Isnin, 31 Mei 2010

Mencari STARBUCK..



Pada Sabtu 29 Mei 2010, tidak tahu mengapa tekak saya teringin sangat nak minum ice blended STARBUCK iaitu Chocolate Cream Frappuccino..adoi sodap sungguh.Rupanya ada iras-iras macam kat bawah ni..

Minum masa cuaca panas sedap ni..
(gambar dari www.starbucks.com)

Setelah berpenat-lelah mengikut saya ke kedai kraftangan maka agenda seterusnya adalah mencarik lokasi kedudukan Starbuck pula.Puas kami memusing ke sana sini..akhirnya dalam keadaan jalan yang sibuk (sebab orang ramai tengah cuti wesak) dan hujan turun dengan lebat terjumpa la kami dengan Starbuck ini.Lokasinya di Bukit Bintang.Suami saya pun menyalakan lampu kecemasan kereta (kalau tidak orang marah kami parking tepi-tepi jalan yang sibuk tu). Dengan berlari-lari anak saya pun menuju ke kaunter Starbuck untuk meng'order'.Apalah kemaruk sangat saya pun tak tahu la hari ni. Akhirnya berjaya jugak saya mendapatkan ice blended ini. Tak percaya??

Tak sempat nak ambil gambar masa air tu baru siap sebab taksub nak minum

Kalau ingin mendapatkan potongan harga ketika membeli makanan dan minuman di Starbuck anda tunjukkan sahaja JUSCO kad. Saya dah cuba ketika membeli air ini (saya beli kat Bukit Bintang tau bukan kat JUSCO pun, tapi masih dapat less 10%). Setelah berjaya mendapat air ini suami saya turut sibuk nak merasa.Kata beliau,nasib baik sedap (kiranya dalam penat kami berpusing-pusing tu berbaloi lah sebab air ni sedap..hehe).Oleh kerana jasa yang telah di sumbangkan oleh suami saya maka separuh share air ini saya bagi kepada beliau. Suka sungguh..(nak beli 2 suami saya selsema jadi tidak baik untuk kesihatannya).

Muka seronok kerana telah mendapat share ice blended dari saya..hehe

Berakhirlah pencarian kami hari itu. Dalam perjalanan pulang ke rumah kami tidak putus-putus bertemu dengan Cafe Starbuck. Tadi masa nak mencari bukan main susah..alih-alih dah nak balik (lepas bersusah-payah dengan agak lama) banyak pula Starbuck yang muncul di kiri kanan kami..menyampah..

Saya ada hobi baru..

Hai,
Seronok melihat blog-blog jahitan (antaranya ada saya tampal kat tepi ni).Saya teringin nak buat untuk diri sendiri.Oleh kerana terlalu taksub saya telah mengajak suami saya mencari bahan-bahan untuk memulakan aktiviti jahitan ini. Kerana kesian agaknya suami pun mengikut kehendak saya, maka bermulalah perjalanan kami ke kedai barang-barang kraftangan(suami ikut sahaja,kesian sungguh..hehe).Untuk projek pertama saya, saya ingin mulakan dengan menjahit hiasan pada selendang yang saya telah beli.Selendang harganya RM10 sahaja.Saya ingin 'transform' selendang ini menjadi sebagaimana selendang dipakai oleh Farah Adeeba di bawah ini (tapi tidak semeriah inilah)
Tak tau kenapa saya suka tudung begini


Ini selendang dan aksesori yang saya beli bersama suami
(tunggu ye hasil kerja jahitan pertama saya pada selendang ini)

Saya menggila di kedai kraftangan, butang pun saya terbeli..hehe


Saya tidak sabar untuk memulakan hobi baru ini.Nantikan hasil tangan pertama saya ye..(kalau hasil tidak saya keluarkan di sini maknanye tak menjadilah tu..hehe)

Khamis, 27 Mei 2010

Mari berjalan-jalan...

Berjalan-jalan,satu aktiviti yang paling digemari saya dan suami cuma aktiviti tambahan kami adalah jalan-jalan dan cari makan (patutla kami berdua sihat..hehe).Kami jarang keluar bershopping (suami saya kurang berminat dengan aktiviti 'membeli tingkap'..hehe) dan hanya keluar jika ada keperluan yang ingin dibeli sahaja. Oleh sebab ini,untuk keluar saya perlu mengajak beliau ke tempat berjalan-jalan yang kami belum pernah sampai lagi.mahu lihat tempat yang telah berjaya kami kunjungi???

Aquaria KLCC
(zaman bercinta-cinta)

Pantai Desaru, Johor
(dekat dengan tempat kerja saya)

Pulau-pulau di Sabah
(berpoya-poya)

Itu adalah antara aktiviti jalan-jalan kami.Cukup la sikit ini dulu.Saya cuba riak secara rendah diri..hehe.Kalau riak banyak-banyak nanti Allah marah.Hingga jumpa lagi.

Selasa, 25 Mei 2010

Bersyukurkah kita??

Bertemu lagi..
Tidak sempat saya hendak menulis kebelakangan ini.Sibuk menyelesaikan tugas-tugas hakiki saya dan inilah kesempatan yang ada dan dapat saya menulis di sini.Kali ini saya hendak bercerita mengenai syukur..

Syukur pada saya adalah cara kita berterima kasih dengan setiap kurniaan daripada pencipta kita.Tidak kiralah perkara yang berlaku pada kita itu sesuatu yang besar ataupun kecil.Saya merupakan seorang isteri yang bekerja di Johor (tempat saya ni jauh dari exit tol jadi nak sampai amatlah lama perjalanannya) manakala suami saya bekerja di Kuala Lumpur (tol ada di mana-mana..hehe).Atas faktor ini saya hanya akan bertemu suami saya seminggu sekali ataupun dua minggu sekali (bergantung pada budget dan beban kerja semasa saya).Kadang kala saya sering terpikir..penatnya kehidupan begini.Saya pernah menangis semasa solat mengadu keadaan saya ini pada-Nya (alamak..air mata saya tiba-tiba gugur pula).Saya tidak menyalahkan setiap kurniaan Allah pada saya kerana jauh di dalam hati saya setiap kurniaan Allah itu adalah yang terbaik untuk kita.Tapi apa yang saya adukan hanyalah luahan rasa saya pada Dia kerana dia lebih paham luahan saya itu (kalau cerita kat kawan-kawan mereka salah tafsir lagi payah).

Mungkin kerana luahan hati saya terus kepada Dia, saya mendapat petunjuk betapa saya ini perlu amat bersyukur dengan setiap perkara yang ada dan terjadi pada saya.

Kejadian pertama berlaku semasa saya mengikuti satu kursus di Kuala Lumpur.Oleh kerana kursus yang berlangsung hampir 4 hari maka semua peserta kursus telah hampir mengenali antara satu sama lain.Salah seorang rakan kursus saya ini bercerita tentang kehidupan beliau yang mana beliau bekerja di Langkawi manakala suami beliau di Sabak Bernam.Bila saya bertanya tentang bagaimana perjalanan bertemu suami rupa-rupanya beliau perlu menaiki kapal terbang dari Langkawi kemudian turun di LCCT.Kemudian singgah di rumah saudara untuk bermalam dan keesokkannya baru beliau pulang ke tempat suaminya di Sabak Bernam.Sungguh jauh perjalanan beliau jika dibandingkan dengan saya kan??Mungkin beliau lebih penat berbanding dengan saya.

Kejadian kedua pula berlaku semasa saya menjalankan tugas hakiki saya di Kluang.Saya bertemu dengan rakan sekerja saya yang mana turut mempunyai suami yang duduk jauh dari beliau.Beliau bertugas di Segamat manakala suami dan anaknya berada di Sabah.Kata beliau setiap 2 minggu sekali beliau akan balik untuk bertemu kedua-dua insan kesayangan beliau ini. Cuba bayangan dari Segamat beliau perlu ke lapangan terbang terdekat (apa lapangan yang terdekat ye??Senai macam jauh..KLIA pun macam jauh jugak..).

Pada ketika ini saya teringat luahan rasa saya kepada pencipta saya.Mungkin inilah yang Dia cuba tunjukkan kepada saya.Jika saya terasa penat selama ini, ada yang lagi penat dari saya.Betapa saya bersyukur dengan apa yang Allah telah kurniakan.Oleh sebab itu bila permohonan perpindahan saya tidak disokong saya cuba menenangkan suami saya dengan berkata bahawa kita sedang diuji, mungkin ada yang lebih baik untuk kita nanti.Bagi kawan-kawan, janganlah kasihankan kami kerana duduk jauh dari suami tapi temankan kami (bukan tiap masa tapi kalau ada aktiviti ajak la)supaya kami tidak rasa kami jauh dari suami (kami tu mewakili orang-orang yang suami jauh..huhu).

Marilah kita panjatkan kesyukuran bersama-sama..

Jumaat, 21 Mei 2010

BAHASA MELAYU DAN SAYA

Saya merupakan anak seorang guru (tapi mak saya nurse).Sebab pekerjaan abah saya maka kami terpaksa berpindah-randah sebanyak 3 kali(nak cakap sering berpindah-randah tak boleh sebab 3 kali je berpindah).Penat berpindah ni tambahan pula rumah yang kami masuki itu semakin pindah semakin mengecil (barang makin lama makin beranak pinak).Semua perlu disusun dengan sebaiknya sebab ruang yang terhad.

Tapi sisi yang menarik tentang berpindah ini ialah kawan-kawan serta persekitaran baru yang kami temui.Tempat pertama abah bawa kami berpindah ialah SMV Sultan Ahmad Shah di Kuala Rompin, Pahang.Sekolah ini terletak bersebelahan sungai.Petang-petang angin sepoi-sepoi di sini (sudah pasti tiada pencemaran).Melalui penerangan saya ini pasti anda dapat mengambarkan tempat ini kan??Sudah pastilah di sini merupakan sebuah perkampungan yang belum dimajukan lagi (jika sudah dimajukan pastilah sudah tercemar).

Dengan keadaan sebegini, penduduk yang majoriti melayu kebiasaannya berbahasa melayu berloghat sedikit ala-ala pantai timur.Keadaan ini menyebabkan saya tidak tahu pun bahasa lain selain bahasa melayu (tapi saya pakar berbahasa pahang ye..ketika itu sahaja).Berbahasa inggeris pada kami sangat menyusahkan.Perbendaharaan kata saya juga sangat sedikit.Tapi jika dibandingkan dengan kawan-kawan lain, bahasa inggeris saya antara yang terbaik (cikgu yang cakap..saya sampaikan apa yang dia bagitau je).

Masuk sekolah menengah saya telah berjaya memasuki sekolah berasrama.Majoriti pelajarnya orang Kuala Lumpur yang berbahasa inggeris lebih berabuk dari bahasa melayu.Saya pula hanyalah pelajar dari Kuala Rompin yang biasa-biasa sahaja.Sebilik dengan saya merupakan anak usahawan Kuala Lumpur yang bersarapan dengan emping jagung dan susu.Ketika inilah hilang longhat pahang saya (nanti dia tak paham pula apa yang saya ceritakan).Kawan saya ini sering  bercerita dalam bahasa inggeris dengan perbendaharaan yang sangat banyak (kalau nak paham perkataan dia saya kene agak-agak mengikut jalan cerita yang disampaikan).Namun begitu situasi inilah yang membantu saya hebat berbahasa inggeris (hebat sekadar untuk tahap saya).

Suami saya juga seperti saya.Dibesarkan di kampung yang berbahasa melayu tegar.Tapi cerita dia tidak sehebat saya (dia tidak berpindah-randah dan tidak jumpa orang bersarapan emping jagung dan susu..katanya itu iklan tv je).Oleh sebab itu beliau sangat kurang fasih menggunakan bahasa inggeris. Tapi itu bukan halangan bagi dia.Beliau merupakan individu yang sangat kuat berusaha (beliau konvo degree dengan kalung di leher..maksudnya dapat 3.5 ke atas..aku dapat 2.5 ke atas je..huhu).Saya kagum dengannya.Cuma masalah dia sukar berbahasa inggeris. Di tempat kerjanya sekarang majoriti rakan-rakan sekerjanya adalah lulusan luar negara.Mereka lebih suka berbahasa inggeris dari berbahasa melayu (agaknya banyak makan emping jagung kot..hehe).Masalah timbul bila mesyuarat yang berlangsung memerlukan beliau manjadi pengerusi.Respon dari ahli mesyuarat kebanyakkannya menggunakan bahasa inggeris yang sangat berabuk.Namun ini tidak melemahkan suami saya.Beliau dengan muka yang konfiden (pengerusi mesyuarat muka pun eksyen sikit time tu..kata beliau la) terus mengarahkan mesyuarat berlangsung 100% dalam bahasa melayu.Alasan beliau, kita pegawai kerajaan kenapa perlu berbahasa inggeris.Tambahan pula bahasa melayu kan bahasa kebangsaan kita.Jika saya dalam situasi beliau pasti saya turut sama berbahasa inggeris (nanti orang cakap tidak kelas pula).

Apa-apa pun saya kagum dengan tindakan suami saya ini.Beliau tahu kelemahan beliau dan tidak sama sekali membenarkan orang merendahkan kelemahan beliau itu.Apa ada pada bahasa inggeris itu sebenarnya.Jepun yang hebat itu juga tidak menggunakan bahasa inggeris dalam urusan rasminya.Lebih hebat lagi kita pula perlu belajar berbahasa jepun jika hendak ke sana.Siapalah yang akan mengagongkan bahasa kita jika bukan kita.Kesimpulannya..jika kita perlu berbahasa inggeris gunalah bahasa itu sebaiknya.Bukan perlu berselang seli dan kadang-kadang berabuk-abuk lebih dari bahasa pertuturan harian kita (cakap melayu pelat-pelat inggeris tapi cakap inggeris takdelah hebat mana).Sesungguhnya bahasa itu jiwa bangsa (kita semua ni dah ada jiwa inggeris sikit kot..hehe). 

Khamis, 20 Mei 2010

PAKAIAN DAN KITA

Baju dan kasut merupakan antara barang yang saya sangat suka.Jika singgah di mana-mana pusat membeli-belah (tak kira la MYDIN,CAREFOUR,GIANT semua jadi), dua perkara ini adalah salah satu item yg pasti ada dlm plastik yg saya pegang (salah satu sahaja ye bkn dua2 mende ni saya akan beli).Jika dulu saya tidak akan berpikir panjang utk dua perkara ini (agak2 berkenan je beli) tapi sekarang saya akan berkira-kira dulu.Duit saya perlu dialirkan ke tempat lain juga.

Hal membeli baju ini bukanlah isu utama dalam cerita saya ini.Apa yg saya ingin kongsi di sini adalah baju yang kita beli itu.Selalunya kita wanita sangat suka orang memuji kita bila berpakaian.Tapi kita selalu terlupa,perasaan suka ini sebenarnya boleh membawa kepada riak (dalam ayat yang berkumandang di hati kita,CUN AKU NI SEBENARNYA.hehe).

Pada zaman persekolahan saya dulu ada seorang cikgu perempuan yang berjubah.Pakaian beliau ke sekolah hanyalah jubah hitam dan juga tudung labuhnya.Kadang-kala ada juga dia memakai jubah bewarna lain.Oleh kerana warna yang berubah ini kami semua pasti akan memuji dia nampak cantik hari itu(dia mmg sangat cantik orangnya walaupun berjubah hitam setiap hari).Pujian kami ini telah menyebabkan jubah itu langsung tidak di ulang pakai lagi semenjak hari itu.Kami pun bertanya,kenapa beliau tidak memakai jubah itu lagi??Jawapan beliau sangat mengejutkan kami....JIKA PADA MATA KAMU PAKAIAN SAYA ITU NAMPAK CANTIK,BAGAIMANA PULA JIKA DI MATA LELAKI YANG BUKAN MUHRIM DENGAN SAYA??JADI APA GUNA SAYA MEMAKAI PAKAIAN YANG BOLEH MENARIK PERHATIAN ORANG LAIN??

Bila saya mengingat kembali kata-kata cikgu itu saya terfikir,jauhnya pemikiran kita dengan dia (boleh ke aku jadi macam cikgu aku ni).Saya juga pernah dengar orang berkata, JIKA PAKAIAN YANG KITA PAKAI ITU MENARIK PERHATIAN LELAKI UNTUK MELIHAT KITA MAKA SETIAP LANGKAH KITA ITU MENYUMBANGKAN DOSA KEPADA SUAMI KITA (kalau belum kawin dosa kita dapat kat mak ayah kita la..ingat boleh terlepas ke).Oleh yang demikian kata-kata yang selalu kita ucapkan 'DOSA AKU,AKU LA YANG TANGGUNG' tidak boleh dipakai langsung.Kalo nk tanggung dosa sendiri terpaksalah tidak membuat dosa (abis kalo buat dosa mak ayah atau suami kene tanggung sama jadi jangan la buat dosa ye).

Harap-harap lepas ni kita akan sentiasa berpikir panjang untuk mengenakan apa sahaja pakaian.Saya bukan menasihatkan anda tapi diri saya juga (sebab saya kan dah kata kat atas tadi saya suka baju dan kasut).Hingga jumpa lagi..

Rabu, 19 Mei 2010

INTRODUCING ME..

Hai..
Selamat berkenalan semua.Saya org kebanyakkan sahaja.
Tidak berpangkat besar,hidup sederhana dan sentiasa
positif dengan apa sahaja yg saya alami.Pada saya hidup terlalu
singkat untuk dibazirkan dengan keluhan (tp ada masa saya tetap
mengeluh..hehe).

Saya anak sulung dgn 3 adik di bawah saya.Telah berkahwin dgn
kawan yg saya kenal hampir 5 thn.Lama rasanya kami berkawan
dan saya masih lagi cuba mengenali siapa sebenarnya kawan saya
ini.Doa saya siang dan malam supaya hubungan yang bermula sebagai
kawan ini akan berkekalan sehingga ajal kami tiba.AMIN

Tahun ini (2010) adalah tahun pertama saya menjalani kehidupan sebagai
seorang isteri dan menantu kepada sebuah keluarga.Takut jugak
sbb saya ni tidak la pandai memasak,mengubah bunga atau menjahit
(ada orang kata itu ciri-ciri menantu kesayangan).Tapi saya tetap cuba
untuk memperbaiki diri.

Harapan saya, kita sama-sama dapat berkongsi kebaikan di sini (walaupun
saya tidak la sebaik mana pun) supaya sama-sama dapat menjadi yg terbaik.
Hingga jumpa lagi dlm entry yg lain..WASSALAM