Memaparkan catatan dengan label Felt craft saya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Felt craft saya. Papar semua catatan

Sabtu, 14 Januari 2012

Ketagihan sudah terlebih

Akibat asyik buatkan gift utk org aku jd meroyan sebentar. Diri meronta-ronta nak jgk mende-mende ni. Jadi akhirnya terhasillah 3 ketul kerja tangan ini (dihasilkan tanpa menghiraukan peringatan suruh tidur oleh suami dan sedikit ceramah sebab esok keje dan aku amat susah bangun pagi kalo tido lambat..mmg esoknye aku bangun dan bersiap dgn mata yg separuh terbukak..rasa nak MC hari tu..ahaha)

3 ketul hasil tangan terkini aku

Sarung handphone ni agak ketat tapi aku dah buat jd belasah jelah

Keychain kereta yg baru menggantikan hasil tangan pertama saya..dh veteren sgt jd kene bg peluang keychain baru

Ini keychain utk kunci rumah..kombinasi kaler yg aku paling suka..mavellos

Khamis, 12 Januari 2012

Hadiah dari hati 2..(versi jiwang)

Sejak akhir-akhir ni duk sibuk buatkan gift from the heart untuk orang nk kuar dari unit aku ni. Jadi untuk berlaku adil aku pun buatkan jugak gift from heart utk my love. Dulu ada janji nak buatkan hard disc cover utk dia. Maka sebab dia nmpk aku duk sibuk-sibuk buatkan gift utk org maka aku buatkan jugakla utk dia. Inilah hasilnye...


Nama yg di gam..x larat nak jahit

Sebelah side..

Side sebelah lagi

Boleh masukkan hard disc..
p/s: Suami kata nama dia mana ada 's. Aku terpaksa buat kelas bahasa inggeris nk bgtau kenapa ada 's..pastu menjawap plak..(mana cikgu tak stress dgn anak murid zaman sekarang)

Isnin, 9 Januari 2012

Hadiah dari hati..(peewit..seewwwit la sgt)

Minggu ni adalah minggu-minggu terakhir ketua saya berada di unit ini. Minggu dpn dia akan duduk di tempat barunya dengan jawatan yg lebih ringan dan tidak stress kot drpd unit ini..ehehe. Jika sebelum ini saya memberi gift from my heart sebab saya yg nk meninggalkan kawan-kawan saya, hari ini dengan rasa rendah diri saya memberi ketua saya gift from my heart yang tidak seberapanya kerana dia yg akan meninggalkan kami.

Selepas ini tak ada lagilah kawan utk saya bergaduh. Semoga ketua sentiasa gembira dgn unit dan jawatan yang baru..(rugilah ketua meninggalkan kami kerana kamilah anak-anak buah yg terhebat di sini...yeehaaa)

Thing she love (aku usahakan jgk walaupun aku takdelah pandai sgt)

Tengok besar sikit jahitan tangan aku yg kemas giler dan cun ini (ahahah...nada riak dan takbur)

Jumaat, 9 Julai 2010

Hard disc saya dah ada baju..

Bila tengok kak siti buat camera case, saya teringat hard disc saya.Selama ni hard disc saya takde baju rupanya.Maka malam tadi selepas berbuka puasa saya pun buatkan baju untuk hard disc saya yang satu ni.Masih comot jahitan saya sebab huruf-huruf yang digunakan kecik-kecik (sebab nak letak ejaan penuh jadi saiz huruf terpaksa guna yang kecik..konon nama sedap la kalo penuh..haha).Ini la hasil yang telah berjaya dipakai oleh hard disc saya:-

Hard disc saya yang telah berjaya dibajukan (ni kalau cikgu BM saya baca menangis dia)









Pandangan hadapan dan belakang landscape dan potrait



Yang satu ni part kurang cun sikit.Nama tu saya rasa macam comot siuman..huhu


Rabu, 7 Julai 2010

Hasil tangan malam tadi..

Alhamdulillah..
Semalam dapat aku menahan lapar dan dahaga dengan jayanya.Bebuka buat nasi goreng sardin.Sodap jugak nasi goreng sardin ni (sebenarnya dah takde rencah lain nak letak..hehe).Tepat pukul 7.17pm maka mulut ku pun menguyah nasi goreng sardin ini dengan berminumkan sirap sedap (sape lagi nak puji kalau tak diri sendiri).Kenyang sungguh, maklumla sedap...haha.

Lepas makan dan solat aku pun bukak la cerita Hotel Mania kat TV3.Walaupun tidak berapa jiwa ku layankan juga la.Husna (kawan sepenyewaan aku kat sini..alamak duit sewa belum bagi lagi) cuti seminggu sebab balik Kelantan.Oleh yang demikian tinggalah aku seorang (wah..macam lirik lagu).Bosan punya pasal aku pun menjahit sarung handphone sambil-sambil dengar siaran tv (nak tengok tak berapa jiwa katakan jadi dengar jelah).Jahit dengan tangan tau u all.Habis Hotel Mania siaplah satu hasil kerja tangan ku.
Pandangan hadapan

Pandangan belakang

Muka cookie monster dengan elmo tu dua-dua di letak kusyen.Oleh yang demikian kalo handphone terjatuh ada perlindungan tambahan untuk handphone anda.Untuk mendapatkan hasil kerja tangan ini, team aku akan bukak tempahan.Nantikan blog kerja tangan kami ye.Tapi kalo agak-agak dah teruja boleh mendapatkan info dari aku.Silalah tanya..tak sabar nak jawap..ahaha.

Khamis, 10 Jun 2010

Percubaan pertama saya..

Saya telah mula terjebak ke kancah jahit-menjahit.Kerana kagum dengan hasil tangan orang lain akhirnya saya telah berjaya menghasilkan hasil tangan saya sendiri.Inilah percubaan pertama saya menggunakan kain felt.Betapa payah nak mencari kain ini akhirnya bila terjumpa saya terus beli.Malam tadi sebagai warming up saya pun memulakan kerja tangan ini.



Pandangan sebelah

Pandangan sebelah satu lagi (cun jugak tangan aku dalam gambar ni..hehe)

Menjahit ni rupanya perlukan kesabaran yang amat sangat. Kerana kurang sabar saya hampir mengoyakkan jahitan saya ni (sebab benang tersimpul jadi semua part saya tarik). Isi dalam jahitan saya ini saya masukkan tisu jek. Tisu bersifat kesat jadi agak susah nk menyelitkan ia di bahagian kelopak.Nampaknya lepas ni saya perlu mencarik kapas bantal yg licin (polyester kot namanya).