Jumaat, 20 April 2012

Maafkan saya..

Kejadian semalam masa drive sorang2 on the way sebelum smpai umah (mengelamun sambil berfikir)..

Aku pernah dengar ustaz kat radio cakap kalau kita ada dosa dengan manusia itu mungkin salah satu sebab rezeki kita tersekat. Rezeki yg satu ini aku rasa sangat susah utk smpai kepada aku..ya betul rezeki mendapat anak. Dengan siapakah aku berdosa??? Wahai manusia itu..andai aku berdosa maafkanlah. Andai aku tersalah kata ampunkanlah. Semoga rezeki ku dipermudahkan...(doakanlah ye).

p/s: Jangan la tanye bila nak dpt anak..cepatla dpt anak..aku tak boleh nk jawap. Doakanlah yg terbaik utk aku..AMIN.
p/s 2: Fobia nk g kenduri pastu jmpa sedara mara belah aku.


Ke mana kau pergi..kembalilah

Mana kau menghilang...

Wahai kaki yang panjang..

Wahai lengan yang runcing..

Wahai dagu yang tajam..


KEMBALILAH...


kerana kami amat merindui mu....huhuhuhu

Isnin, 12 Mac 2012

Pejam celik..pejam celik..

Bila di tengok-tengok balik dah 3 Kolej aku keje..umur bekerja baru nak masuk 5 tahun. Nak buat mcm mana..kolej pertama aku keje sebelum aku kawin..kolej kedua sebab buat rayuan nak duduk dekat dgn suami, dia bagi la duduk keje kejap..yang ketiga ni barulah dapat pindah terus. Harap-harap xde apa-apa masalah disini. Ketiga-tiga tempat ni ada keistimewaan masing-masing dan juga sifat yang tersendiri. Part yang paling jelas keistimewaannya ialah laluan untuk sampai ke tempat keje. Inilah laluan kerja aku dulu hingga yang terkini..enjoy..

Kolej Komuniti Bandar Penawar, Johor

Aman seadanya ia


Kolej Komuniti Selayang, Selangor


Sibuk sebagaimana biasanya ia


Kolej Komuniti Hulu Selangor, Selangor



Mencabar namun tenang ia

p/s: Saya sangat bangga dengan pengalaman ini. Laluan-laluan ini sama macam laluan hidup kita..semoga kita sentiasa tabah melaluinya.

Iceroom for ice cream lover

Yeehaaa,
Suker mkn aiskrim?? Kalo suker mkn aiskrim anda digalakkan pergi ICEROOM. Spesel kedai ni adalah ais kisar dia. Kalo mmg peminat mkn sejuk-sejuk g la. Aku dh rasuah en.suami utk bawak aku g kedai ni mkn ais kisar dia. Jom tgk apa yg kami mkn..


Menu di Iceroom

Kami pilih tropical fruit (depan) dgn nuts (belakang). Yang nuts lagi sodap..tropical fruit tu manis giler..

En. Suami yang tetap singgah iceroom ni walaupun kami dah terlepas simpang..terima kasih abang 

Our sweet little paradise (Eps.2)

Salam..
Sungguh kalut dengan kehidupan terkini. Sekarang pukul 6.35am dh kene turun utk tunggu lif, start kete, panaskan enjin pastu baru jalan. Hujung minggu pulak menyibukkan diri ke rumah baru yang bank bagi pinjam. Awal-awal dapat kunci perkara yang kami settle kan...

1) Check defect dan pastikan pemaju repair semua defect tu..sila cerewet giler ketika korang check defect ni.
2) Pasang grill semua tingkap dan bukaan yang ada (mulakan dengan grill sebab kalo xde grill korang bawak masuk barang2 nanti org masuk hilang barang2 korang). Pemaju xleh kata apa sebab kunci korang yang pegang.
3) Buat wiring sikit untuk tambah lampu. Kata husband lampu sedia ada x cukup..nak sambut pesta cahaya la tu.
4) Keje-keje mekap rumah seperti plaster siling, cornice dan mengecat (beli cat time promosi raya tahun lepas..murah sikit)
5) Pasang lampu-lampu dan kipas-kipas (pun sama..beli time offer raya dan end year sale tahun lepas).
6) Basuh-basuh rumah dan menikmati suasana rumah yang masih berbau cat sebelum ia dinodai oleh tuan rumah yang x sempat nak mengemas rumah esok-esok. Terlupa pulak kami punye aktiviti pasang rail dan rod langsir (rod ikea murah utk ruang yang akan digantung langsir nipis..kalo nk gantung langsir tebal sila beli rod yg kukuh).
7) Tunggu kabinet dapur siap (sila servey banyak2 kedai utk dapat harga yang berbaloi..jgn malas g servey).
8) Kemas-kemas barang kat umah sewa..kalo boleh angkat sikit g hantar dulu (yg pasti aku xde kemas apa pun lagi..huhu).
9) Tempah langsir kat Nagoya...part ni aku paling suka. Aku g tempah langsir secara solo (husband bg lampu hijau terang utk aku pilih sendiri langsir tetapi terma dan syarat dia tetapkan dah..huh..x ikhlas kan??). Secara servey si Nagoya ni memang murah dan banyak pilihan. Upah jahit dia pun murah. Aku hampir meroyan kat Nagoya sebab nk buat pilihan langsir. Buat simple je (nanti aku riak ye).
10) Last sekali aku nak tangkap sofa bed kat ikea satu. Dah servey dan dah asing duit siap-siap. Ikea tgh sale ni..mmg kene beli sekarang nmpknye.

Hujung minggu aku penuh dengan mende-mende di atas. Pasang rod dan rail langsir je dah sehari suntuk..basuh rumah dan mende-mende kecik lain dah dua hari suntuk. Tapi apa-apa pun syukur alhamdulillah banyak barang2 kami dah beli sikit-sikit dari thn lepas. Kira masih ada sisa-sisa gaji kami utk dibuat belanja makan.



Sedikit sneak preview tanpa unsur riak dari saya..(yang ada unsur riak kene tunggu..ahaha)

Rabu, 29 Februari 2012

Same but different..i love both..

Kadang-kadang ada masa teringat zaman muda-muda. Zaman aku tengah menggila si Westlife. Kaset baru diorg kuar je aku beli..ada CD cetak rompak yg ada video klip diorg kuar je aku beli (nk beli yg original tak mampu..blom keje..tp duit ada je kn..sekarang???usah ditanya). Aku ni walaupun muka ganas hati jiwang tau..jiwang yg beriman la.ahaha.

Sambil membelek-belek lagu-lagu si Westlife kat Youtube (yg dilayari secara haram kat opis ni) terjumpa aku lagu sodap ni. Tajuk lagunye Please Stay. Dah dekat-dekat masa nk kene kuar dari sini lagu ni plak yg aku suker (Aku dh melapor diri kat Hulu Selangor 20/2/2012 aritu. Mintak tangguh bertugas 2 minggu. 5/3/2012 ni aku start ke sana la). Cuba dengar..(kalo opis korang tak block Youtube).

Dengar rasa macam angin lalu-lalu je kat telinga..

Lepas dengar si Westlife menyanyi aku cuba plak dengar penyanyi asal lagu ni si Drifters. Walawei..sodap lagi si penyanyi asal ni nyanyi. Roh menyerap ke jiwa den. Yg Drifters ni lbh kepada imej den la. Yg Westlife tu lbh kepada imej lama den..wahahaha (cover diri).


Korang rasa antara si Westlife dgn Drifters ni mana yg lebih Nur Hanani??

p/s: Tolong jgn jiwang ye..aku je boleh..

Rabu, 22 Februari 2012

Gooodbye dear..

To all my KKBP friends..


To my KKSY friends..

Ini semua sebab ini..