Sabtu, 27 April 2013

Mengikut pakej perlancongan orang tempatan Guangzhou (18,19 & 20/1/2013 - Guangzhou ke Guilin 3H2M)

Dah seharian menghabiskan masa di Guangzhou maka bangunlah kami dengan tenaga badan yg rasa mcm dh tinggal separuh utk matlamat kami yg seterusnya GUILIN HERE WE COME.

Adik yg bawak kami tour ni student kat Guangzhou jd dia cadangkn utk kami amik pakej tour ke Guilin ni. Cuma yg x brapa best tourist guide yg bwk tour ni mmg x bleh ckp selain bahasa China.English pun out..maka kami mmg xleh jauh la dari adik yg bwk kami ni.Sadis sungguh, tp peduli apa sbb objektif kami nk tgk tmpt org.

Guilin ni tempatnye mcm perkampungan yang mmg kampung sungguh.Dalam suasana musim sejuk kat China ni mmg rasa mcm duk dlm peti sejuk bil ada kat Guilin ni. Majoriti masyarakat kat sini petani dan sumber pendapatan lain adalah perlancongan.Tempat dia mmg cun..hasil tanaman dia pun..fuhh..rasa mcm mkn dlm peti sejuk. Segar dari ladang.


18/1/2013





Kawasan kampung yg dilalui utk ke Guilin..8 jam tu naik bas..mcm KL ke Perlis




Sampai2 je terus kami di bawak naik rakit ke sungai ni..kiri kanan sungai ni adalah bukit bukau dan ada temple kat celah bukit tu..sojuk ooooo


Lepas selamat mendarat dari rakit kami di bawa masuk ke gua pulak..nama gua ni rasanya Silver Cave..mmg cun dalam gua ni

Setelah seharian naik dan turun bas akhirnya sampai jgk ke hotel penginapan..tgk beg2 itu..tgk plastik yg tertambah diantara beg2 itu

Pemandangan dari balkoni bilik hotel..rasa mcm kat set pengambaran drama China..ehehe

Setelah berehat ala kadar maka kami pun menjalankan aktiviti bebas malam itu..jln2 kat tepi hotel.Kata tourist guide kami area sekitar hotel ni di panggil Western Road.Byk pub dan gerai2 cenderahati

Sempat jgk try cerita 4D..ceritanya siap kita bleh rasa kalo watak citer tgh berlari..ada ulat merayap..fuhh..penuh kejutan

Try mee tarik..kat China adik yg bwk kami ni ckp xde mee kuning.Mee diorg semua yg jenis tarik ni je.

Model mee tarik sebelum mee itu di berpindahkn ke dalam perut

Rupa luar restoran yg kami makan..ada tanda halal ye..

Kiri kanan tu pub..aku di jalan yg lurus..jgn risau..ehehe

 Ini adalah aktiviti pada 18/1/2013. Esok pagi plak kami sambung dibawa berjalan ke tempat lain kat Guilin ni.



19/1/2013




Ni nama tempatnye Batu Belalai Gajah sebab ada batu kapur yg bentuk mcm gajah tgh minum air.Cun utk bergambar.Org dtg sini mmg semata2 nk bergambar je. 


Dah bergambar di Batu Belali Gajah maka seterusnya kami pun ke taman di Guilin ni. Taman dia ni mmg cun..ramai bwk anak2 main2 kat taman ni.Bersih pun bersih..sejuk sudah pasti..ehehe



Setelah abis meronda taman yang besar tadi maka kami pun bergerak ke taman kebudayaan ni. Ada rumah dan demonstrasi kebudayaan kat dlm taman ni. Sebab tak paham..kami buat2 sengih jek bila ahli trip yg Cina2 tu ketawa bergelak sakan.Apa ntah agaknye org2 kebudayaan kat taman ni explain kat diorg.


Untuk malam yg ke-2 ni kami menginap kat hotel ni. Rasa mcm tidur dlm istana maharaja Cina dolu2.Memang cun..naik lif dia pun rasa mcm masuk bilik org gaji raja..ehehe.

Hari ke-2 ni memang banyak berjalan,melihat dan bergambar. Nak tau sejarah dia kami tak paham. Tapi mmg sgt cantik tempat2 kat Guilin ni..x paham pun ttp rasa berbaloi. Yang pastinya aktiviti mlm ke-2 ni xde sbb rasa tenaga dah habis. Nk kene cas balik utk esok perjalanan balik Guangzhou..adoi nk kene naik bas lg 8jam.



 20/1/2013
Dalam perjalanan balik ke Guangzhou kami di bawa menyinggah melihat demonstrasi teh ni.Beli jgk la satu yg sesuai utk cuci toksin katanya. Sodap jgk walaupun kene minum tanpa gula.



Abis je tgk demonstrasi teh tu kami pun smbung naik bas lagi. Kali ni singgah perkampungan yg ada sumber pertanian palk. Buah2 yg jual kat sini mmg terbaik. Rasa mcm baru lepas petik kot. Limau kecik2 tu manis giler. Sedap lg daripada limau Thn Baru Cina.



Akhirnya smpai la kami ke Guangzhou dalam maghrib gitulah. Sbb pikir rugi dtg jauh2 ni maka dengan tenaga yg tak taula dtg dari mana kami pun keluar ke Beijing Lu. Tempat ni bukak smpai pagi dan ala2 Bukit Bintang gitu. Tergedik2 la kami kat jln ni mlm2..ehehe

Keesokkan hari plan kami nk ke Shenzen telah dibatalkan kerana aku telah mengoda mereka semua utk ke Baiyun Leather market di Guangzhou ni. Baiyun ni adalah mall yg jual brg2 kulit mcm beg, kasut dan wallet. Barang kegemaran aku tu jd haruslah pergi..hehe.Campur hal2 yg x puas di cari seharian kat Guangzhou aritu.

p/s: Agak2 kalo korg cukup tabah tak setakat ni utk ikut trip mcm ni??ehehe





Seharian di Guangzhou (17/1/2013 - Jalan2 kat Guangzhou jek)

Untuk hari ini kami berjalan seharian di Guangzhou. Betullah kata org..sehari tak abis ronda Guangzhou ni. Bayangkn la dalam seharian ini kami hanya menghabiskan masa di 2 buah gedung membeli-beli. Syok tu shopping kat sini. Harga murah dan matawang murah. Meroyan la jgk.

Tapi matlamat trip ni nk tgk tempat org je. Oleh demikian kami sentiasa pikir bahawasanya pembelian haruslah memikir padah brg yg terlebih itu. Kene angkut nti badan sendiri..oleh itu peringatan rakan2 trip amatlah membantu..(sbb sokmo lupa diri)..ehehe.

Pagi-pagi bangun siap2 makan maggi terus keluar..sejuk nii..

Bergambar depan shopping mall yg jual barang gift..ala yg comel2 tu

Antara gift yg ada..area ni spesis ni..yg berbulu..tak berbulu semua ada

Area ni beg pulak..mak tak jiwa beg gini..oleh itu tukang amik kn gambar org jek

Ini area barangan hobby..kat Malaysia mahal ni (paint by number) kat sini alaahai..macam beli coklat jek

Dah abis beli gift yg ringan..terus ke mall barangan IT plak..ada smua yg berkaitan dgn gadget..ni pun mak x jiwa so pegang jek apa yg diorg ni nk bli.

Dah jumpa smua brg yg diniat dan dikirim tiba-tiba perut rasa lapar..baru sedar..ni kira lunch ke mkn mlm ke aku pun x reti nk jelaskan.
Hidangannya sgt besar dan penuh lauk. Kat sini baru dpt rasa nasi goreng cina.Fuh..mmg sdp giler rupanya nasi goreng cina yg cina buat. Amik 3 pinggan je dan share 1 pinggan 2 org..sbb tkt x abis.


Kedai  makan kat sini mmg xde sediakan air minum berorder. Kalo nk minum apa yg ada dlm peti sejuk diorg itulah yg ko minum. Sbb tgk minuman yg ada agak kurang best maka ini la yg kami amik..soya perasa coklat dan soya perasa soya..hehe
Rombongan Cik Kiah abis memborong..lupa diri dan lupa yg esok nk angkut brg2 ni badan sendiri..huhuhu.Sampai hotel baru sedar..huhu lagi






Dah abis membeli-belah maka agenda di malam hari adalah duduk2 tgk sarkis. Fuh mmg best sarkis dia.Selalu tgk depan tv jek..ini tgk dpn mata.Terer giler la diorg ni.Agak2 kalo dh tua diorg kene keje apa plak ye??

Abis je smua agenda hari ini maka pulanglah kami ke hotel. Sampai dlm pkul 12 mlm.Sampai2 bukan bleh terus tido ye..kene kemas brg2 sbb esok pagi2 buta nk ikut pakej tourist ke Guilin plak.Adoi..mana nk sumbat brg yg beli td!!!