Sejak dua menjak facebook dah di pagar di office saya, saya rajin la melayari blog-blog orang.Tengok DIY untuk kerja-kerja kraftangan,lawa-lawa juga hasil tangan diorang ni.Ada satu blog tu sempoi je.Ayatnya sempoi dan bahasa yang diguna tidak bercampur-campur.Suka saya membaca taipannya (kalau hasil tulisan tu atas kertas,sebab blog terpaksa cakap taipan).Gaya bahasa tidak kasar dan juga tidak lembut (lembut di sini jiwang la).Sesuai la dengan jiwa saya yang kurang jiwa-jiwa..hehe.Tapi seperti biasa saya terlupa nak add sebagai favourite dan saya dah kehilangan jejak blog itu.Ai..hilang lagi blog kegemaran..huhu.
Penulis blog itu ada menyenaraikan sebab-sebab orang ramai buat blog.Salah satu sebab yang beliau nyatakan adalah 'KAWAN ADA BLOG DIA PUN NAK ADA BLOG'..tersengih-sengih saya membaca bila sampai kepada sebab ini (saya ni mudah terpengaruh jugak..haha). Saya pun berfikir, apa sebenarnya sebab saya mendaftar blog ini??Mengikut niat asal saya, hanya terdapat satu sahaja sebab utama kenapa saya menjadi blogger..saya nak duit dari nuffnang..hehe.Tapi sebab baru sahaja berjinak-jinak maka tunggu la blog ni glamer baru saya join nuffnang..sebenarnya tidak rasa pun blog ini akan glamer sebab saya tulis apa yang saya suka je tanpa memasukkan item-item yang orang akan suka. Inikan blog saya jadi suka hati saya la..haha.
Khamis, 17 Jun 2010
Selasa, 15 Jun 2010
Yeah..saya dah pakai selendang yang saya jahit!!!
Masih ingat selendang yg saya jahit dengan kristal??Setelah hampir seminggu saya memasang niat untuk memakai selendang ini akhirnya hari ini saya berjaya menunaikan niat saya itu.hehe.Semalam baru sahaja google teknik memakai selendang dengan betul.Biasa main lilit je tak pasti kaedah betul ke tidak.Hari ini saya yakin inilah kaedah yang tepat melilit tudung..hehe(orang lain dah profesional saya baru nak blaja kaedah yang betul).Seperti kata Husna ketika keluar rumah tadi..'pasni kene amik gambar la nak masuk dalam blog'.Aku pun jawap 'tulah terpaksa amik gambar la ni nak tunjuk bukti..hehe'.Maka inilah hasilnya...
Gambar sisi, pandangan atas dan juga pandangan hadapan..(bila tukang ajar LK mengambil gambar)
Khamis, 10 Jun 2010
Percubaan pertama saya..
Saya telah mula terjebak ke kancah jahit-menjahit.Kerana kagum dengan hasil tangan orang lain akhirnya saya telah berjaya menghasilkan hasil tangan saya sendiri.Inilah percubaan pertama saya menggunakan kain felt.Betapa payah nak mencari kain ini akhirnya bila terjumpa saya terus beli.Malam tadi sebagai warming up saya pun memulakan kerja tangan ini.
Pandangan sebelah
Pandangan sebelah satu lagi (cun jugak tangan aku dalam gambar ni..hehe)
Menjahit ni rupanya perlukan kesabaran yang amat sangat. Kerana kurang sabar saya hampir mengoyakkan jahitan saya ni (sebab benang tersimpul jadi semua part saya tarik). Isi dalam jahitan saya ini saya masukkan tisu jek. Tisu bersifat kesat jadi agak susah nk menyelitkan ia di bahagian kelopak.Nampaknya lepas ni saya perlu mencarik kapas bantal yg licin (polyester kot namanya).
Selasa, 8 Jun 2010
Hasil kerja saya hampir siap...
Dalam mengejar due date untuk hantar markah, kejar bas ke Kuala Lumpur dan segala macam rutin harian yang lain saya masih sempat menyiapkan kerja saya yang satu ini.Termasuk kali ini,saya sudah ubah rekabentuk ini untuk kali kedua.Sebab kekurangan bahan dan masalah untuk mencari bahan yang sama maka ubahsuai rekaan terpaksalah dilakukan.Tidak sabar untuk menyiapkan rekaan kali ini sebab saya boleh pakai bila dah siap nanti.hehe..Design awal-awal dulu sangat mewah sebab keliling selendang saya jahitkan kristal.Tapi kerana kekurangan bahan mentah dan kesukaran untuk mendapatkannya di sini (lagi pun suami macam terpaksa dalam rela membawa saya ke kedai kraf..kesian dia) maka ubahsuai pun dilakukan..
Rekaan asal kristal di jahit di sekeliling selendang (boleh jadi riak kalo pakai ni..hehe)
Design latest, kristal dikurangkan (baru berjinak-jinak jadi gunakan apa yang ada je dulu)
Inilah dia hasil kerja tangan yang telah berjaya saya siapkan.Ini belum siap penuh lagi.Ada separuh selendang masih belum dijahit dengan kristal.Biasalah..kerja kalau dah terhenti nak mula balik tu payah betul.hehe.Berjaya juga saya menyiapkannya(sebab dah bagitau satu dunia jadi terpaksa juga disiapkan..huhu).Nantikan kemunculan selendang ini di khalayak ramai ye..hehe (kalau pakai tak menjadi den tak pakai la).
Isnin, 31 Mei 2010
Mencari STARBUCK..
Pada Sabtu 29 Mei 2010, tidak tahu mengapa tekak saya teringin sangat nak minum ice blended STARBUCK iaitu Chocolate Cream Frappuccino..adoi sodap sungguh.Rupanya ada iras-iras macam kat bawah ni..
Minum masa cuaca panas sedap ni..
Setelah berpenat-lelah mengikut saya ke kedai kraftangan maka agenda seterusnya adalah mencarik lokasi kedudukan Starbuck pula.Puas kami memusing ke sana sini..akhirnya dalam keadaan jalan yang sibuk (sebab orang ramai tengah cuti wesak) dan hujan turun dengan lebat terjumpa la kami dengan Starbuck ini.Lokasinya di Bukit Bintang.Suami saya pun menyalakan lampu kecemasan kereta (kalau tidak orang marah kami parking tepi-tepi jalan yang sibuk tu). Dengan berlari-lari anak saya pun menuju ke kaunter Starbuck untuk meng'order'.Apalah kemaruk sangat saya pun tak tahu la hari ni. Akhirnya berjaya jugak saya mendapatkan ice blended ini. Tak percaya??
Tak sempat nak ambil gambar masa air tu baru siap sebab taksub nak minum
Kalau ingin mendapatkan potongan harga ketika membeli makanan dan minuman di Starbuck anda tunjukkan sahaja JUSCO kad. Saya dah cuba ketika membeli air ini (saya beli kat Bukit Bintang tau bukan kat JUSCO pun, tapi masih dapat less 10%). Setelah berjaya mendapat air ini suami saya turut sibuk nak merasa.Kata beliau,nasib baik sedap (kiranya dalam penat kami berpusing-pusing tu berbaloi lah sebab air ni sedap..hehe).Oleh kerana jasa yang telah di sumbangkan oleh suami saya maka separuh share air ini saya bagi kepada beliau. Suka sungguh..(nak beli 2 suami saya selsema jadi tidak baik untuk kesihatannya).
Muka seronok kerana telah mendapat share ice blended dari saya..hehe
Berakhirlah pencarian kami hari itu. Dalam perjalanan pulang ke rumah kami tidak putus-putus bertemu dengan Cafe Starbuck. Tadi masa nak mencari bukan main susah..alih-alih dah nak balik (lepas bersusah-payah dengan agak lama) banyak pula Starbuck yang muncul di kiri kanan kami..menyampah..
Saya ada hobi baru..
Hai,
Seronok melihat blog-blog jahitan (antaranya ada saya tampal kat tepi ni).Saya teringin nak buat untuk diri sendiri.Oleh kerana terlalu taksub saya telah mengajak suami saya mencari bahan-bahan untuk memulakan aktiviti jahitan ini. Kerana kesian agaknya suami pun mengikut kehendak saya, maka bermulalah perjalanan kami ke kedai barang-barang kraftangan(suami ikut sahaja,kesian sungguh..hehe).Untuk projek pertama saya, saya ingin mulakan dengan menjahit hiasan pada selendang yang saya telah beli.Selendang harganya RM10 sahaja.Saya ingin 'transform' selendang ini menjadi sebagaimana selendang dipakai oleh Farah Adeeba di bawah ini (tapi tidak semeriah inilah)
Tak tau kenapa saya suka tudung begini
(sumber dari http://www.najjah.com/)
Ini selendang dan aksesori yang saya beli bersama suami
(tunggu ye hasil kerja jahitan pertama saya pada selendang ini)
Saya menggila di kedai kraftangan, butang pun saya terbeli..hehe
Saya tidak sabar untuk memulakan hobi baru ini.Nantikan hasil tangan pertama saya ye..(kalau hasil tidak saya keluarkan di sini maknanye tak menjadilah tu..hehe)
Khamis, 27 Mei 2010
Mari berjalan-jalan...
Berjalan-jalan,satu aktiviti yang paling digemari saya dan suami cuma aktiviti tambahan kami adalah jalan-jalan dan cari makan (patutla kami berdua sihat..hehe).Kami jarang keluar bershopping (suami saya kurang berminat dengan aktiviti 'membeli tingkap'..hehe) dan hanya keluar jika ada keperluan yang ingin dibeli sahaja. Oleh sebab ini,untuk keluar saya perlu mengajak beliau ke tempat berjalan-jalan yang kami belum pernah sampai lagi.mahu lihat tempat yang telah berjaya kami kunjungi???
Aquaria KLCC
(zaman bercinta-cinta)
Pantai Desaru, Johor
(dekat dengan tempat kerja saya)
Pulau-pulau di Sabah
(berpoya-poya)
Itu adalah antara aktiviti jalan-jalan kami.Cukup la sikit ini dulu.Saya cuba riak secara rendah diri..hehe.Kalau riak banyak-banyak nanti Allah marah.Hingga jumpa lagi.
Langgan:
Catatan (Atom)

.jpg)