Khamis, 10 Jun 2010

Percubaan pertama saya..

Saya telah mula terjebak ke kancah jahit-menjahit.Kerana kagum dengan hasil tangan orang lain akhirnya saya telah berjaya menghasilkan hasil tangan saya sendiri.Inilah percubaan pertama saya menggunakan kain felt.Betapa payah nak mencari kain ini akhirnya bila terjumpa saya terus beli.Malam tadi sebagai warming up saya pun memulakan kerja tangan ini.



Pandangan sebelah

Pandangan sebelah satu lagi (cun jugak tangan aku dalam gambar ni..hehe)

Menjahit ni rupanya perlukan kesabaran yang amat sangat. Kerana kurang sabar saya hampir mengoyakkan jahitan saya ni (sebab benang tersimpul jadi semua part saya tarik). Isi dalam jahitan saya ini saya masukkan tisu jek. Tisu bersifat kesat jadi agak susah nk menyelitkan ia di bahagian kelopak.Nampaknya lepas ni saya perlu mencarik kapas bantal yg licin (polyester kot namanya).

Tiada ulasan: