Jumaat, 6 Mei 2011

Kenapa di persoalkan??

Ada satu masa di zaman jahil aku dulu,aku akan sentiasa mengeluh bila ada halangan muncul.Kalo hujan tiba-tiba turun,mulalah mulut aku berkata-kata 'ala..hujan ni..kacau betul la'.Kalo tiba-tiba panas terik mulalah mulut aku 'ish..panas btol la,dah la lama nk kene berbaris ni'. Tapi aku insaf skit bila ada satu ceramah ni menyedarkan aku. Dalam ceramah tu ustaz cakap:-

'Kita selalu mengata kalo mata melihat perkara yang kurang cantik..contohnya kalo ada yang cuba mengurat kita dan kita tak berkenan kat dia mulalah kita laju mengata..muka dah la buruk ada hati nak kat aku.Tapi sedarkah kita yang kita katakan itu ialah penciptanya??Sama seumpama kalo kita masak dan makanan yg kita masak tu tak sedap.Org pun mengata..nampak sedap tapi rasa macam nak muntah.Dalam situasi ni siapa yg akan terasa??

Balik semula kepada cite yg aku nk story.Cite ni lama dah sebenarnya.Aku dengar luahan rasa kawan aku.Bila dengar cerita kawan ni hati jd sayu plak.

Ceritanya bermula bila si A ni keluar dari unit yg di ketuai oleh si B.B org nye agak tegas manakala A ni jenis melawan skit.Bila dah keluar maka terkeluarla juga kata-kata yg tersimpan di dalam hati si A ni sepanjang berada di bawah ketua B.Mungkin zaman semakin maju jd luahan rasa kita boleh disebarkan serata dunia (facebook la apa lagi..).Kadang-kadang luahan rasa kita tu x perlulah di umumkan serata dunia kan.Sebab apa??arini mungkin kita sakit hati dengan org tu..tp manatau esok2 org tu kawan baik peluk cium kita.Jd luahkan hati secara tertutup cukuplah.Kita kan belajar tinggi,bukan budak tadika lagi.

Isu yg cuba aku sampaikan bukan itu sahaja.Isu hangat ialah apa yg terkeluar dari A. Kata A si B ni tak paham situasi dia.B tak kawin lagi jd xtau naluri seorang isteri dan ibu. Dan kata A lagi B kan anak dara tua sebab tu dia tak paham A (part ni yg aku sedih skit).Kadang-kadang terpikirkah kita..mereka yg kawin lambat ni nak ke jadi begitu??Mereka rancang ke semuanya??Samalah macam yg belum dapat anak..nk ke mereka semua ni??(aku tak nak!!huhu). Oleh itu meh kita doakan kawan-kawan kita ni agar cepat-cepat ditemukan jodoh dan dikurniakan zuriat (doakan aku tau)...

DOA DAPAT ZURIAT
Maksudnya :”Ya Tuhanku, janganlah Engkau membiarkan aku hidupku seorang diri, dan Engkaulah pewaris yang paling baik.” (AlQuran: Al-Anbiya’: 89).
Maksudnya: “Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi-Mu seorang anak yang baik. Sungguh Engkau Maha Pendengar doa.” (Surah Al ‘Imran: 38).
Penjelasan:
Doa di atas baik sekali dibaca oleh orang-orang yang belum mempunyai keturunan dan pasangan hidup. Juga baik sekali dibaca oleh setiap muslim agar diberi keturunan yang soleh.
Kedua ayat diatas merupakan doanya Nabi Zakaria A.S. agar diberi keturunan sebagai penerus perjuangannya menegakkan agama Allah.
Kisah Nabi Zakaria boleh dilihat dalam Al-Our’an Surah Al-Anbiya’ ayat, 89-90; Al-Imran, 38-41.
kredit kepada: http://www.isuhangat.net/2011/02/doa-minta-jodoh/


Jom kita doakan kawan-kawan kita..

Akhir kata..jagalah tutur kata kita.Kadang-kadang memang kita konon-konon tak nak hipokrit nk terus-terang,tp tak salah kalo berterus-terang dengan menggunakan ayat yang baik.

1 ulasan:

nanne_manja berkata...

iya..persoalan yang sama akan hadapi selama 7 tahun perkahwinan..sampai satu tahap..dah penat dan malas nak layan dah pertanyaan orang..Mereka memang prihatin, tapi tak kena cara especially kalau mereka itu adalah terdiri dari kawan-kawan sendiri...