN RAGA TANPA PAKSAAN DARI MANA-MANA PIHAK DENGAN INI BERAZAM UNTUK TIDAK MEMBELI APA-APA BARANG TUPPERWARE LAGI UNTUK TAHUN 2011...(dalam nada tegas dan penuh semangat)

Cukup la tu yang dah sedia ada dan masih belum diguna lagi..hehehe

Isnin, 3 Januari 2011

Cerita sedih saya..

Sedih adalah perkataan yang paling susah untuk wujud dalam diri saya.Walaupun setahun saya tidak dapat duduk bersama suami namun itu masih tidak cukup untuk mewujudkan perkataan sedih dalam diri.Walaupun saya kehilangan gelang pernikahan,hilang 2 jam yag diberi suami ia tetap juga tidak menerbitkan perkataan sedih.Namun kehilangan seseorang dalam hidup saya baru-baru ini telahpun mencipta satu rasa SEDIH yang masih kuat dalam diri saya.Hari ini genaplah 11 hari MAKTOK saya pergi meninggalkan saya.

Kali terakhir saya berjumpa maktok adalah 5/12/2010.Saya pulang ke rumah maktok di Pontian,Johor manakala suami saya balik ke kampung beliau di Sabak Bernam(beginilah hidup kami).Kata suami 'balik la kampung sebab kalau saya ikut dia balik Sabak Bernam nanti saya nak balik ke Kota Tinggi takut letih sebab hanya cuti hujung minggu'.Maktok masih sihat hari itu.Dia masih gagah dalam usianya 82 tahun.Teringat saya dia melambai saya sebelum saya hendak bergerak pulang ke Kota Tinggi.Tidak sangka itulah kali terakhir dia akan melambai saya.

Kata Cik Aced, maktok mula-mula demam pada 19/12/2010 dan tak nak makan.Dia cuma nak minum air suam sahaja.Kata maktok perut dia rasa berat,kalau makan pun mesti muntah keluar.Maktok hanya baring sepanjang hari.Kata Cik Aced kalau di ajak ke hospital dia tak nak.Namun bila keadaannya semakin teruk,dia di bawa juga ke hospital pada 22/12/2010.Sempat saya datang melawatnya di ICU Hospital Sultanah Aminah JB.Tapi maktok dah tak sedar.Kata doktor jantung maktok lemah,usus dia pun bengkak dan buah pinggang rosak.Jika buat pembedahan pun lagi akan menyeksa dia.Maktok hanya menunggu masa sahaja.Saya tak sanggup melihat keadaan maktok.Saya nak bercakap dengan dia di ICU tu pun tiada perkataan yang keluar,hanya air mata sahaja dan sedu sedan saya.Berat sungguh melihat maktok begitu.Saya hanya mampu memegang tangan maktok dan mencium nya.Pada saya mungkin ini kali terakhir tangan itu akan dapat saya cium.

Pada 23/12/2010 alat bantuan pernafasan maktok terpaksa dibuka kerana semua ubat yang disalurkan kepada beliau tidak lagi dapat diterima oleh tubuhnya.Hari itu saya tidak mampu untuk melihat maktok.Saya hanya duduk di rumah dan mengulang-ulang bacaan yassin.Air mata saya tak berhenti dari terus gugur bila teringat kan kedaan maktok.Akhirnya dalam jam 8.00 pm pergilah maktok saya meninggalkan kami semua.Jenazah maktok selesai diuruskan dan disembahyangkan di hospital sebelum dibawa pulang.Jenazah selamat tiba dirumah jam 12.30 mlm.

Mungkin pelik kenapa saya begitu beria sedih walaupun maktok hanyalah maktok.Jawapannya,ketika kecil maktok la yang menjaga saya.Dibandingkan dengan adik-beradik saya yang lain,sayalah yang paling lama berada di bawah jagaan maktok.Sayalah yang sibuk nak ikut maktok balik setelah abah dan mak balik kerja.Mungkin kerana inilah saya jadi terkesan dengan pemergian maktok.Semoga roh maktok dicucuri rahmat dan ditempatkan di dalam golongan orang-orang yg beriman.AMIN

Saya, maktok dan Uda di Hari Raya 2008
AL FATIHAH UNTUK ALLAHYARHAMAH RAHMAH BINTI ALI

Jumaat, 17 Disember 2010

Happy Annivesary in advance...

To my dear husband...
Terima kasih kerana di sisi walau jauh dari pandangan,
Terima kasih mendengar walau hanya suara yang kedengaran,
Terima kasih melihat walau hanya dalam gambaran,
Terima kasih tidak jemu menjaga walau hanya sabtu dan ahad,
Terima kasih mengasihi walaupun penat,
Terima kasih menasihati walau degil diri ini,
Terima kasih untuk sepanjang 365 hari,
Terima kasih Allah atas pertemuan ini,
Selamat ulang tahun perkahwinan kita yang pertama.

p/s - Maaf terpaksa bekerja di hari ulang tahun yang pertama walaupun ia jatuh pd hari ahad.Miss you always..

Rabu, 15 Disember 2010

LANGKAH PUN BERMULA..

Kerana mahu bertranformasi maka aku telah mulakan langkah pertama aku.Mula bulan Disember 2010 ni aku dh mula makan malam dengan Nestle Fitness.Nasib sedap.Tapi atas kekangan yg ada aku baru mula 4 hari..ahaha.Takpe..aku akan usaha jugak untuk makan malam dengan baik lepas ni.

Sedap tau mende ni.Cuba try makan.
 Kemudian semalam aku dengan penuh keazaman telah pun membeli buku ini..ehehe.Baca secara sekali imbas macam menarik dan boleh membantu.Aku nak berdisiplin dengan kuat sekali untuk mengurus.Buku ni isi kandungan nya sangat menarik.Tajuk buku ini PROJEK DIET AIN MAISARAH terbitan PTS.Antara isi-isi yang menarik itu:-
1. Kecemasan! Ain Maisarah Naik 7 kilogram!
2. Projek Diet Ain Maisarah: Diet Lemon.
3. Ain Maisarah gagal Dalam Diet Lemon.
4. Ain Maisarah Cuba Bersenam Demi Menguruskan Badan.
5. Akhirnya, Keputusan Muktamad! Cross Trainer jadi Pilihan Kalbu.
6. Ain Maisarah Sudah Bersenam Tetapi Tidak Kurus Juga.
7.Ain Maisarah Berdiet Menjauhi Nasi.
8. Apa Itu Kalori?
9. Panduan Kalori Makanan.
10. Diet Secara Sederhana. itu Kunci Utama!
11. Tip Mengatasi Perut Buncit.
12. Apa Kata Rose Harissa dan Ain Maisarah.

Ini kulit bukunya
Menarik tak??..akak dah kata menarik.Akak tak tipu tau!!
-
-
-
-
-
-
-
Tapi sebaik sahaja aku membeli buku ini....aku dengan Fara (opis mate merangkap kawan yang teman aku g beli hadiah untuk program hujung minggu ni) keluar makan kat Hutan Bandar,JB.Nak tau apa yang kami makan
-
-jeng
-jeng
-jeng








Saper la yang boleh menolak..kan..kan..kan??
Oleh itu semalam skip program jap..arini mula.Tapi arini sarapan roti canai...adoi,esk la bermula..ahaha (alasan yang banyak)
Lepas ni kene bergambar macam ni..pipi dikempeskan pastu muncung lebih..huhu




OH..TERKEJUT!!!

Keadaan di awal tahun 2010
Nak tulis tajuk entry ni OH MY GOD!! tapi perkataan GOD tu tak best la jadi aku tukar ke OH TERKEJUT.Ok la tu.Terkejut sungguh melihat bentuk badan ku yang tidak langsing ini.Bukan tidak langsing sikit ye..tidak langsing BANYAKKKK!!!

Keadaan di hujung tahun 2010
Hujung minggu baru ni aku ada kene jaga pameran untuk program Antidadah di Kolej Komuniti Muar.Terjumpa la kawan lama sama tempat belajar dengan aku dulu.Membe di zaman degree dulu-dulu.Cuba baca dialog kami..

AKU: Ai,ko buat-buat tak kenal aku ye.Apa khabar??
DIA: Hehe..sihat.Aku nampak ko tadi dengan laki ko.Dia masih macam dulu ye??
AKU: Dia maintain.Macam tu jelah.
DIA: Ko pun dah macam ikut dia ye??
AKU: Biasalah senang hati (eleh..nak kata aku gemuk la tu..berkata di dalam hati)
-
-
-
(Dialog ini panjang lagi tapi aku malas nak taip.Cukup la sikit ni je)

Ai,ni yang terasa makin berkobar untuk buat transformasi.Kene buat besar-besaran ni.TOLONGLAAAA...NAK KURUS!!!

Rabu, 8 Disember 2010

SYAIR BUAT SANG SUAMI..(yang bukan suami den jgn baca)

Den ni tak pandai nak jiwang-jiwang sangat.Dulu masa nak mula panggil suami den dengan panggilan abang pun den rasa geli-geli (ada ke member sekelas nak panggil abang..ish,geli tekak den) tapi lama-lama ok la.Untuk suami ku yang dicintai giler.Terimalah sajak a.k.a syair dariku ini (berjaya buat 6 baris je..ahaha..bahasa melayu den kureng la..english lagilah..ahaha)

BUAT SUAMI KU ZAFRIL BIN ZAINAL ABIDIN..
Di kejauhan ini kata-kata ini ku tulis..
Tanpa bayaran namun ia tulus..
Ku berdoa untuk kita dengan kudus..
Agar kejauhan ini berakhir dengan deras..
Semoga Allah makbulkan tanpa berbalas..
Dan semoga hari-hari mendatang berjaya dilalui dengan ikhlas..
IKHLAS DARI ISTERIMU (malulah nak tulis nama)