Rabu, 23 Februari 2011

Jalan ku lalui..

Dah seminggu aku berada di tempat keje baru.Makin ramai kawan-kawan baru yang aku kenal.Syukur dengan semua anugerah yang diberi.

Aku bertukar ke sini SECARA PENTADBIRAN, ini bermakna aku di sini sementara sahaja.Bila-bila masa jika tempat keje lama nak panggil, aku terpaksa akur dengan arahan itu.Aku hanya seorang penjawat awam yang sentiasa menurut perintah.Kata suami, kalo ini sahaja rezeki yang Allah nk bagi untuk hidup sama, syukurlah.Sekurang-kurang nya Allah bagi peluang.Enjoy it until the last drop.

Di sini aku kene bergerak pergi keje jam 6.45am.Dulu 6.45am la aku baru nk terhegeh-hegeh bangun.Masa tu jugak la nak gosok baju,nk siap-siap,pendek kata semua nak buat masa tu jugak.Sekarang tidak lagi,hujung minggu la masa aku mengosok 5 pasang baju keje.Dulu nak tengok iron pun aku rasa tak larat tapi sekarang kene buat-buat larat.ehehe.Tapi sekarang tiap-tiap hari aku jumpa suami aku.Tiap-tiap hari aku boleh carik gaduh dengan dia..hahaha.Kata suami,kalo kene pindah semula ke tempat keje lama dia tak nak aku rasa terkilan sepanjang duduk sama.Fuh..rasa macam ada lagu hindustan tengah berputar time dia cakap.Ala..suara perempuan tengah nyanyi aaaaa...kat dalam cite MOHABBATAIN tu..(aku tak reti nak eja)

Apa-apa pun..syukur atas kurniaan ini.Semoga kehidupan kami dipermudahkan di dunia ini dan di akhirat kelak..AMIN

Jalan dari rumah ke tempat keje lama...ni gerak jam 7.45am dari rumah..tenang kan??

Jalan dari rumah ke tempat keje baru..jam 6.45am..kalo gerak lambat sikit jalan kompem jammed..

Jumaat, 11 Februari 2011

Hanani's sweet heart..

Duk melihat-lihat gambar di dlm folder..tiba-tiba terlihat gambar-gambar ini.Auntie nani's sweet heart..eceh..anak-anak KKBP yang akan dirindui selalu.Lepas ni kalau jumpa mesti besar dah semua.Apa-apa pun anda la sweet heart den di sini.Keep it sweet always ye.Until we meet again..forget me not..




 Amirah Humairah





 Amaar Muhaimin



 Ameer Luqman  (auntie takde banyak gambar dengan kamu la)






Last but not least..mestilah auntie nani's sweet heart all the time...hehehe

Khamis, 10 Februari 2011

Gift from heart..

Arini tak tau nak menulis apa.Minggu ni minggu terakhir saya di KKBP.Saya menjalani hari-hari dan saat-saat terakhir di sini.Sebelum meninggalkan tempat kerja pertama saya ini saya meninggalkan untuk anda-anda 'gift from my heart'.Tapi saya tak mampu nak buat banyak.Jadi mintak maaf kepada yang tak dapat.Walau apa pun anda semua tetap di hati..(cewah)



Sebahagian yang masih belum diberikan..maaf sekali lagi kepada yang tak dapat..saya tak mampu nak buat banyak..

Isnin, 7 Februari 2011

Belajar jalan..

Nak kene belajar jalan ke tempat kerja baru.
Macam manalah nak menghadapi jalan2 yang berliku ni.
Biasa nak ke tempat keje jalan lurus je.
Wish me all the best.Daaa..

p/s: Cikgu dah panggil tu.Kene siap-siap nak g kelas
belajar jalan.