Jumaat, 17 Disember 2010

Happy Annivesary in advance...

To my dear husband...
Terima kasih kerana di sisi walau jauh dari pandangan,
Terima kasih mendengar walau hanya suara yang kedengaran,
Terima kasih melihat walau hanya dalam gambaran,
Terima kasih tidak jemu menjaga walau hanya sabtu dan ahad,
Terima kasih mengasihi walaupun penat,
Terima kasih menasihati walau degil diri ini,
Terima kasih untuk sepanjang 365 hari,
Terima kasih Allah atas pertemuan ini,
Selamat ulang tahun perkahwinan kita yang pertama.

p/s - Maaf terpaksa bekerja di hari ulang tahun yang pertama walaupun ia jatuh pd hari ahad.Miss you always..

Rabu, 15 Disember 2010

LANGKAH PUN BERMULA..

Kerana mahu bertranformasi maka aku telah mulakan langkah pertama aku.Mula bulan Disember 2010 ni aku dh mula makan malam dengan Nestle Fitness.Nasib sedap.Tapi atas kekangan yg ada aku baru mula 4 hari..ahaha.Takpe..aku akan usaha jugak untuk makan malam dengan baik lepas ni.

Sedap tau mende ni.Cuba try makan.
 Kemudian semalam aku dengan penuh keazaman telah pun membeli buku ini..ehehe.Baca secara sekali imbas macam menarik dan boleh membantu.Aku nak berdisiplin dengan kuat sekali untuk mengurus.Buku ni isi kandungan nya sangat menarik.Tajuk buku ini PROJEK DIET AIN MAISARAH terbitan PTS.Antara isi-isi yang menarik itu:-
1. Kecemasan! Ain Maisarah Naik 7 kilogram!
2. Projek Diet Ain Maisarah: Diet Lemon.
3. Ain Maisarah gagal Dalam Diet Lemon.
4. Ain Maisarah Cuba Bersenam Demi Menguruskan Badan.
5. Akhirnya, Keputusan Muktamad! Cross Trainer jadi Pilihan Kalbu.
6. Ain Maisarah Sudah Bersenam Tetapi Tidak Kurus Juga.
7.Ain Maisarah Berdiet Menjauhi Nasi.
8. Apa Itu Kalori?
9. Panduan Kalori Makanan.
10. Diet Secara Sederhana. itu Kunci Utama!
11. Tip Mengatasi Perut Buncit.
12. Apa Kata Rose Harissa dan Ain Maisarah.

Ini kulit bukunya
Menarik tak??..akak dah kata menarik.Akak tak tipu tau!!
-
-
-
-
-
-
-
Tapi sebaik sahaja aku membeli buku ini....aku dengan Fara (opis mate merangkap kawan yang teman aku g beli hadiah untuk program hujung minggu ni) keluar makan kat Hutan Bandar,JB.Nak tau apa yang kami makan
-
-jeng
-jeng
-jeng








Saper la yang boleh menolak..kan..kan..kan??
Oleh itu semalam skip program jap..arini mula.Tapi arini sarapan roti canai...adoi,esk la bermula..ahaha (alasan yang banyak)
Lepas ni kene bergambar macam ni..pipi dikempeskan pastu muncung lebih..huhu




OH..TERKEJUT!!!

Keadaan di awal tahun 2010
Nak tulis tajuk entry ni OH MY GOD!! tapi perkataan GOD tu tak best la jadi aku tukar ke OH TERKEJUT.Ok la tu.Terkejut sungguh melihat bentuk badan ku yang tidak langsing ini.Bukan tidak langsing sikit ye..tidak langsing BANYAKKKK!!!

Keadaan di hujung tahun 2010
Hujung minggu baru ni aku ada kene jaga pameran untuk program Antidadah di Kolej Komuniti Muar.Terjumpa la kawan lama sama tempat belajar dengan aku dulu.Membe di zaman degree dulu-dulu.Cuba baca dialog kami..

AKU: Ai,ko buat-buat tak kenal aku ye.Apa khabar??
DIA: Hehe..sihat.Aku nampak ko tadi dengan laki ko.Dia masih macam dulu ye??
AKU: Dia maintain.Macam tu jelah.
DIA: Ko pun dah macam ikut dia ye??
AKU: Biasalah senang hati (eleh..nak kata aku gemuk la tu..berkata di dalam hati)
-
-
-
(Dialog ini panjang lagi tapi aku malas nak taip.Cukup la sikit ni je)

Ai,ni yang terasa makin berkobar untuk buat transformasi.Kene buat besar-besaran ni.TOLONGLAAAA...NAK KURUS!!!

Rabu, 8 Disember 2010

SYAIR BUAT SANG SUAMI..(yang bukan suami den jgn baca)

Den ni tak pandai nak jiwang-jiwang sangat.Dulu masa nak mula panggil suami den dengan panggilan abang pun den rasa geli-geli (ada ke member sekelas nak panggil abang..ish,geli tekak den) tapi lama-lama ok la.Untuk suami ku yang dicintai giler.Terimalah sajak a.k.a syair dariku ini (berjaya buat 6 baris je..ahaha..bahasa melayu den kureng la..english lagilah..ahaha)

BUAT SUAMI KU ZAFRIL BIN ZAINAL ABIDIN..
Di kejauhan ini kata-kata ini ku tulis..
Tanpa bayaran namun ia tulus..
Ku berdoa untuk kita dengan kudus..
Agar kejauhan ini berakhir dengan deras..
Semoga Allah makbulkan tanpa berbalas..
Dan semoga hari-hari mendatang berjaya dilalui dengan ikhlas..
IKHLAS DARI ISTERIMU (malulah nak tulis nama)

Lagu cinta kami...

Ok jumpa lagi..
Minggu lagu clash dah tamat jadi sekarang minggu lagu-lagu cinta saya pula.Saya nk letak lagu-lagu cinta saya ni lama-lama kat sini.Saje nk mengimbas kenangan silam.hehe.Hari ini genaplah setahun (mengikut kalendar Islam) usia perkahwinan saya dan suami.

Pagi-pagi hari tadi sebelum bertolak ke tempat kerja suami SMS meng'wish' saya SELAMAT ULANG TAHUN PERTAMA.Alahai..luruh air mata akak.Tak dapat kami nak menyambut bersama.Kami kan duduk jauh.Sorang di Johor, sorang di KL.Tapi takpe,kami bersyukur dengan setiap rezeki yang dikurniakan kepada kami.

Berbalik kepada ulang tahun kami (jgn citer mende lain lebih-lebih nanti sedih),kami nak keluar makan best nanti.Cuma tarikh belum tau lagi bila (riak mesti di dulukan..hehe,tak jadi nanti akak inform semula).Tempat makan best suami kata tinggal isteri balik je dia nak bawak.Kesimpulannya dia dah jumpa la tu tempatnya (ni kompem jadilah).Jangan makan mcD atau KFC sudahlah.Tak lalu akak nak makan.Time belajar-belajar dulu cukupla.Di samping keluar makan-makan kami turut menuju-nuju lagu masa zaman bercinta-cintun dulu (alahai..jiwang giler diri ini..ni kalau member-member tau ketawa guling-guling diorang).Antara lagu cinta syahdu tangkap leleh kami mestilah yang ada dalam senarai lagu di atas tu (dengarlah sampai cair isi telinga ye..isi teliga adalah kata ganti yang cukup sopan yang saya berjaya gunakan..kalo kurang sopan tulis sendiri la).

Apa lagi yang best ye..Ala..malasla nak riak lebih-lebih.Allah marah.ehehe.Doakan la kami dapat duduk dekat bersama dan dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah..AMIN

Selasa, 30 November 2010

Minggu lagu-lagu clash pulak..

Aku suka je mendengar lagu-lagu yang best kat radio.Minggu ni nk cite pasal lagu putus cinta yang aku minat.Lagu putus cinta ni ada je yang best.Dengar ye kat playlist aku tu.

Bukan la aku nak suruh korang yang putus cinta sedih-sedih,tapi kalo dengar lagu yang betul boleh naik semangat tu.Antara banyak-banyak tu aku suka giler kat lagu YELLOWCARD dengan FAITH HILL.Tapi lagu Faith Hill tu lebih kepada nak ingat orang mati.Pendek kata ingt la mana-mana yang boleh.kalo rasa patut lupakan kita lupakan jelah.

Apa-apa pun Allah knows the best for us.Ok marilah nikmatilah lagu yg aku baru masukkan dalam playlist aku ni ye.Aku nak dengar jugak ni.

Selasa, 23 November 2010

Berakhirnya cuti yang panjang...

Lama sungguh meninggalkan Bandar Penawar.Tempat kerja yang dah berusia 3 tahun.Bukan usia tempat kerja aku yang tiga tahun.Aku yang baru tiga tahun kerja kat sini..ahaha..manipulasi bahasa.Hari ini masuk kerja dengan banyak perkara yang perlu diselesaikan.Markah budak dah siap,kehadiran siap,semak dan interview budak LI siap,alamak..lupa satu mende belum siap..key-in markah dalam IDBMS (program yang memusatkan semua org di sini). 


Takpe kita story dulu kegiatan aku selama cuti.Oleh kerana malas nak berulang-alik Bandar Penawar - KL jadi aku amik cuti direct seminggu minggu lepas (15 - 22/11/2010).Rasa bosan-bosan dah duk rumah sebab suami kerja.Tapi oleh kerana kebosanan itu maka macam-macam mende aku buat.Daripada sapu sampah,mop lantai,kemas bilik,basuh toilet,lipat baju sampai lah ke shopping-shopping (part ni yg best..hehe).Rasa macam suri rumah sepenuh masa.Penat juga jadi suri rumah ni.Part penat satu hal..satu hal lagi part bosan.Kalo hari-hari keje macam ni alamatnya aku lari rumah la.hehe.Macam manalah orang boleh kerja jd suri rumah ni kan.Apa-apa pun aku salute mereka ini.


Ok la..x mau cite banyak.Nak balik umah.Lama dah meninggalkan rumah sewa ku yang tercinta tu.

Khamis, 11 November 2010

Transformasi Kolej Komuniti..eh silap..Nur Hanani..hehe

Rajin pulak aku menulis di blog aku ni.Sebenarnya takdelah menulis pun.Lebih kepada tunjuk gambar je.Aku suka tengok gambar dan bergambar.Tapi tak berapa pandai nak posing..hehe.Atas minat aku ni maka gambar jelah yang banyak kat sini.Maaf la mata-mata yang terpaksa tengok..

Lepas kawin je badan aku yang tak berapa selim melim ni pun bertambah TIDAK selim jadinya.Entah la apa yang merasuk badan aku ni sampai semua lemak-lemak datang berkumpul.Baju-baju yang dulu kononnya besar tiba-tiba jadi ok pulak dipakai.Yang paling tragis tu makcik hubby menegur dengan serius tanpa senyum pun atas pertambahan saiz ku.Kalo org lain dia tegur sambil senyum-senyum,kira ok la.Takut pulak bila ada yang tegur dengan muka yang serius.Terasa memang betul la badan ku ini sudah over weight.Aaaahhhhh..apa nak buat ni??

Beberapa minggu lepas sambil-sambil mengemas almari baju di rumah sewa suami (almari kat rumah sewa aku selalu kemas..aku kan rajin..ahahah) ternampak pula baju nikah kami yang cun itu.Teringin pula nak try...jeng..jeng..jeng..baju itu telah tidak muat untuk di zip.Ni takpela sebab memang ramai yang dah menegur aku makin sihat.Part yang paling aku tak puas hati ialah baju hubby yang boleh dia pakai sama je macam masa nikah dulu.Seharian dia duk mengata baju dia masih muat tak macam baju aku (nak kata aku tak maintain macam dia la).Sekali lagi nak kata..aaaaahhhhhh...apa nak buat ni???

Ni gambar zaman anak dara..dagu runcing lagi walaupun takdelah banyak sangat keruncingannya..hehe

Baju nikah yang menjadi persoalan..awat time ni longgar je??ish..tak puas hati betul.


Awal-awal kawin..masih runcing lagi.Sekarang t-shirt ni dh semakin mengecil..kain tak elok ni..ahaha


Ni gambar paling terbaru..muka dah kurang runcing.Aku bagi gambar kurang clear supaya tak nampak sangat kebulatannya.

p/s:- Semua jabatan kerajaan sedang melakukan transformasi,aku pun sibuk jugak nak bertransformasi.Tak nak transformasi ni..nk yang lain..uhuhu

Jiwa..jiwang

Demam Juara Lagu kembali semula.Aku pun hampir terkena demam tapi demam aku suam-suam jelah.hehe.Demam bukan sebarang demam, aku demam dengar lagu Faizal Tahir ni.Jiwang giler rasa.Bacalah pastu kenal pasti part mana yg aku touching sangat tu.Anda memang diiktiraf hebat kalo berjaya mengenal pasti.Aku mampu mengiktiraf jelah,hadiah ke cenderahati ke,wang tunai ke tak mampu nak bagi..huhu

Hanyut – Faizal Tahir

Harus bagaimana lagi
Dan terus begini
Dengarkan aku
Lihat ke mataku

Cukup sudah kau menghukum
Salahku tetap salahku
Benarkan ku berbicara
Agar bisa pulih semua

Namun harus sampai bila
Kau kan diam seribu bahasa

Chorus
Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Fahamilah ku tak mampu terus tanpa kamu
Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu saja

Saat mata terpejam
Hanya kau ku terbayang
Menghapus semua segala rasa di jiwaku

Saat mata terbuka
Kamulah yang pertama
Tak mampu aku
Bayangkan
Hidup tanpa dirimu

Ulang Chorus

Aku memang bersalah
Selalu saja mengabaikan mu
Dan tapi dah ku sedari
Segala perit kau lalui
Ku terlupa kau terluka

Dan memang selalu
Aku bersalah
Selalu saja mengabaikan mu
Meninggalkan mu
Dan tetapi itulah aku sedari
Segala perit yang kau lalui
Kerna diriku yang terus hanyut

Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu saja

Bagaimana ku nanti
Bila kau tak di sisi
Yang ku ada hanya kamu saja


P/S:- Aku baca lirik sambil lagu ni berkumandang dalam medulla oblongata aku...adoi..qolbu tersentuh.Selain tu terbayang mangsa banjir yang hanyut..ALAMAK..kacau daun..hehe

Sabtu, 6 November 2010

Ulangtahun pertama kami..Part 2

Gambar majlis dah 'show off'..sekarang nak 'show off' gambar outdoor pula.Kami tak dapat ambil gambar semasa kenduri berlangsung sebab hujan sangat la lebat selepas majlis kami selesai.Maka atas jasa baik cameraman dan camerawoman mereka pun menawarkan sesi outdoor selepas majlis (thanks to http://sweetmoments.fotopages.com/).Hari nye mengikut kesesuaian kami.Atas tawaran yang best itu maka pergilah kami mengambil gambar dengan bertemakan ala kampung a.k.a asal boleh..hehe.Kami manalah ada baju yg cun dan tidaklah kami pandai bermekap.Oleh kerana masalah ini maka ini sahajalah yg kami mampu.Baju tu pinjam yg mak pastu kain batik pun pinjam mak jugak.Baju batik tu baju keje yg teringin nak bergambar berdua dgn baju tu.Maklumla time hari berbaju batik mana kami dapat bersama-sama pun.Dapat bergambar pun cukup la.huhu(ketawa dalam sedih)

Gambar kami mengedik-gedik.Terasa sungguh kegedikkan orang dalam gambar ini.
  
 Konon-konon nak buat muka macam Dr Sheikh Muzaffar dgn Dr Harlina (walaupun aku tau diorg blom kawin lagi time ni)

 Muka ayu giler..lakonan semata-mata.Kalo tgk hari biasa xde makna nk senyum ayu mcm ni.

 Sila baca sekali lagi ayat gambar di atas..(dh xtau nk tulis apa kat gambar ni..hehe)

Penutup kepada segala gambar di atas..gambar skema kami..

Last but not least...
Semoga walau apa pun dugaan yang datang kita akan sama-sama dapat mengharunginya sebagaimana kita mengharungi semua dugaan selama ini.Sesungguhnya Allah amat menyayangi kita sebab itu kita diuji.I will always be by your side in what condition.May Allah bless us forever.

I love you with all my heart,
Even when you down and when you up,
I'll be there to light your day,
So you can smile with me all the way.
HAPPY 1ST ANNIVERSARY!!
(alamak..syahdu pulak tulis ayat ni ptg2 begini)


Ulangtahun pertama kami..Part 1

Bulan 12 tahun 2010 ini maka cukuplah setahun usia perkahwinan saya dan suami.Kerana kecukupan ini maka sukalah saya untuk berkongsi antara gambar-gambar gedik saya dan suami sepanjang majlis kami setahun yang lepas.Walaupun lewat namun perasaan untuk 'show off' saya tetap ada dan meluap-luap..jgn jeles ye..hehe..(ampun kalo terlebih riak pula).Mari sama-sama saksikan..terimalah..

Ini kat umah den di Alor Gajah, Melaka

Mari makan-makan..

Ini di rumah laki den di Sabak Bernam

Makan-makan gedik style..hehe

Ni gambar kamera sendiri.Cameraman punye gmbr xde dlm PC jadi mls nk crk mana DVD yg cameramen bagi.Aku mmg sokmo malas.Nasib la..yang pasti gambar ini diambil semasa badan slim melim lagi.Sekarang baju nikah ku yg semasa hari kejadian masih longgar telahpun tersangkut dan tidak dapat di zip..Apakah transformasi yang telah berlaku pada aku???Menyampah!!!!

Sabtu, 4 September 2010

Skema jawapan...

Bulan Ramadhan dah semakin habis..sekejap je Ramadhan ni datang,sekarang dia nak pergi dah.Macam-macam terjadi bulan Ramadhan ni,semoga apa yang berlaku sepanjang bulan ini menjadi satu pengalaman buat kita semua.Aku akan rindu perasaan sepanjang bulan ini.Semoga kita berjumpa lagi Ramadhan..SELAMAT TINGGAL..

Syawal semakin tiba,SELAMAT DATANG SYAWAL..Ketibaan ini bermakna aku pun kene la menyediakan skema jawapan untuk soalan cepu emas yang makin popular masa kini.Adoi..kadang-ladang malas nak respon.Tak kan la tak dapat pikir.Aku jumpa suami aku sebulan 4 kali je.Tak payah soal pun tau dah kot jawapannya..huhu.Doakan la aku berjaya menghadapi semua ni dengan jayanya.WISH ME LUCK!!!Hingga jumpa lagi.Wassalam..

Isnin, 9 Ogos 2010

Ketibaan Ramadhan yang dinanti..

Ramadhan telah hampir tiba.Rindu sungguh nak bertemu dengan Ramadhan ni.Selalu terpikir entah jumpa atau tak Ramadhan tahun seterusnya.Alhamdulillah jumpa jugak tapi entah la dapat dihabiskan atau tidak.Semoga umur dipanjangkan untuk menunaikan tanggungjawab yang satu ini.

Bulan yang mulia ini adalah antara masa yang mana doa kita diangkat terus kepada Allah.Aku pernah dengar ceramah agama yang mana penceramah berkata antara masa di mana doa dimakbulkan ketika bulan Ramadhan ini adalah 'KETIKA MENUNGGU MASA BERBUKA,SEBELUM AZAN MAGHRIB BERKUMANDANG'.Mohon la sebarang permintaan ketika ini insyaallah akan dimakbulkan.Aku pernah mengamalkan dan janji Allah itu adalah benar.Syukur ke hadrat Nya.Tidak perlulah berdoa dengan sekuat hati.Cukup sekadar diucapkan di dalam hati dengan penuh keyakinan dan penyerahan kepada Dia yang maha berkuasa.Cubalah..semoga permohonan anda akan dimakbulkan oleh Allah.

Marilah kita bersama-sama menghayati bulan yang penuh keberkatan ini.Hingga jumpa lagi..SELAMAT BERPUASA..

Kursus mengecat di CIDB Wilayah Selatan..

Ramadhan telah pun hampir tiba..oleh yang demikian kami semua telah pun pulun habis untuk mengikuti kursus mengecat di CIDB.Aku dah la tak pernah mengecat.Sungguh comot rasanya semasa di kursus ini.Tapi part yang best,hasil seni kami di siapkan secara beramai-ramai dan cun sungguh.hehe.Jom tengok apa yang kami dah buat sepanjang kursus tu..
Kak Fazi punye hasil tangan


Ni aku punya hasil tangan


Hasil dari Che' Su


Last but not least..Fara punya hasil tangan

Mana yang cun pada anda..bukan orangnya tapi hasil tangan nya.Kang kalau pilih orang ramai pulak pilih diri sendiri..ahahah.Jumpa lagi lain kali..daa

Rabu, 4 Ogos 2010

Seliaan pelajar Latihan Industri..

Jauh sungguh nak sampai ke Mersing.Gerak pukul 9am dari Bandar Penawar pun pukul 12 baru sampai.Kami sampai terus makan dulu kemudian cari tempat solat.Sebab masjid ni nampak cantik dari bawah, aku nak jugak solat kat situ.Sangat cantik pemandangan dari masjid tu.Dengan angin sepoi-sepoi bahasa..fuh..macam tengah bercuti.

Lepas habis selia pelajar dalam pukul 3.30pm kami pun bergerak ke Teluk Buih.Cantik sungguh Teluk Buih ni.Tapi nak sampai jenuh sungguh.Lepas ke Teluk Buih kami pun menuju ke keropok lekor.Kedai ni menjual keropok je.Macam-macam keropok ada.Kagum aku.Kemudian mengisi perut dengan cendol dan satar yang sodap.Kenyang kami baru gerak balik.Fuh..seronok sungguh menyelia budak di tempat yang ada mende-mende sedap di makan ni..hehe

Masjid tempat kami singgah solat

Nampak tak pantai belakang tu??Masjid atas bukit


Singgah ke Teluk Buih


Pantai di Teluk Buih



Satar yang sedap giler

Mari bertransformasi!!

Letak tanda  seruan sikit sebab sekarang Kolej Komuniti dah menjalani transformasi.Kursus sepenuh masa semua dah nak dibuat dalam bentuk modular.Diorang lepas ni dah tak dapat menyambung ke politeknik.Kesian pulak mereka.Masa transformasi aritu pun KPTM buat MOU dengan macam-macam pusat pengajian tinggi swasta kecuali Politeknik.Kenapa ye??takde pun orang politeknik dijemput datang ke majlis transformasi tu.Betul la kot diorang dah tak nak bersama-sama.Pendek kata divorce dah kot..hehe

Habis mendengar transformasi kami pun berjalan-jalan.Duit tak berapa nak ada jadi cuci mata jelah.Lama tak berjalan di KLCC ni.Dulu masa belajar rajin.Padahal duit takde pun.hehe.Aku membawa Fara makan di Burger King.Saja rasa mende baru.Kat kota mana ada Burger King ni.Tapi yang tak best nye waiter dengan waitress dia tak mesra.Muka macam orang tengah period.Tapi tak taulah kalau memang diorang tak sihat hari tu.Hmm..see how positive i am??

Bukti kami bawak student ke Majlis Transformasi Kolej Komuniti

Makan-makan sebelum balik di Burger King..inilah Fara

Aku nak jugak masuk gambar..hehehe

Isnin, 26 Julai 2010

Bila laki ku turun site!!

Dalam perjalanan ke Cyberjaya untuk menghadiri majlis kenduri Huda (sebelah lelaki) sempat juga laki ku menyinggah site. Aku dapat agak dah dia tak senang duduk sebab kerja-kerja konkrit nak berlangsung tanpa dia sempat check dulu.Oleh yang demikian ku ok kan ajelah bila dia cakap nak singgah site jap.Sempat jugak ku jadi paparazi time dia tengah mengaum-ngaum di site..ahaha

Mencari  mangsa untuk di laungkan namanya..ahaha

Sudah jumpa target..

Hehe..ada iras-iras macam gangster plak ku tengok..opss..terkutuk pula

Hari besar adik saya!! (my sis big day)

Tahun lepas kenduri saya telah berlangsung dengan jayanya, untuk kali ini tibalah giliran adik saya.Sangat cantik baju dan mekapnya.Orang langsing pakai apa pun cun.Den tak berapa nak langsing jadi cun sikit sahaja la.hehe.Berikut adalah gambar yang sempat di ambil ketika majlis sebelah lelaki.Yang sebelah perempuan den memang tak sempat nak amik apa pun.Tunggu gambar cameramen jelah nanti ye.

Mekap natural gitu


Pelamin sebelah lelaki


Kami sekeluarga

Abah tengah nak cerita apa ntah tu time gambar ni diambil.Sempat lagi nak bergossip atas pelamin.ehehe

Isnin, 19 Julai 2010

Huda big days..

Salam semua..
Lama sungguh tidak menulis di sini.Jumaat dan sabtu aritu selesai sudah majlis nikah dan bersanding adik ku huda.Penat sungguh bila buat kenduri kawin ni.Maklumla masa aku kawin aritu aku duk diam-diam depan mak andam je.Pastu duk pakai baju lawa.Jadi takde pulak rasa penat.hehe.Cun sungguh tengok huda pakai baju macam-macam.Aku tak berapa nak ramping jadi baju kalau macam-macam mesti nampak buruk.Tapi aku memang jenis tak berapa minat pakai persalinan-persalinan ni.Rasa rimas..maklum la sempoiii..

Gambar nanti ku upload kemudian.Sibuk sedikit hari ni.Aku kene mengajar kursus pendek AutoCAD kat budak-budak sekolah.Penat betul berdiri daripada pagi tadi.Maklumla lama cuti sem jadi duk diam-diam depan PC je.Ok la..ku nak solat dahulu.Nanti kita berjumpa lagi.Daa..

Sabtu, 10 Julai 2010

Kami telah berpindah!!

Saya dan kawan-kawan telahpun memindahkan hasil kerja tangan kami ke satu blog baru.Agak-agak nak tengok nanti boleh la menyinggah ke http://shafcraft.blogspot.com/. Jalan-jalan pun boleh.Manatau tengah bosan.Sekarang blog ini telah dikhususkan untuk saya sahaja..yeay..(sambil melompat..hehe)

Jumaat, 9 Julai 2010

Hard disc saya dah ada baju..

Bila tengok kak siti buat camera case, saya teringat hard disc saya.Selama ni hard disc saya takde baju rupanya.Maka malam tadi selepas berbuka puasa saya pun buatkan baju untuk hard disc saya yang satu ni.Masih comot jahitan saya sebab huruf-huruf yang digunakan kecik-kecik (sebab nak letak ejaan penuh jadi saiz huruf terpaksa guna yang kecik..konon nama sedap la kalo penuh..haha).Ini la hasil yang telah berjaya dipakai oleh hard disc saya:-

Hard disc saya yang telah berjaya dibajukan (ni kalau cikgu BM saya baca menangis dia)









Pandangan hadapan dan belakang landscape dan potrait



Yang satu ni part kurang cun sikit.Nama tu saya rasa macam comot siuman..huhu


Khamis, 8 Julai 2010

Bagaimana Menggunakan Handphone Case Kami..

Berikut adalah cara untuk menggunakan handphone case kami:-

PERTAMA
Masukkan handphone keychain pada handphone anda


KEDUA
Buka handphone case anda

KETIGA
Kemudian masukkan handphone anda ke dalam case dengan mengeluarkan keychain nya dan tutup handphone case.


AKHIR SEKALI..


Boleh pegang badannya ataupun di keychain nya.Handphone anda telahpun di protect dengan jayanya..yeay!!

Boleh beli..boleh order..tengok pun boleh..

Saya dan kawan-kawan sudah menambah koleksi kerja tangan kami.Bila dah banyak maka kami rasa macam nak jual kepada yang berminat.Sangat comel dan kalau nak request tema-tema pun boleh.Dan yang sangat pasti..tak akan ada dua handphone case yang sama tau (special handmade). Semua di bawah ini adalah sarung handphone yang kami cuba buat saje-saje sebagai contoh.Design ambil kat blog orang sebab nak cuba-cuba dulu..hehe.Nanti kalau orang tanya boleh tunjukkan contohnya(perkataan yang dicondongkan adalah perkataan inggeris yang saya tak tau nak gantikan dengan perkataan melayu..maaf ya):-
Coklat dan hitam (blakang case bewarna hitam)

Purple dan pink

Elmo pandangan hadapan dan belakang


Sesame street cookie monster dan elmo (favaourite show masa kecik-kecik dulu..tua pulak rasa sekarang)

Satu lagi camera case.Yang ini baru cuba buat satu.Buat contoh dulu.

Saiz terpanjang skit.Sample katakan..

Jika berminat boleh tinggal kan comment di bawah ye.Kemudian bagi email sekali.Nanti kami bagi jawapan.Tak sabar nak menjahit untuk anda.