Ahad, 10 Jun 2012

Our sweet little paradise (Eps.4)

Entry ini khas nak cerita pasal langsir. Ingat tak langsir Nagoya yang saya tempah secara solo? Inilah hasil langsir saya itu. Set langsir hanya melibatkan ruang tamu, bilik tetamu dan bilik tidur utama. Day curtain untuk ruang tamu dan bilik tetamu kami beli di ikea je. Dah siap jahit sepasang baru RM10, kira ok dan tak payah nak pikir2. Untuk day curtain bilik tidur utama den belajar jahit sendiri..walaweih..hebat tu (puji diri sendiri).
Material langsir bilik utama yang dipilih di Nagoya..tidur tak sedar dah siang
Day curtain yg jarang tu aku jahit sendiri..hebat kan aku..ahahaha
Langsir bilik tidur utama yang siap dipasang
Design langsir untuk ruang tamu dan bilik tetamu..pilihan solo ni
Bilik tetamu kami..yeaaa..berjaya beli sofa bed idaman
Langsir ni pun aku jahit sendiri jugak...kene letak besar sikit bagi riak..hehehe. Ini untuk bilik baju jd day curtain kami tak letak..save budget skit.

Begitulah cerita langsir rumah kami. Semua material beli dan tempah di Nagoya. Berbaloi kalau nk buat langsir baru. Pilihan kain yang kami buat pastinya yang cahaya tak tembus. Sila angkat kain ke arah cahaya masa tengah memilih kain..agak2 tak nampak cahaya yang lepas itulah langsir yang best untuk rumah anda. Bagus tak tips..sila tiru jika berminat.hehehe

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

"Bilik tetamu kami..yeaaa..berjaya beli sofa bed idaman"

Good and nice choice...the sofa can turn into bed if your parents need to stay at your house. Huhuhu...

From : Syukie chan.