Sabtu, 31 Disember 2011

New year..new resolution..where am i??

Tahun makin bertambah..umur makin berkurang..huhuhu

Tahun lepas aku ada azam yang sangat hebat. Azam yang takde sape boleh tolong kecuali dengan izinNya. Bila tahun makin habis baru aku sedar aku tak layak nak pasang azam ni. Sape la aku. Semua adalah atas ketentuanNya. Aku mula menjadi sangat redha sekarang. Life must go on or u been left out. Maka selaku aku yang hanyalah insan yang kerdil aku berazam untuk sentiasa menjadi insan yang baik. Takpela azam lepas aku tu, belum sampai masanya.

Sebelum masa itu sampai, doakan la yg terbaik utk kami berdua di sini. Semoga kami kuat dan tabah dengan segala-galanya.



p/s: Muka dua orang yang tabah..ahahaha

Sabtu, 24 Disember 2011

Luahan rasa seorang saya..(setelah lama dipendam)

Pakcik,
Saya anak jiran sebelah. Saya dtg ke sini sebab nak main dgn anak-anak pakcik. Mak saya kata jgn main jauh-jauh, kalo nak g main kat umah sebelah takpe. Jadi pakcik izinkanlah saya bermain di sini mcm anak-anak jiran yang lain.

Saya hanyalah anak jiran jadi saya takde apa-apa pertalian darah dengan pakcik. Saya tak boleh nak uruskan harta-harta pakcik, wang ringgit pakcik. Maafkanlah saya. Saya tak layak untuk itu semua. Pakcik ada ramai anak, bagilah mereka hak untuk itu semua. Saya tau pakcik suka saya sebab saya baik tapi saya tetap tak boleh buat kerja-kerja tu. Maafkan saya pakcik.

p/s: Kalau saya anak kandung pakcik bila-bila masa pakcik nak saya tolong saya sedia menolong. Sekali lagi maafkan saya pakcik.

Saya yang benar

p/s 2: Agak-agak korang paham ke maksud luahan perasaan aku ni?? Luahan yang sangat bersopan santun...huhu

Rabu, 21 Disember 2011

Nak letak gambr je..

Terasa kemalasan yang melampau telah datang..oleh itu xnak cakap apa2.Nak letak gambar pastu duk diam2 (mode pendiam ku sudah mari)

Sila abaikan 2 cupcake yg telah kosong di belakang tu..kami dah termakan sebelum gambar sempat di ambil..

Close up sedikit..

Agak-agak apa mende ni??

Rasa-rasa tau ke ni apa??

To my dear husband..Happy 2nd Anniversary..semoga tahun2 mendatang memberi lebih kebahagian utk kita berdua (jiwang giler..ehehehe)
p/s: Thanks for always being there..love you forever Zafril bin Zainal Abidin@Zainin

Khamis, 1 Disember 2011

Saya hilang skill lawak dan poyo..TOLONG!!!

Sebab tak tau nak tulis apa makanya saya menjenguk-jenguk tulisan lama-lama ku. Uih..lawak jugak aku ni. Tapi awat makin lama makin kurang lawak dan ayat power yang aku hasilkan?? Terasa semakin beremosi pulak.

Dulu zaman aku suka bergossip-gossip (sekarang lebih suka beramal soleh..ehehe), aku dan membe gossip suka ckp pompuan kalo dah tua mmg emosi sikit. ALAMAK!!! dh tua gamaknye aku ni. Aku memang tak nak emosi-emosi tapi dh hujung2 tahun ni terasa emosi touching tu lebih. Tahun depan dah masuk 30 tahun..ni buat den makin emosi ni.

Sila la datang skill lama ku...

p/s: Aku rasa aku dh matured la..ehehehe

Nampak tak matured??ehehe

Selasa, 22 November 2011

Jeleskah saya..


P/s: Love the word from Mrs A. Thats what lingering around me for this few month. May Allah protect me from other feeling which could disturb me on my other life. Amin..

Khamis, 17 November 2011

Berkongsi cerita

Salam,
Lama kita x bergossip di sini ye.hehe. Sorilah sbb membuat anda rindu pd saya..rindu ke?? Takde apa yg menarik berlaku pd saya. Kerana itulah agaknye saya agak diam..membawa diri (konon2 syahdu).

Musim mengawan muncul kembali di opis ini. Masing2 dh amik giliran bermula bulan 12 thn 2011 ni smpai bulan 6 thn 2012. Tiap2 bulan akan ada org berlainan yg akan bersalin.

Aku??..dengar sambil senyum dan mengucapkan tahniah jelah. Belum rezeki Allah nak bagi aku. Apalah kuasa yg kita ada kan. Sambil2 melayan perasaan yg bercampur2 tu aku duk la jenguk sana dan sini. Maka terjumpa la blog2 ini.
1. Mrs. A
2. dia tak letak nama
3. Pearl

Adoi..bertambah2 sayu baca blog2 mereka ini. Aku tak nak follow tp nk baca je bila mood itu dtg. Kalo follow nti aku sayu sbb mereka adalah yg lebih ssh berbanding aku (bukan susah mcm bersamamu tu tau. Kalo yg tu manusia boleh tolong. Kalo yg mcmni..hnya Dia yg boleh menolong). Aku kn penyayu org nye (ada ke perkataan tu??kalo cikgu BM tau ni mau kene marah). Nampaknye new year resolution utk 2011 ni tak tercapai la (bukan tu je u oll, part beli tupperware ni pun i dh terlanggar). Sedih makcik mikior kn.

Tupperware yg aku tergoda dan akhirnya terbeli

Kejap je tahun dh habis. Ini bermakna makin pendek umur kita di dunia ni. Semoga perjalanan hidup aku dipermudahkan dan semoga ada rezeki utk kami suami isteri. Doakan ye. Love u oll.


p/s: Spot the differents

Awal-awal kawen


Dah lama-lama kawen

Isnin, 15 Ogos 2011

Cik Acid..aku dan lain-lain..

Minggu lepas selamat sudah pakcik aku menjalani pembedahan. Dia ada ketumbuhan kat area antara mata dengan hidung.Tapi takde operation yang kene bedah2..cuma alat lalu dlm hidung untuk buang ketumbuhan tu. Ni boleh kira bedah ke??Kalo tak kira bedah nak kira apa ye??Lu kira la sendiri..ehehe.

Aku, cik acid dan Arham (anak cousin aku)
Tiap-tiap malam lepas dia dah semakin ok aku dan en.Bob dtg menjenguk. Sebelum dia ok, adik aku Ehsan yg stay hospital jaga dia. Pakcik aku ni solo jd aku dan adik2 aku la anak sedara harapan yang dia ada. Anak2 sedara lain sekolah lagi. Takpela, jodoh belum muncul. Part yang paling aku tak sangka dia boleh tinggal duit kat kipas angin bilik yg kitorang tempatkan dia. Patut aku nk salam hulur duit kat dia, dia tak nak. Dia ingat aku nk pulang semula duit kat dia kot.

(Ish..nak masukkan gambar cik acid sorang-sorang xleh pulak.Kang letak gambar aku jd lain pulak.Terlebih glamer gitu)

Tujuan aku tulis mende ni adalah bukan nak promote pakcik aku ni. Aku menulis ni sbb saje nk promote kebaikan aku.ehehe.Takdela..sebenarnya nak bagitau ada mende yang kita hnya boleh menyumbang dengan skala yang kecil. Kalo itu yang termampu kita buat sumbangkan la. Orang-orang tua yang ada di sekeliling kita mungkin akan pergi esok lusa. Semoga sumbangan yang tidak seberapa ini tidak menjadikan aku terkilan atas apa2 perkara pun.

Jumaat, 29 Julai 2011

Hatiku sayu...

Salam..
Ramadhan bakal muncul.Rindu sungguh menunggu kedatangan ramadhan kali ini. Buat julung2 kalinya aku akan menyambut ramadhan sebagai seorg tukang masak utk berbuka merangkap utk sahur, tukang kejut bgn sahur (laki aku tak yakin part ni sbb kalo bgn g keje pun dia yg kejut aku) dan tukang shopping2 barang dapur (ni thn lepas pun aku dh dilantik dh).


Nape aku ckp mcmtu??Kan thn ni aku 1st time dapat duk sekali dgn en.bob.Dia dh order mcm2 dh kat aku.Ingat aku pandai sgt agaknye..aku dngr kn aje.Tahun ni jgk kalo umur panjang aku akan beraya sebagai cucu yatim piatu.Maktok dgn paktok aku dh meninggal awal thn ni.Bila ingat2,rindu sungguh pd maktok sbb maktok geng dgn aku. Tulah part sedih. Ketika menulis ni pun hati aku dh rasa sayu.

Raya pulak buat julung2 kalinya en.bob ckp lepas balik Melaka terus nk balik Sabak Bernam. Aku nk balik Johor jgk. Walaupun maktok dgn paktok xde tapi aku nk ziarah kubur diorg gak. En.bob kata kalo balik Johor nanti balik Sabak dh xde sape.Semua adik beradik dia dh balik umah masing2 raya kedua. Sampai ke hari ini kami masih menangguhkan lagi perbincangan balik raya ni.Komplikated sungguh keputusan yg perlu diambil.

Atas sebab ke 'komplikatetan' itu maka aku nak stop dulu la kat sini. Komplikated jadi otak ni nak pikir ayat2..hehe.

p/s: Kepada yang rindu hasil tulisan aku, sorilah. Sekarang agak bz sedikit menguruskan kerja2 yg diberi. Aku kan penurut perintah yg berjaya.huhu

Jumaat, 1 Julai 2011

Aku sahut cabaran itu...ahaha!!! (ketawa raksasa yang telah dialih bahasa)

Salam..
Aku malas nak tunjuk gambar2 cun aku zaman dolu2. Nanti kalo aku riak kat sini korang banding kan pulak..eh..eh..kurus la ko dulu..(ayat standard yg selalu aku dengar). Tapi oleh kerana menyahut cabaran sahabat baik lama (sekarang pun sahabat baik lagi)..aku carik jugak la gambar cun aku (sila tarik nafas dalam2 sebelum scroll ke bawah).

-


-

-

-

-

-

-

-

-

-

-


-

(iklan jap sebelum aku jumpa gambar ayu paling ganas abad ini)

Aku konon-konon nak ajak laki aku amik gambar santai hujung minggu lepas..ala gmbr mcm budak2 zaman skrg slalu amik guna hp tu dan nampak cute. Sebelum sampai umah orang kawin dan sebelum mekap aku cair, aku pun sibuk suruh laki aku posing. Dah abis check kiri kanan dan kompem xde orang tgk (kang dia kata kita poyo plak amik gambar tepi lif) sambil aku pegang handphone maka dapat la gambar2 ini(ala..murah je handphone nye jd gmbr pun ala2 clear)..Ini lah hasilnye..manatau ini boleh kira gambar wanita melayu terakhir (kira tak Irah??)

Aku suruh en.suami posing elok2 dia xnak plak..

Ni pun sama..buat muka jgk..

 
Ni last sekali..kalo x nak join jgk malas nak ajak dh..

Bila aku tak ajak sibuk pulak dia nyibuk blakang gambar aku yg ayu ni
Aku rasa cukup ayu dah gambar2 ni, tapi x nak la jadikan gambar penyertaan. Gambar penyertaan paling hebat tentulah yg ini:-



-


-


-



-


Amacam..ganas x gambar ayu aku ni??(geli plak tgk gmbr aku gedik2 ni..ehehe)
p/s:Irah??..aku nak menang tmpt pertama tau..

Selasa, 21 Jun 2011

Saya di tulis di dalam blog orang lain..

Salam..
Buat julung2 kalinya mak rasa glamer sebab ada orang sudi masukkan dan tulis nama mak dalam blog diorang.Blog mana yang sanggup tulis pasal mak tu??dia ni lah...dia tulis di bawah tajuk kursus jahitan felt [hari pertama]. Ada gambar i lagi nyah..cuma kureng cun sikit.Aku rasa aku sudah semakin kurang cun sekarang...comel lebih..ahaha (ayat cover diri).

Bukan tu sahaja kehebatan yang aku nak story kat sini.Belek punye belek rupa2nye si dia ini merupakan follower kepada kawan ku si cik pia. Alangkah kecik dunia ini kan..Itu jelah perkara hebat yang aku nak share.Sebenarnye xde idea nak mengarut petang2 ni.

p/s: Silalah berasa bangga kerana aku me'link' anda2 dalam blog ini.

Ahad, 5 Jun 2011

Citer lama..

Ini adalah kisah lama yang aku selalu nak citer kat sini tapi bukti untuk citer ni en.suami tak bagi2 kat aku (aku guna kamera dia pastu gambarnye dia save kat pc opis dia pulak). Akhirnya setelah sekian lama dapat jugak aku me'riak'kan diri di sini.

Apa citernye??Meh tgk gambar dulu pastu baru aku story mory..

Sepit bunga kecil untuk si kecil..(kalo maknye nak pinjam untuk letak kat shawl pun bleh)

Sepit bunga besar sikit..(sama jugak..anak boleh guna mak pun boleh pinjam..)

Yang ni boleh guna untuk gantung dalam kete ayah (abang nak amik gantung kat beg pn bleh..nk bg awek lg boleh)

Sedia untuk bertolak ke Johor..

Mende-mende yang aku buat ni sebenarnya untuk jualan di konvokesyen Kolej Komuniti Zon Johor 2011. Aku buat untuk pesta konvokesyen tu. Tapi belum sempat sampai ke tapak konvo kawan aku ckp dh nak abis dijual di opis. Mende2 ni bukan sahaja boleh diguna untuk sepit rambut tetapi juga untuk hiasan masa pakai shawl. Kata membe aku ada lagi org nak tempah sepit rambut bunga tu, tp masalah nye aku tak sempat nak mulakan produksi. Sorilah kawan..sedikit bz di tempat keje baru dan dirumah sendiri.

p/s: Tak sabar nak masuk umah baru pastu nanti nak ada bilik jahitan..En.suami dah beli meja jahit untuk diri ini pastu hj.sariman pulak bg mesin jahit yg ada pedal kaki tu..yahoo..nanti boleh jahit2..

Khamis, 2 Jun 2011

Bekerjalah dengan sabar..

Semalam aku pulang dari kerja dengan badan yang sangat letih.Dah 3 hari handle short course AUTOCAD untuk pelajar2 SMK Bukit Indah jadi badan rasa ponat bonar. Hari ni last day dan harap2 budak2 senang nak di handle.

Dalam perjalanan pulang aku pun duk tukar2 siaran radio.Bosan bila dengar penyampai banyak sangat bercakap dan iklan yg berbagai2 tu.Tengah sibuk tangan menekan button2 radio dlm kete tiba2 duk dengar la ustaz radio IKIM bercakap.Nak tekan button lain hati tak sanggup sebab teringat cakap ustaz dalam satu ceramah agama..'kenapa kita perlu lari dari ilmu yang berguna sedangkan ilmu itulah yg nanti akan meneman kita di sana(sana tu paham2 la)??..'

Ustaz IKIM tu kata dalam radio tu..kerja yang dilakukan dengan benar serta tidak mengeluh akan dapat menghilangkan dosa2 kecil kita.Oleh yang demikian bersyukur la kita kerana diberi kerja dan mempunyai pekerjaan.Walaupun seberat mana pun kerja itu ingat la bahawa Allah sentiasa memberi balasan kepada hambanya yang sabar.Di situlah akan wujudnya keberkatan di dalam hidup kita(ustaz tu cakap aku tolong taip je..).

Bila dengar je kata ustaz ni aku terpikir kejap..walaupun banyak macam mana pun kerja aku,aku berazam untuk tak nak mengeluh.Disebalik penatnya bekerja itu ada keampunan atas dosa2 aku dan keberkatan dalam hidup aku.Marilah kita bersyukur dan bersabar dalam melakukan pekerjaan kita.

p/s:Agak2 korang makin bermotivasi tak nak bekerja??

Sabtu, 28 Mei 2011

Bakat terpendam..

Setelah lama tidak balik ke Melaka akhirnya aku berpeluang jugak untuk pulang..
Kali ni aku balik sebagai seorang 'tua' yang bertajuk mak long.Setelah berjaya dengan ini dan juga hanya sempat tengok org dukung aje time ni..(nenek2 dgn atok2 semua excited..mak long duk diam2 jelah tgk-termasuk tak berani sebab kecik sgt..huhu).Juga tidak dilupakan koleksi kesayangan yg ini.Auntie nani tak kan lupa kamu semua..rindunya...

Akhirnya mak long berjaya juga mengasah bakat memegang baby..hehe.Ingat janji mak long nak dukung kamu..mak long dah tunaikan dah.Tahniah untuk diri ini..(riak sedikit walaupun org lain tak heran pun dapat pegang baby).

TAHNIAH MAK LONG NANI!!!(tepuk tangan ramai2)
Nampak berat sungguh pipi di atas ni (kata Irfan di dalam hati)

Face of the proud aunt and uncle..(sebab dpt anak sedara..kalo dpt anak sendiri aku tak tau la riak tahap mana pulak muka mereka ini)

Jom makan aiskrim..

Oh aiskrim..awat la ko sodap..
Tak taulah dari keturunan mana tp aku sangat giler kat aiskrim.Tak kiralah aiskrim kayu ke,aiskrim dlm tupperware ke ataupun aiskrim malaysia.Pendek kata kalo ada iklan aiskrim je kat tv mesti aku rasa nk try.

Atas kegilaan aku itu suami pun turut terpengaruh.Masa beli barang2 rumah di carefour aritu kami dh terbeli 1 bekas aiskrim wall selection (double dutcht) dan jugak aiskrim mat kool.Rasa macam meroyan makan aiskrim pagi petang siang malam.Dan atas sebab aiskrim ni jugak la senang je suami aku di zaman pakwenye dlu nk pujuk kalo aku marah2 (zaman tak pakwe skrg ni pun jugak).

Pengalaman aiskrim yang paling hebat aku pernah alami adalah makan kat Baskin n Robbin di zaman anak dara dlu.Konon2 nak bagi mak dgn huda rasa aiskrim mahal.Akhirnya kami bertiga sahaja makan harganye dekat2 RM60.Uih..itulah kali pertama dan terakhir aku bg sorg satu cup aiskrim Baskin n Robbin.Lepas2 drpd tu aku beli satu cup je pastu semua kene kongsi..(bukan kedekut tp jimat..minyak dh naik skrg..alasan belaka)

Zaman tak anak dara pulak aku bawak izzat plak makan aiskrim Tutti Frutti (sebab suami x nak ikut dan dia ckp ngarut2 je nk mkn - Frutti Tutti tu dia kata ngarut).Untuk merasa jugak sebab dalam iklan kat majalah cakap Tutti Frutti ni less fat dan sihat.Maklumla diri ini kan nak menjadi sihat (walaupun dh berzaman aku cakap mende yg sama..alasan belaka jugak).Tutti Frutti memang sangat friendly user.Ko nak makan aiskrim apa ko amik je sendiri (ala..ala..Slupee kat 7E) pastu sebelum bayar ko nk dressing aiskrim ko dgn apa ko buatla.Nak letak coklat syrup ke,nak tabur kismis ke,nak letak buah ke..semua ada dan ko akan jadi sedikit giler memilih apa yg nk diletak (sebab aku dengan izzat giler time part letak2 mende ni).

Dah siap semua akhirnya aiskrim korang itu akan di timbang tara..aku lupa la 100gram dia kira berapa.Tapi apa2 pun..aiskrim kami tu bila ditimbang tara jumlah harganye ialah RM20..izzat membebel2 kat aku sebab katanye..'mahal tu kak..kalo aiskrim biasa xde sampai satu cup RM20'..aku pun balas..'ala..buat rasa2,bukan selalu pun' (dlm hati..mahal giler rupanye aiskrim kat sini).Nak tengok rupa aiskrim RM20..

Amik gambar jauh dlu sebab nak tunjuk bukti nama Frutti Tutti (takbur sungguh)

Pastu baru dekat skit..nmpk tak masmelow tu(aku x reti nak eja mende ni)?? aku dgn izzat duk berebut nak makan kapas span tu..ehehe

Rabu, 18 Mei 2011

Keje lama tp baru berjaya siap..

Lamanye tak mngomel2 kat sini. Gumbira sungguh dapat bercuti ria semalam. Selamat aku dan ateh berjalan-jalan di TAR Road. Selamat duit kami jugak disumbangkan kepada peniaga2nye. Memang best bershopping baju dgn tudung kat sini. Di tambah lagi kami berdua je tanpa bodyguard2 kami, bertambah bermaharajalela la jawapnye. Maklumla ini kan tempat favourite aku.

Selepas abis jalan2,malam hari aku pun sibuk mengasah kembali bakat2 aku yg telah lama terpendam. Sejak pindah sini bakat aku memang tersimpan baik jek. Oleh sebab itu nak polish semula untuk digunakan dalam usaha mengajar orang lain pulak (a.k.a PROGRAM LATIHAN 1 MALAYSIA). Aku tak tau nk ngajar apa jadi aku akan try la ngajar diorg buat mende-mende seperti di bawah ni:-

Hasil usaha di hujung minggu dan di kala org sibuk ber'wesak'
 Ini semua hasil kutipan acuan-acuan dari abg GOOGLE. Kalo aku ikutkan apa yg ada kat dlm google tu semua mende aku nk try buat. Tapi apakan daya aku tak larat nak buat kutipan secara berlebihan dan aku pun tak berapa rajin nak try semua.ehehe..

To kak nani a.k.a zariyani tukiran (betul tak i eja nama u??), inilah jawapan pada soalan u.ehehe.Nak join kursus i??Jom join Kursus Felt Craft by Nur Hanani Sariman ye.Maklumat lanjut g je kat http://www.kkselayang.edu.my/

Jumaat, 6 Mei 2011

Kenapa di persoalkan??

Ada satu masa di zaman jahil aku dulu,aku akan sentiasa mengeluh bila ada halangan muncul.Kalo hujan tiba-tiba turun,mulalah mulut aku berkata-kata 'ala..hujan ni..kacau betul la'.Kalo tiba-tiba panas terik mulalah mulut aku 'ish..panas btol la,dah la lama nk kene berbaris ni'. Tapi aku insaf skit bila ada satu ceramah ni menyedarkan aku. Dalam ceramah tu ustaz cakap:-

'Kita selalu mengata kalo mata melihat perkara yang kurang cantik..contohnya kalo ada yang cuba mengurat kita dan kita tak berkenan kat dia mulalah kita laju mengata..muka dah la buruk ada hati nak kat aku.Tapi sedarkah kita yang kita katakan itu ialah penciptanya??Sama seumpama kalo kita masak dan makanan yg kita masak tu tak sedap.Org pun mengata..nampak sedap tapi rasa macam nak muntah.Dalam situasi ni siapa yg akan terasa??

Balik semula kepada cite yg aku nk story.Cite ni lama dah sebenarnya.Aku dengar luahan rasa kawan aku.Bila dengar cerita kawan ni hati jd sayu plak.

Ceritanya bermula bila si A ni keluar dari unit yg di ketuai oleh si B.B org nye agak tegas manakala A ni jenis melawan skit.Bila dah keluar maka terkeluarla juga kata-kata yg tersimpan di dalam hati si A ni sepanjang berada di bawah ketua B.Mungkin zaman semakin maju jd luahan rasa kita boleh disebarkan serata dunia (facebook la apa lagi..).Kadang-kadang luahan rasa kita tu x perlulah di umumkan serata dunia kan.Sebab apa??arini mungkin kita sakit hati dengan org tu..tp manatau esok2 org tu kawan baik peluk cium kita.Jd luahkan hati secara tertutup cukuplah.Kita kan belajar tinggi,bukan budak tadika lagi.

Isu yg cuba aku sampaikan bukan itu sahaja.Isu hangat ialah apa yg terkeluar dari A. Kata A si B ni tak paham situasi dia.B tak kawin lagi jd xtau naluri seorang isteri dan ibu. Dan kata A lagi B kan anak dara tua sebab tu dia tak paham A (part ni yg aku sedih skit).Kadang-kadang terpikirkah kita..mereka yg kawin lambat ni nak ke jadi begitu??Mereka rancang ke semuanya??Samalah macam yg belum dapat anak..nk ke mereka semua ni??(aku tak nak!!huhu). Oleh itu meh kita doakan kawan-kawan kita ni agar cepat-cepat ditemukan jodoh dan dikurniakan zuriat (doakan aku tau)...

DOA DAPAT ZURIAT
Maksudnya :”Ya Tuhanku, janganlah Engkau membiarkan aku hidupku seorang diri, dan Engkaulah pewaris yang paling baik.” (AlQuran: Al-Anbiya’: 89).
Maksudnya: “Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi-Mu seorang anak yang baik. Sungguh Engkau Maha Pendengar doa.” (Surah Al ‘Imran: 38).
Penjelasan:
Doa di atas baik sekali dibaca oleh orang-orang yang belum mempunyai keturunan dan pasangan hidup. Juga baik sekali dibaca oleh setiap muslim agar diberi keturunan yang soleh.
Kedua ayat diatas merupakan doanya Nabi Zakaria A.S. agar diberi keturunan sebagai penerus perjuangannya menegakkan agama Allah.
Kisah Nabi Zakaria boleh dilihat dalam Al-Our’an Surah Al-Anbiya’ ayat, 89-90; Al-Imran, 38-41.
kredit kepada: http://www.isuhangat.net/2011/02/doa-minta-jodoh/


Jom kita doakan kawan-kawan kita..

Akhir kata..jagalah tutur kata kita.Kadang-kadang memang kita konon-konon tak nak hipokrit nk terus-terang,tp tak salah kalo berterus-terang dengan menggunakan ayat yang baik.

Khamis, 5 Mei 2011

Saya dah dpt tajuk (title) mak long

(Kadang-kadang ada perkataan yg elok xyah translate kan??hehe)

Hai..jumpa lagi. Kali ini nk tunjuk a.k.a riak sebab saya dah dapat title mak long. Naik pangkat skit sebab sebelum ni saya mak tam je..(mak tam kepada anak sedara yg berjumlah..jap kira..18org..jgn main2..mak tam bukan sembarangan tau).

Ni lah dia anak sedara mak long....Muhammad Irfan bin Khairul Nadzri
Dalam byk2 gambar..mak long suka yg ni..nmpk excited nk explore dunia yg penuh pancaroba ini
Mak long tak sempat nak jumpa kamu lagi..nanti jumpa mak long dukung kamu ye.Ok la,sikit je nk taip.Busy dengan keje2 baru..maklumla junior jd kene konon2 rajin.hehe

Khamis, 21 April 2011

Entry hasil bacaan aku hari ini..

Berjumpa lagi..
Adik aku huda akan melahirkan cucu abah dan mak aku yg pertama hujung bulan ni. Arini dah 21hb April..jd kalau kira-kira adalah lagi beberapa hari aku akan jadi maklong..pheewit.

Sebab lama tak menulis...jadi mari kita tengok apa yg aku baca arini.Sesuatu yg keep me calm..eceh..Sebab kadang-kadang aku rasa tak calm sebab isu-isu ni.Tapi bila baca keretamayat dengan szakif aku rasa sedikit tenang dan terharu at the same time..eceh lagi sekali.

Jadi aku tenang la kot dengan semuanye.Everything happen on their own purpose dan hanya Allah yg lebih mengetahui.Ok..cukup la tu.daaa

Sabtu, 16 April 2011

Azeem dan testimoninya..

Azeem bagi testimoni terhadap TAHAP KEPUASAN DIA SEMASA AKU DAN SUAMI MENJADI PENGASUH. Berikut adalah testimoni beliau..(beliau adalah anak sedara aku yg baru berumur 4 tahun):-

TESTIMONI 1:
Peti ais kat umah pak itam best..
(pd hal peti ais umah aku ni satu pintu je,kecik cinonit ntah mana yg best..tp bila di kaji-kaji baru perasan..ADA BANYAK FRIDGE MAGNET yg dia main susun-susun masa nak tunggu aku siap..main fridge magnet tu pun dh menjadikan dia melabel peti ais umah aku ni best)

TESTIMONI 2:
Abang mandi td mak itam mandikan abang,best mak itam mandikan abang..
(aku pun tak tau apa yg best..mungkin syampoo yg aku guna, shower gel PAMOLIVE yg wangi itu atau pun air shower umah kami yg tak guna pemanas..masih belum dapat jawapan lagi)

TESTIMONI 3:
Mak itam buat karipap sedap..
(pd hal aku amik daripada plastik yang suami aku bawak pastu masuk dalam pinggan je bagi si Azeem ni makan..agaknye nampak macam aku busy-busy kat dapur masak air apa semua dia ingat aku busy buat karipap..rajin sungguh la aku nak buat karipap lepas balik keje..huhu)

p/s:Testimoni ini di sampaikan oleh kakak ipar aku kepada suami aku sebab macam tak caya kami ni sehebat itu..Aku pun tak caya..ahaha.

Jumaat, 15 April 2011

Sehari sebagai pengasuh..

Lama sungguh tidak menaip..akhirnya aku ada jgk story yg nk di kongsi.


Di sekitar hari di mana aku menjadi pengasuh terjun:-


KEJADIAN 1
Semalam dengan jayanya aku jadi pengasuh kpd anak kakak ipar ku.Sampai2 je tadika Azeem aku pun masuk tengok dia.Saje buat sport check..hehe(pada hal nk tau tadika sekarang sama tak macam tadika zaman aku dlu).Nampak je aku dengan sengih2 dia terus keluar nk amik beg, cikgu dia siap sound..'tak salam cikgu ke?'..betapa excited dia melihat aku.haha.


KEJADIAN 2
Dalam berjalan nak g ke kereta..'mak itam..abg ingt nak mkn nasi lemak kat Old Town la..(Old Town White Coffee ye u olllsss...x main la McD atau KFC)'. Aku dengan baik nye pun ckp la..'nanti kita tunggu pak itam balik keje pastu kita g Old Town ye.Sampai umah mak itam nanti kita makan roti bakar dengan milo.boleh??'..abg pun angguk..


KEJADIAN 3
Sambil menunggu air masak dan roti di bakar sibuk la dia mencari mainan kat umah aku.Tiba-tiba Azeem berkata,'umah mak itam ni takde mainan la'..manalah aku nak ada abang oii..sape yg nak main kalo ada mainan.


KEJADIAN 4
Setelah selesai makan karipap yang suami beli dan minum air milo sedap yg aku buat sibuk la dia menengok upin dan ipin..tiba2 la plak guruh dan hujan lebat turun.Kami pun ckp dgn Azeem kita baring kat bilik jom..takut la guruh.Sambil baring2 dan bercerita2 pasal tadika dia aku pun cakap..'kita tido kjap la..nti mak itam kejut abg pastu kita g Old Town ye??'..lpas tu terus dia tgk tingkap..'hujan dan berenti la mak itam'..ciss..bru nak umpan suruh lelap kejap sbb aku nk lelap..best nyah tido time hujan2 ni.


KEJADIAN 5
Hujan dah renyai-renyai,hari pun dah nak malam..aku pun mandikan la dia.Lepas mandi,lap2 badan,aku sapu la skit bedak kat badan dia.Habuk2 bedak tu kene la sofa kami yg berwarna hitam..jd nmpk la mcm byk bedak beterbangan.Dah siap2 tu aku pun tinggalkan dia dgn suami kat depan TV.Kata suami,mulut dia duk bercakap sorang2..'sapelah yg buat ni (merujuk kepada habuk bedak kat sofa td)..ni mesti mak itam ni..'..ooo..mentang2 aku takde g mandi,ko buat gossip ye dgn pak itam ko..huhu


KEJADIAN 6
Dalam bersiap2 tu akak ipar aku pun call dan bgtau dia dh smpai dan tengah makan kat restoren Ali Maju.Azeem terdengar la yg ibunya dh kat restoren tu.Kami pun ckp la,'kita makan kat Ali Maju jelah..ibu dah kat situ..' dengan cepat nye dia mnjawap...'abg nak makan kat Old Town,abg tak nak makan kat Ali Maju'..kami gelak2 dngr statement Azeem itu.Maka lepas makan kat Old Town kami pun hantar Azeem balik.Bukan habis pun nasi lemak yg dia nak sgt tu.Tp sbb penangan Old Town ni mmg kuat dlm diri dia.


Azeem, Aqeel dan Rayyan (dari kiri)


KESIMPULAN
- uih..kalo anda suka kopitiam jgn la ajar anak anda,maunye hari2 dia nk g situ..
- janji anda dituntut ye..(aku dh kene 2 kali..)
- kalo anda membebel itulah ayat yg dia akan bebel kat anda..
- suami aku ckp 'best jugak kan ada anak' (simpulkan la sendiri ayat suami aku ni)

Selasa, 5 April 2011

My new background music..

Aku sangat suka bunyi piano..kalo dlu zaman giler kan Westlife,asal lagu dia ada intro piano itulah lagu kegemaran aku.Atas sebab dan musabab yang dinyatakan di atas inilah maka aku tukar background lagu kat blog ni.Kalo time tgh hari yg sunyi ini rasa ngantuk,korg bukak la blog aku.Tak tgk pun takpe,dengar je lagu dia.Pastu tido ye.Juga sesuai utk mereka yg bos 'syg'(terapi kalo lepas kena marah,sesuai utk korg yg sokmo bos target utk dimarahi)..pastu tido jgk tau..bg stress hilang.Nanti kalo stress2 mati muda pulak..hehe

Isnin, 4 April 2011

Makan-makan di hari jadi..

Aku dan suami hanya ada 2 hari istimewa yg kami akan celebrate.Hari jadi..hari kahwin..kira 3 la sbb hari jadi kami lain2 (esk2 kalo dh ada anak tambah lg la hari2 utk di celebrate).Kalo perkara-perkara yg berkaitan dgn celebrate ni biasa budaya kami adalah celebrate di kedai mkn.Tgk la cutting we all.hehe.


Aku selalu berangan dgn suami nk g mkn kat tmpat2 best ini..antaranya:-
Ole-ole Bali kat Solaris Mont Kiara (suami ckp dia tak reti nak ke sini)
Intai-intai kat Ampang..(pun suami kata tak reti nak pergi)
Bora Ombak..tapi kata suami tak best makanan dia
Sri Ayutthaya kat Wangsa Maju..suami ckp tak sedap pun..sebenarnya dia tak nak bawak aku..huhu




Tapi tu angan-angan je.Meh la tengok apa yg kami makan dan di mana kami makan.Nama restoren ni Studio 5.Dia ala-ala mcm medan selera tp makanan dia mmg sodap..meh tgk sama-sama


Testimoni diorang letak kat menu..artis pun mkn kat sini tau..
Satay yang menikam kalbu..sedap dan cair di mulut..fuh (gmbr board si tukang buat satay..ada no phone skali..senang)
Ni abg tukang bakar satay,yang pompuan tu xde kene-mengena langsung dgn satay ini(amik guna handphone murah)
Dari air mangga aku tu penuh sampai air aku jd separuh satay kami order tak sampai-sampai sebab ramai sgt mengorder (tgk pinggan suami dh kosong,kotak rokok pun dah keluar aku punya makanan je blom sampai..)


Akhirnya..yg ada kata abg satay tu ayam je..(kalo daging lg sodap)..tp ni pun sodap dah..
Tengok dekat sikit (bg terliur)
Sebelum datang makan kat sini nasib baik aku dengan suami dah alas perut.Alas perut orang kaya gitu..hehe..(makan kek yg di tujukan kpd aku jam 12 tgh mlm..)
Makan kek secret recipe sorang satu potong beserta sejug air teh panas..(sorg sepotong cukup la..kami berdua je yg ada pun)


p/s:Walaupun restoren ini tak grand tapi makanan dia superb.Boleh dtg ye kalo rasa nk makan satay yg sodap ni..order la satay daging kalo nak menikmati rasa sodap yang infiniti..(ayat org kuat mkn).

Jumaat, 1 April 2011

Sambutan Hari Jadi Kelab Staff KKSY

Semalam ada majlis sambutan Hari Jadi oleh Kelab Staff KKSY.Aku terlibat la jgk sbg tukang dpt hadiah..ehehe.Hadiah dia besar dan yg penting sgt berguna utk aku yg tidak beharta ini..thank you Kelab Staff KKSY (aku tetap ingt BAKAT di KKBP).Jom tgk aksi-aksi aku ketika majlis berlangsung.
Huh..aku dpt hadiah ke arini (lakonan)
Muka serius..konon-konon khusyuk mendengar ucapan (student hotel katering yg entertain..xyah nk ssh2)
Respon baik dari aku atas lawak yg diucapkan..(org lain tak gelak pun..)
Yeaa..dpt hadiah
Tengok dekat sikit apa yg aku dpt
Potong kek pulak..bosar kek ni (org bakeri kat kolej ni buat..xyah nk tempah2)
Aku di bucu kek
Makan western style (masak sendiri jgk oleh org hotel katering)
Tengok dekat sikit apa yg aku makan
P/S: Kalo kat KKBP ada Hotel Katering dgn Bakeri..xyah kita ssh2 order mkn kat org yg kadang2 sodap..kadang2 tak..pastu xyah kita order kek kat Kak Sham yg bkn kadang2 tapi selalu tak sodap..huhuhu..