Jumaat, 30 November 2012

Our sweet little paradise (Eps.5)

Rumah aku dh lama pun diduduki. Bau cat yg awal2 dulu pun dh hilang dh sekarang. tapi sebab sudah berjanji aku nk jgk tunjuk rumah kecil ku yg masih maintain lg utk setakat ini.

Masa awal2 menyusun barang dulu sungguhlah serabut diri aku ni. Rumah dh mmg serabut tambah aku apa lg aku jd extra serabut la..ehehe. Ni awal2 nk mnyusun dulu la. Tak tau mana nk letak..tiba2 rasa kene beli rumah besar lg..ahaha.
Bilik baju (konon ala2 walk in wardrobe la..huhu)..serabut dh mcm walk in stor..ahaha
Ruang tamu di awal2 dulu..sinilah tmpt tgk tv..iron baju..mengunyah2 jajan

 
 Tapi bila dh berlama2 duduk maka kami pun sempat la update situ sini sikit..jadilah begini..

Dapur yg aku degil nk jugak table top kaler putih..tertumpah kunyit sikit dh problem..EXTRA RAJIN SIKIT MENGELAP
Almari baju dh di upgrade..tp majoriti baju dlm almari ni aku yg punya..ahaha..sori bang x jd nk bg sama rata

Ruang tamu dh berupa ruang tamu..kipas extra sbb rumah tepi highway jd perlu udara tambahan..

Kesimpulan rumah aku ni biasa2 aje..part2 lain yg tidak ditunjukkan tu sbb x nk show mende2 yg tidak sesuai ditonton. Meh la menyinggah ye kalo lalu rumah aku ni.

Khamis, 29 November 2012

Aktiviti lembut tangan

Setelah sekian lama aku berkecimpung dalam felt craft..aku update sikit skill baru dlm seni lembut tangan ni dlm bidang sulam riben pulak. Ala..buat simple2 jek. Aku ni slow learner jd kalo ssh2 mau tak siap keje tangan aku tu.

Sebab akak opis aku ni duk nk buat modul utk kursus pendek sulam riben dia,aku dgn tersengih2 pun sibuk la nk blaja buat sulam riben ni. Aritu akak ni siapkan modul sulam manik 3D aku sibuk jgk nk blaja tp separuh jln jek..sulam manik 3D SUSAH!!!

Sarung handphone aku dh buruk. Siap ada perli cakap buang jelah sarung handphone ko tu. Penat tau jahit sarung handphone tu..memang la buruk sbb selalu guna..tecik ati (kaler merah kat tepi sarung handphone lama tu bkn sirap tumpah tau tp kaler kain sarung handphone tu turun masa basuh aritu).

Sebab geram maka terhasil la sarung yg baru ini..oo..tgk lawa nk mintk buatkan pulak ye.Aritu suruh buang yg lama. Inilah hasil terhebat aku dalam bidang sulam riben ini..utk takat inilah..ehehe


Amacam..hebat tak aku (oiii..nk riak jugak tu)
Sebenarnya sarung handphone ni kalo tgk dkt2 buruk..daun senget benget..bunga compang camping..ahaha..tp sbb nk menunjuk aku bg shoot yg paling perfect la. Kalo mntk buatkan aku mmg duk diam2..mak tak sanggup mende renyah2 mcm sulam riben ni nak. Untuk diri sendiri lepas la..huhuhu.

Kalo rasa minat dengan keje2 tangan ni jom la join kursus pendek kat Kolej Komuniti Hulu Selangor. Join je FB kitorg kat Pembelajaran Sepanjang Hayat Kkhs. Kalo ada kursus2 terkini dan sensasi mmg biasanya akan diupdate..aku promote tempat keje aku ni..jgn memain..ehehe. Jgn lupa tau dtg join kursus kat Kolej kami.

CLARK Warehouse Sale 2012

Hujung tahun adalah musim sale yg paling extravaganza sekali.Aku tanpa dijemput telah terjebak dalam aktiviti ini..biasalah tu.En.Suami dh tak mampu nk kata apa pun (dia pun sokmo harap plastik yg aku bawak blik ada brg utk dia jugek).

Untuk julung2 kalinya aku telah terjoin warehouse sale CLARK.Yes..the crazy sale in town!!!. Aku mmg sgt teruja sbb ini adalah pertama kalinya aku terikut membe ke sale ini. Clark mmg jenama aku duk tergiler-giler tp x mampu..ahaha. Dalam tak berapa nk mampu tu aku terbeli jgk satu sandal di butik clark. Konon2nye itulah pertama dan terakhir aku akan masuk dan beli Clark ni.
Terbeli dengan harga RM267..inilah pertama dan terakhir..huhu

Jom tgk apa yg aku kaut time Clark warehouse sale 23-25 Nov 2012 aritu..tarik nafas dlm2 ye..sila jgn jeles..
Kasut yang pertama..ada heel sedikit..luarannya baldu..sesuai ketika ingin kelihatan gedik santai..ahaha
PRICE: RM180

 
 

Kasut kedua tiada heel..luarannya kulit..sesuai dipakai untuk menunjukkan kaki yg comel (cth bleh dilihat di atas)
PRICE: RM170



Tak larat dah  nk riak berlebihan..yang pasti aku dh x nk g warehouse sale clark ni..RAMAI BENOR MANUSIA..PANJANG BENOR BARISAN..KENE BEREBUT-REBUT..KENE GADUH-GADUH NAK KASUT..mak yg  baik hati ni x reti nk shopping dlm situasi itu..sekian..huhu

P/S: En.Suami sibuk mengeledah plastik yg aku bawak balik dari sale clark ni dgn harapan ada mende utk dia..sori..kasut lelaki mahal..TAK MAMPU..(sbb dh terbeli dua kasut pompuan..ehehe..sori bang)

Selasa, 16 Oktober 2012

Aku jeles..yes i mean it..huhu

Salam..
Long time no see. Tiada apa2 cerita menarik pun dari aku. Dalam keadaan sekarang ni agak malas nk buat apa2 pn. Entah..jiwa tak menentu arah.

Nak tau sebab musabab den jd begini..hehe..malu nk citer. Perjalanan hidup sekarang kalau diikutkan jangka hayat ok je..aku sihat tubuh badan,umur bertambah of course la..cuma yg masih belum bertambah adalah bilangan kami. Ya..kami masih berdua..masih belum ada tanda akan betambah. Di saat entry ini ditulis aku sudah agak normal sedikit dibandingkan hujung bulan lepas.

Ada yg bertanya kenapa pulak aku yg tak pernah sebut pun mende ni tiba2 jd sensitif tentang isu ni??Entah..tiba2 rasa masa tu telah bergerak dengan pantas.Macam dh hujung masa dh aku ni..ehehehe.Mungkin faktor sekeliling kot..walaupun kalau ikutkan kami berdua ni agak gagah menangani isu ini (gagahlah sangat). Pernah satu masa di kenduri kesyukuran saudara yang telah hamil 7 bulan, orang sekeliling aku duk bercerita tentang bayi mereka yang baru lahir..kehamilan mereka dulu..air gula yg mereka kene minum..bilangan anak2 mereka..aku??aku hanya sengih2 buat2 sibuk lap pingan (aku nk menyampuk tak reti..tolonggg!!!)

Sudahla..kalau nk ikut memang aku je yg terasa sendiri2. Org sekeliling takde kata apa pn..huhuhu. Sila bagi sokongan kepada kami berdua. Sesungguhnya kami jeles dengan anda yang telahpun bertambah-tambah bilangan anak.

Selasa, 4 September 2012

Mood Hari Raya

Sana sini gambar raya..sebab dengki aku nak jugak upload gambar raya aku. Bila di renung2 ini aje rupanye gambar raya yg aku ada. Hmmm..ah..tak kira..misi menunjuk tetap diteruskan..
Kalau tengok jam besar kat belakang tu dah hampir pukul 12..sila jgn tertipu..12 mlm tu ye bkn tengah hari..(muka maintain u olllsss)

Selasa, 31 Julai 2012

Setahun sudah berlalu..

Bila membelek-belek gambar..terjumpa gambar ini


Tahun lepas (2011)..



Baru-baru ini (2012)...





Cepat sungguh masa berlalu..semoga terus membesar sebagai juara.
(Semoga aku juga dapat harta yang berharga ini suatu hari nanti..AMIN)


Love..
Mak Long

Khamis, 12 Julai 2012

Ramadhan bakal muncul..yeah..yeah

Salam..
Lama tidak muncul. Tiada album baru atau gossip terkini yang best utk di share..ehehehe(perasan glamer giler).  Oleh kerana muncul agak sekejap2 maka rasa di saat2 free ini nk mengucapkan selamat bersedia menghadapi Ramadhan. Syukur kita masih bernyawa utk bertemu dengan Ramadhan..(harap2 esok lusa ada nyawa lagi hendaknye sbb Ramadhan lagi seminggu)

Jika tahun lepas saya telah berusaha sebaiknya menyediakan diri utk berRamadhan sebagai tukang bgn sedia sahur dan berbuka yg berjaya (sebelum itu suami dan saya tinggal berjauhan)..tahun ini sy juga ingin cuba utk bersedia perkara yg sama walaupun perjalanan pulang kerja makin bertambah jauh sedikit jaraknya. Yee..saya akan berusaha!!! (adoi..terasa penat pulak selepas taip perkataan berusaha beserta tanda seruan itu..huhuhu)

KEPADA ANDA SEMUA
Selamat Menjalani Ibadah Puasa
Mohon Ampun dan Maaf andai
ada salah dan silap

p/s: Andai panjang umur kita ketemu lagi Syawal nanti..love you..

Ahad, 10 Jun 2012

Our sweet little paradise (Eps.4)

Entry ini khas nak cerita pasal langsir. Ingat tak langsir Nagoya yang saya tempah secara solo? Inilah hasil langsir saya itu. Set langsir hanya melibatkan ruang tamu, bilik tetamu dan bilik tidur utama. Day curtain untuk ruang tamu dan bilik tetamu kami beli di ikea je. Dah siap jahit sepasang baru RM10, kira ok dan tak payah nak pikir2. Untuk day curtain bilik tidur utama den belajar jahit sendiri..walaweih..hebat tu (puji diri sendiri).
Material langsir bilik utama yang dipilih di Nagoya..tidur tak sedar dah siang
Day curtain yg jarang tu aku jahit sendiri..hebat kan aku..ahahaha
Langsir bilik tidur utama yang siap dipasang
Design langsir untuk ruang tamu dan bilik tetamu..pilihan solo ni
Bilik tetamu kami..yeaaa..berjaya beli sofa bed idaman
Langsir ni pun aku jahit sendiri jugak...kene letak besar sikit bagi riak..hehehe. Ini untuk bilik baju jd day curtain kami tak letak..save budget skit.

Begitulah cerita langsir rumah kami. Semua material beli dan tempah di Nagoya. Berbaloi kalau nk buat langsir baru. Pilihan kain yang kami buat pastinya yang cahaya tak tembus. Sila angkat kain ke arah cahaya masa tengah memilih kain..agak2 tak nampak cahaya yang lepas itulah langsir yang best untuk rumah anda. Bagus tak tips..sila tiru jika berminat.hehehe

Our sweet little paradise (Eps.3)

Setelah tunggang terbalik mengemas rumah sewa..hantar barang sikit2 ke rumah baru..bergaduh-gaduh manja sebab tak jumpa barang kerana semuanya telah di packing..akhirnya 1 Mei 2012 pindah la kami ke Batu Caves..goodbye Wangsa Maju.

Pengajaran sepanjang sesi perpindahan ini...MAKCIK PONAT NAK OIII...TAK NAK PINDAH UMAH DAH...HUHUUHUU
Tak tau nak mulakan kemas dari mana..penatnye..

Jumaat, 20 April 2012

Maafkan saya..

Kejadian semalam masa drive sorang2 on the way sebelum smpai umah (mengelamun sambil berfikir)..

Aku pernah dengar ustaz kat radio cakap kalau kita ada dosa dengan manusia itu mungkin salah satu sebab rezeki kita tersekat. Rezeki yg satu ini aku rasa sangat susah utk smpai kepada aku..ya betul rezeki mendapat anak. Dengan siapakah aku berdosa??? Wahai manusia itu..andai aku berdosa maafkanlah. Andai aku tersalah kata ampunkanlah. Semoga rezeki ku dipermudahkan...(doakanlah ye).

p/s: Jangan la tanye bila nak dpt anak..cepatla dpt anak..aku tak boleh nk jawap. Doakanlah yg terbaik utk aku..AMIN.
p/s 2: Fobia nk g kenduri pastu jmpa sedara mara belah aku.


Ke mana kau pergi..kembalilah

Mana kau menghilang...

Wahai kaki yang panjang..

Wahai lengan yang runcing..

Wahai dagu yang tajam..


KEMBALILAH...


kerana kami amat merindui mu....huhuhuhu

Isnin, 12 Mac 2012

Pejam celik..pejam celik..

Bila di tengok-tengok balik dah 3 Kolej aku keje..umur bekerja baru nak masuk 5 tahun. Nak buat mcm mana..kolej pertama aku keje sebelum aku kawin..kolej kedua sebab buat rayuan nak duduk dekat dgn suami, dia bagi la duduk keje kejap..yang ketiga ni barulah dapat pindah terus. Harap-harap xde apa-apa masalah disini. Ketiga-tiga tempat ni ada keistimewaan masing-masing dan juga sifat yang tersendiri. Part yang paling jelas keistimewaannya ialah laluan untuk sampai ke tempat keje. Inilah laluan kerja aku dulu hingga yang terkini..enjoy..

Kolej Komuniti Bandar Penawar, Johor

Aman seadanya ia


Kolej Komuniti Selayang, Selangor


Sibuk sebagaimana biasanya ia


Kolej Komuniti Hulu Selangor, Selangor



Mencabar namun tenang ia

p/s: Saya sangat bangga dengan pengalaman ini. Laluan-laluan ini sama macam laluan hidup kita..semoga kita sentiasa tabah melaluinya.

Iceroom for ice cream lover

Yeehaaa,
Suker mkn aiskrim?? Kalo suker mkn aiskrim anda digalakkan pergi ICEROOM. Spesel kedai ni adalah ais kisar dia. Kalo mmg peminat mkn sejuk-sejuk g la. Aku dh rasuah en.suami utk bawak aku g kedai ni mkn ais kisar dia. Jom tgk apa yg kami mkn..


Menu di Iceroom

Kami pilih tropical fruit (depan) dgn nuts (belakang). Yang nuts lagi sodap..tropical fruit tu manis giler..

En. Suami yang tetap singgah iceroom ni walaupun kami dah terlepas simpang..terima kasih abang 

Our sweet little paradise (Eps.2)

Salam..
Sungguh kalut dengan kehidupan terkini. Sekarang pukul 6.35am dh kene turun utk tunggu lif, start kete, panaskan enjin pastu baru jalan. Hujung minggu pulak menyibukkan diri ke rumah baru yang bank bagi pinjam. Awal-awal dapat kunci perkara yang kami settle kan...

1) Check defect dan pastikan pemaju repair semua defect tu..sila cerewet giler ketika korang check defect ni.
2) Pasang grill semua tingkap dan bukaan yang ada (mulakan dengan grill sebab kalo xde grill korang bawak masuk barang2 nanti org masuk hilang barang2 korang). Pemaju xleh kata apa sebab kunci korang yang pegang.
3) Buat wiring sikit untuk tambah lampu. Kata husband lampu sedia ada x cukup..nak sambut pesta cahaya la tu.
4) Keje-keje mekap rumah seperti plaster siling, cornice dan mengecat (beli cat time promosi raya tahun lepas..murah sikit)
5) Pasang lampu-lampu dan kipas-kipas (pun sama..beli time offer raya dan end year sale tahun lepas).
6) Basuh-basuh rumah dan menikmati suasana rumah yang masih berbau cat sebelum ia dinodai oleh tuan rumah yang x sempat nak mengemas rumah esok-esok. Terlupa pulak kami punye aktiviti pasang rail dan rod langsir (rod ikea murah utk ruang yang akan digantung langsir nipis..kalo nk gantung langsir tebal sila beli rod yg kukuh).
7) Tunggu kabinet dapur siap (sila servey banyak2 kedai utk dapat harga yang berbaloi..jgn malas g servey).
8) Kemas-kemas barang kat umah sewa..kalo boleh angkat sikit g hantar dulu (yg pasti aku xde kemas apa pun lagi..huhu).
9) Tempah langsir kat Nagoya...part ni aku paling suka. Aku g tempah langsir secara solo (husband bg lampu hijau terang utk aku pilih sendiri langsir tetapi terma dan syarat dia tetapkan dah..huh..x ikhlas kan??). Secara servey si Nagoya ni memang murah dan banyak pilihan. Upah jahit dia pun murah. Aku hampir meroyan kat Nagoya sebab nk buat pilihan langsir. Buat simple je (nanti aku riak ye).
10) Last sekali aku nak tangkap sofa bed kat ikea satu. Dah servey dan dah asing duit siap-siap. Ikea tgh sale ni..mmg kene beli sekarang nmpknye.

Hujung minggu aku penuh dengan mende-mende di atas. Pasang rod dan rail langsir je dah sehari suntuk..basuh rumah dan mende-mende kecik lain dah dua hari suntuk. Tapi apa-apa pun syukur alhamdulillah banyak barang2 kami dah beli sikit-sikit dari thn lepas. Kira masih ada sisa-sisa gaji kami utk dibuat belanja makan.



Sedikit sneak preview tanpa unsur riak dari saya..(yang ada unsur riak kene tunggu..ahaha)

Rabu, 29 Februari 2012

Same but different..i love both..

Kadang-kadang ada masa teringat zaman muda-muda. Zaman aku tengah menggila si Westlife. Kaset baru diorg kuar je aku beli..ada CD cetak rompak yg ada video klip diorg kuar je aku beli (nk beli yg original tak mampu..blom keje..tp duit ada je kn..sekarang???usah ditanya). Aku ni walaupun muka ganas hati jiwang tau..jiwang yg beriman la.ahaha.

Sambil membelek-belek lagu-lagu si Westlife kat Youtube (yg dilayari secara haram kat opis ni) terjumpa aku lagu sodap ni. Tajuk lagunye Please Stay. Dah dekat-dekat masa nk kene kuar dari sini lagu ni plak yg aku suker (Aku dh melapor diri kat Hulu Selangor 20/2/2012 aritu. Mintak tangguh bertugas 2 minggu. 5/3/2012 ni aku start ke sana la). Cuba dengar..(kalo opis korang tak block Youtube).

Dengar rasa macam angin lalu-lalu je kat telinga..

Lepas dengar si Westlife menyanyi aku cuba plak dengar penyanyi asal lagu ni si Drifters. Walawei..sodap lagi si penyanyi asal ni nyanyi. Roh menyerap ke jiwa den. Yg Drifters ni lbh kepada imej den la. Yg Westlife tu lbh kepada imej lama den..wahahaha (cover diri).


Korang rasa antara si Westlife dgn Drifters ni mana yg lebih Nur Hanani??

p/s: Tolong jgn jiwang ye..aku je boleh..

Rabu, 22 Februari 2012

Gooodbye dear..

To all my KKBP friends..


To my KKSY friends..

Ini semua sebab ini..

 

Selasa, 7 Februari 2012

Our sweet little paradise

We have small number of family..

..we keep entering every door of hope..

 ..praying for the best in our future.

p/s: Terima kasih Allah untuk nikmatMu..semoga kami tidak kufur dengannya.