Rabu, 30 Mac 2011

Kisah sepotong kek..

Di tengah malam yg mana di siang hari nya seorg perempuan sibuk bekerja mengajar anak didiknya,memasak utk suaminya,mengosok baju utk kerja keesokannya, dtg la seorg lelaki mengejutkan dia bangun.Bangun la dia membuka mata sambil meninggalkan mimpi indah nya kerana patuh.Sambil matanya terbuka separuh maka kelihatan la sepotong kek (bukan sebijik ye) yg terpacak lilin di atasnya.Berkatalah lelaki yg dengki melihat dia tidur lena tadi, "Selamat Hari Jadi..cepat tiup lilin".Dengan keadaan mamai dan tidak berdaya duduk dengan tegak maka tiup la dia akan lilin tersebut.Cubaan pertama tiupan hanya menyebabkan cahaya lilin kecil itu melentuk ke kiri dan kanan sahaja.Akhirnya..selepas beberapa cubaan meniup lilin dan hasil sokongan lelaki yg mengejutkan nya bangun td maka terpadam la lilin itu.Bertanya lelaki itu lg padanya,"tak nak makan kek ni ke???",namun soalan itu hanya mampu di jawap dengan gelengan kepala smbil mata terpejam dan tindakan refleks mencari bantal yg ditinggalkan td (nikmat tidur lagi menggoda kalbu dibandingkan dengan nikmat kek keju yg baru dikeluarkan dari peti sejuk)


Potongan kek yg terlibat dalam kejadian di atas - tima kasih abg google


p/s: Takde gambar di ambil ketika kejadian berlaku..(mata pun susah nk bukak ingat rajin ke nak g carik kamera dlm beg kat bilik sebelah..tido lg best)


SEKIAN..(xde hadiah ke??)

Selasa, 29 Mac 2011

Nota ringkas dan tips hebat dari saya

JLN KENANGA (kat LRT Hang Tuah) - kawan aku ckp kat sini baju2 siap murah2..blom try g lg (dah g nanti boleh komen lebih)


Aku sudah sampai ke Jln Kenanga ni.Sangat byk kedai-kedai baju.Nak cari baju apa??dari baju baby,dress budak-budak yg mcm princess (abis la mak budak kalo kene borong baju-baju princess ini),dress org dewasa yg mcm cite Na O Mei tu,dress org besar (pastikan anda tau beza org besar dan org dewasa) yg kalo kat pasaraya ssh nak dpt size,baju urban style,rantai panjang-panjang yg bukan emas,baju kurung,jubah,tudung,namakan aje mesti adalah..(baju kecik dgn seluar kecik pun ada kedai khas tau).
Baju Na O Mei (in case tak tau apa kemende cite tu) - tima kasih abg google
 
Walaupun hebat dgn macam-macam pilihan tp ada jgk kurang bestnya (dah cite part best baru cite part tak best).Yg payah skit kat jln kenanga ni sbb kene buat pembelian secara borong.Hampir kebanyakkan kedai hanya akan berurusan dengan pemborong.Aku pergi dengan suami jadi dia malas nak ikut masuk ke kedai-kedai dan tanya boleh beli skit2 tak??
Kalo bwk anak-anak pastu diorg nak dress mcm ni..tak ke haru kalo kene bli borong??? - tima kasih abg google
 
Pengajarannya, korang kalo nak g jln kenanga ni g la ramai-ramai dengan kawan-kawan pompuan.Kalo nak lagi best g dgn mereka yg sama style dgn anda.Nanti kalo jmpa baju yg sama-sama berkenan, sorg sikit buat pembelian dan jd belian borong.Cerdik tak idea??hehe.
 
p/s:Bab membeli-beli ni aku mmg sokmo ada je idea yg cerdik..hehe.Ada kaitan tak tajuk entry ni dgn isinya??haha

Jumaat, 25 Mac 2011

Kedai-kedai kegemaran ku..

Hari Jumaat telah tiba..hari yg sangat best sebab satu-satunya hari yg aku takde kelas..ehehe.Bila hari Jumaat tiba maka waktu rehat pun pastinya panjang.Bila waktu rehat panjang pastu time gaji pulak tu..sudah pasti tokei-tokei shopping kompleks senyum nmpk gigi sebab kita akan angkut brg2 kat kedai diorg barang seplastik dua..(perhatian..beg plastik mencemarkan alam sekita).Ala..macam tak biasa pulak.Time-time ni lah hang pa semua g shopping-shopping kan??(aku pun jugak).Mari aku cite skit antara kedai-kedai kegemaran aku..manatau korg pun suka jgk apa yg aku suka.



IKEA - banyak barang harian yg sgt berguna dan unik..i loike..pastu cuci-cuci mata tgk design hiasan dalaman yg diorg display..(smbil berangan ada rumah mcmtu)

JLN KENANGA (kat LRT Hang Tuah) - kawan aku ckp kat sini baju2 siap murah2..blom try g lg (dah g nanti boleh komen lebih)

JLN TUNKU ABDUL RAHMAN (nama glamernya jln TAR) - tolong la g dgn kawan-kawan perempuan anda jika tidak mahu stress memilih tudung (tudung sgt murah kat sini nyah)

PERTAMA KOMPLEKS - student aku ckp alat jahit dan manik kat sini murah..blom try g lagi (sama sepeti ayat kat atas..dh g nti aku komen)

ROTI CANAI AYAH ROHA - ada kat Bandar Penawar..rotinye lembut dan rangup..adoi..x jmpa lg kat KL

STUDIO 5 - kedai makan kat Ampang..satay dia fuhhh..(aku ketagih satay dia ni..kalah satay Hj Samuri dek non)

KEDAI BUNGA REBEN - kat jln TAR..byk brg craft best 

OLD TOWN WHITE COFFEE - soya cincau gula Melaka dia superb..(ni pun aku ketagih..aku duk kat KL je dh jd penagih la pulak)

JUSCO dan SOGO - aku suka giler suatu masa dulu..pantang turun KL g SOGO pantang g JB nk g JUSCO..(sekarang dh tak brapa giler dh..kadang-kadang je rasa nk g)

p/s: Susunan kedai-kedai ini adalah secara rawak..tiada nombor satu atau corot..sebab saya suka semuanya...ahahaha (konon2 berlaku adil)

Rabu, 23 Mac 2011

Jan..jan jala..jala itik jala ayam..

Hahaha...
Sedap jgk lagu ni ye..suara aku je yang tak sedap...huhu.Apa kaitan agak-agak lirik lagu ni dengan post aku..kalo pandai try teka??


Kata lecterer aku dulu..takpe,biar saya soal dan saya jawap.Aku nk citer pasal keje-keje 'menjala' yang aku dan suami lakukan di IKEA Sabtu lpas (19/3/2011).IKEA buat sale jd kami pun memberi sokongan kepada sale tersebut.Banyak mende yang kami 'jala'kan di sini.Kami ni bagus dan baik hati tau,sale je kami memberi sokongan (walaupun duit kurang nak ada).Ada barang aku suka,ada barang suami suka...oleh sebab yang demikian kami sama-sama membuang duit.Meh tengok barang yang kami beli.Untuk adil aku tunjuk yang suami suka pastu baru barang yang aku suka.Barang-barang lain yang sama-sama kami suka biarla kami je yg tau.Nanti korang pitam pulak tengok mende-mende yang kami beli.Maklum la, orang civil engineering membeli.



Koleksi alatan tangan yang ditambah..sebelum ni suami den dah beli set yang ada tukul besi.
Set yang dia dah pernah beli sebelum ni..



Den pun nk jugak tambah alatan tangan..sebab kat IKEA harga mende ni baru RM25 berbanding kat kedai craft yang den tengok aritu RM60..uiii,x mampu mak..

Khamis, 17 Mac 2011

Makan malam ala ARAB

Entah kenapa la tekak laki aku ni suka sangat makan nasi Arab.Part mana sedapnye pun aku tak tau la.Atas ke teringinannya (aku taste nasi ayam penyet je,dia pnye taste arab tu) maka makan la kami di sebuah restoren makanan Arab di Jalan Ampang.Nama restoren tu susah nak eja jadi aku tunjukkan kad dan cover buku menunya ye.


Alamak..takde no tepon pulak..

Ni cover menu ni..tgk cover pun tau dah kos nye


Nasi Arab kat sini sangat la super best.Makan nasi dia je pun sedap dah.Tapi harga dia agak kurang best sikit sebab super mahal.Aku punye nasi dan kambing harga dia RM26.Adoi..nk pitam jap.Tapi sebab melayan tekak saudara Zafril maka order jugak la (dia yang bayar pun di akhirnya nanti..ehehe).Jom tengok apa mende la yang sampai RM26 sepinggan tu.


Tengok nasi dia pastu amik bau..fuhh..memang sodap..

Ni je makanan yang aku order..ni pun sepinggan dah RM26..pengsan mak..


Meja sebelah kami order macam-macam.Siap ada teko kecik dengan cawan-cawan kecik.Aku rasa air teh Arab tu.Rasa teh tu pahit-pahit tapi berangin.Ntah la,nak kata sedap ke tak susah nak cakap (tekak aku cakap tak sedap..ehehe).Tapi kalo ada yang suka sedap la tu.Apa-apa pun laki aku ni memang kemaruk sungguh kat nasi Arab ni.


Tengok dia pilih menu nak makan pun tau dah tahap kemaruk nye tu kat level mana

Laki den makan nasi Arab ayam..murah sikit dari nasi den (sebab den punye kambing)

Ni pandangan tepi restoren tu..nak amik gambar belah depan orang ramai..nanti dikatanye aku ni pelancong mana plak (lagi pun kamera murah je..xde muncung pun kamera aku tu..hehe)



p/s: Aku kene belajar masak nasi Arab ke pasni??..adoi,tak sanggup mak..

Mengemas 'acuan' felt

Aku baru sahaja mengumpul acuan-acuan (template) untuk projek felt aku. Sungguh excited dan ada beberapa darinya aku dah cuba buat. Yang lain-lain aku kumpul je dulu, nti free time baru mula. Yang penting acuan dah ada. Kerana terlalu banyak acuan maka aku pun membuat sistem penyimpanan untuk semua acuan ini..hehe (dah macam 5S pulak bunyinya).Meh tengok macam mana aku simpan semua template-template aku.


Gunting dulu siap-siap gambar-gambar template


Pastu buat sampul kecik untuk masukkan semua template-template tadi. Kalo nak senang labelkan bagi senang nak cari nanti.

Last sekali masukkan la ke dalam sampul-sampul yang telah di  label tadi dan susun elok-elok (wah..pengemas dia ni rupanye..puji diri sikit)

p/s: Sumber nak dapat template ni aku google je.Agak-agak ada design yang lawa aku print pastu gunting..hehe

Kuali baru..

Lama dah teringin nak buat ayam bakar ke,ikan bakar ke sedap sungguh kan??Tapi masalah nye den takde alatan nk membakar tu.Oven takde,kuali untuk membakar pun takde.Malam tadi oleh kerana nak jugak buat ayam percik aku mengeledah kotak-kotak barang pindah aku.Tiba-tiba terjumpa kuali hadiah sempena aku dapat pindah aritu.

Masa dapat hadiah aritu..(muka tak bersalah sungguh org yg buat peace tu..)

Tanpa berlengah lagi aku pun menyediakan bahan-bahan ayam percik.Resepi nak buat ayam percik aku dapat dari mak mertua aku masa balik Sabak Bernam hujung minggu lepas.Sebab belajar pun tanpa buku dan pen serta tiada slide show maka aku ingat-ingat secara basic jelah apa yang patut di buat.Nasib baik ada beli buku resepi Chef Hanieliza (berguna jugak buku ni akhirnya..)
Buku yang sangat best..(siap gerenti jadi tu)


Ni jenama kuali yang aku dapat..memang best (amik gambar  mende ni dah dalam tong sampah..plastik bawah tu ada lemak-lemak ayam..ehehe)

Akhirnya..dengan kerjasama kuali non-stick yang best serta buku resepi serta latihan praktikal oleh mak mertua aku maka jadilah ayam percik aku malam tadi.Sebab apa aku berani cakap jadi..APPROVED OLEH SUAMI DEN LA..hehe.Terima kasih kepada yang belikan kuali non-stick yang best tu.I LOIKE VERY-VERY..

Ayam ni dah terbalik dua tiga kali pun xde apa yang melekat.Rempah-rempah yang hangit tu pun tak melekat u ollss
p/s: Sebab dah ada kuali ni,makanye selepas ni aku nak masak bakar-bakar je...ahahaha (suami aku cakap jangan la selalu nanti muak plak tengok bakar-bakar)

Rabu, 9 Mac 2011

Tahniah..anda berjaya..

Tahniah diucapkan pada diri sendiri kerana telah berjaya memasak malam tadi.Akhirnye aku dapat jugak masak sayur campur dengan sambal sotong.TAHNIAH DIRI..MASAK LAGI LEPAS NI YE..


Bila tengok betul-betul..kelihatan sedap sungguh masakan aku ni..(puji diri sikit).Tapi bila rasa..hmm,biasa je...ahahaha.


Jom tengok hasil masakan malam tadi..




















jeng


















jeng


















jeng
















jeng






















Malas dah nak jeng..jeng..jeng.Tengok jelah----->


Bila tengok dari jauh terer jugak aku ni...ehehe


Zoom dekat sikit sayur campur aku ni..

Ni pun sama..zoom dekat sikit bagi jelas..
p/s: Ni semua gambar dari kamera sendiri,tiada unsur-unsur di ambil dari google atau sebagainya.Sekian (tolong la percaya aku masak ni)

Selasa, 8 Mac 2011

Akhirnya..ini yg aku masak malam tadi..

Akibat berchatting dengan membe zaman skolah2 dlu (yang sekarang dh keje kat Cyberjaya), mulut aku terasa nk makan NASI AYAT PENYET la pulak.Itulah padahnya jika berchatting ketika keazaman untuk masak sedang memuncak kegemilangan (terdisplay pulak cerita GEMILANG kat memori otak..ehehe).
Aku dapat peha sebijik macam gambar atas ni..bahagian ayam kegemaran tu...(amik kat google je ni..segan nk kuarkan kamera kat kedai makan)


Sedap sungguh nasi ayam penyet (terasa-rasa di tekak), akhirnya kami berdua suami isteri menuju ke Wangsa Walk Mall untuk makan makanan yang ditunjukkan di atas. Akhirnya semalam tidak berasap la dapur kami.Kami sibuk mengasapkan kedai ini (sambil cuci-cuci mata kat Wangsa Walk Mall tengok fesyen orang-orang bandar masa kini.Aku orang bandar masa lalu..BANDAR PENAWAR..ahaha)---->


Suami cakap..xyah la nak amik gambar..malu org tgk..oleh itu..ni pun amik kat google jugak..ehehe
Setelah selesai makan-makan maka terbang la duit kami sebanyak RM30. Kata suami..sape yg nak makan tadi dia la yang bayar.Aku dengan paksa rela mengeluarkalah duit sebanyak RM30.Lepas tu aku pun mengepow suami membeli barang-barang rumah...hahaha...dia kene bayar semuanye dekat RM50.Yessss...baru adil.hehehe (walaupun xdela adil sangat..ahaha)

Isnin, 7 Mac 2011

Minggu yang terasa amat malas...

Minggu ni ntah kenapa terasa sangat malas.Hari ni kalo ikut kan macam nak masak sambal sotong tapi mood memasak hilang pulak.Tapi tetap nak masak jugak.Dh beli bahan-bahan untuk masak jadi rugi tak masak.Cadangan untuk hari ini adalah sayur campur dan juga sambal sotong.


Sayur campur yang konon-konon ingin dibuat


Di padankan dengan sambal sotong...
Hebat sungguh cita-cita diri ini.Takpe..cuba dulu baru tau.Ok la kene balik dulu.Maklum la nak masak.


p/s: Menu di atas di ambil dari google.Takde maknanye aku sehebat itu...

Jumaat, 4 Mac 2011

Bestfriend by Kiroro yang di translate kepada english..


I don't have to worry anymore, cause you will be by my side when I cry
You always smile at me
I am blessed because you always shine before me
Things that we have missed hastily at time, that's the way it is
Faces that always being looked at
Forever hugging each other
Your smile has helped me endless time, you know
Thank you thank you Best Friend

These plenty happiness that I felt at this moment
All the friends that I have here, you the best present
I am blessed because you always be by our side
Surely things that I have accomplished here, those things too give me strength (change to strength)
Faces that always being looked at
Forever hugging each other
All of your smile has helped me endless time, you know
Thank you thank you Best Friend

Things that we have missed hastily at time, that's the way it is
Faces that always being looked at
Forever hugging each other
Your smile has helped me endless time, you know
Thank you thank you Best Friend

Always always always my Best Friend


p/s: Sebab dia bahasa jepun aku rasa kurang jiwang skit.
Jadi marilah dengar dan hayati...peewit

Yeah..arini tiada kelas..

Lama dah tak menulis.Tak tau nk tulis apa.Tapi aku tau korang rindu aku kan??Aku sihat-sihat aje cuma lebih bersopan sikit di sini...auww..

Hari jumaat telah tiba akhirnya.Kalo tiba hari jumaat ni maknanye tiada la kelas yg perlu aku masuk.ahahaha..Aku di sini ajar math..fuhh..rasa bernombor pemandangan mata.Kalo dulu aku ajar kaedah melukis pastu budak kene buat je apa yg aku ajar (kira aku duduk diam2 je sambil tunggu budak siap lukis), tapi sekarang aku kene ajar sampai mereka paham.Apa2 pun sekarang aku dah mula enjoy perkara yg aku buat.Bak kata laki ku..enjoy je selagi berdaya..ehehe.

Hujung minggu ni nak kene rewang di rumah adik ku Uda.Dia dh beli rumah jd dia buat kenduri kesyukuran sebab masuk rumah baru.Bila la aku dan suami nak ada rumah.Pendek kata,bila la kami ni nk duduk bermastautin yg betul2.Bila cerita kat mak yg aku tak sure lagi kat Selayang ni sampai bila.Mak jawap..ko ni nak lari2 je kejenye.Nak kata aku ni duk jauh-jauh pastu ssh la nk lawat aku.hehehe.Aku biasa dah..(nada syahdu).

Terima kasih puan martha

Projek sekarang ni adalah menghasilkan cenderahati konvo untuk jualan.Aku dapat template buat bear kat atas ni daripada sini (klik jika mahukannya) .Boleh la try jika berminat.Aku dah try dan menjadi.Tapi nanti dh banyak aku tunjuk ye.Ni baru dapat 2 ekor je.Cukup la hingga di sini.Jumpa lagi lain kali...daaa