Jumaat, 4 Mac 2011

Yeah..arini tiada kelas..

Lama dah tak menulis.Tak tau nk tulis apa.Tapi aku tau korang rindu aku kan??Aku sihat-sihat aje cuma lebih bersopan sikit di sini...auww..

Hari jumaat telah tiba akhirnya.Kalo tiba hari jumaat ni maknanye tiada la kelas yg perlu aku masuk.ahahaha..Aku di sini ajar math..fuhh..rasa bernombor pemandangan mata.Kalo dulu aku ajar kaedah melukis pastu budak kene buat je apa yg aku ajar (kira aku duduk diam2 je sambil tunggu budak siap lukis), tapi sekarang aku kene ajar sampai mereka paham.Apa2 pun sekarang aku dah mula enjoy perkara yg aku buat.Bak kata laki ku..enjoy je selagi berdaya..ehehe.

Hujung minggu ni nak kene rewang di rumah adik ku Uda.Dia dh beli rumah jd dia buat kenduri kesyukuran sebab masuk rumah baru.Bila la aku dan suami nak ada rumah.Pendek kata,bila la kami ni nk duduk bermastautin yg betul2.Bila cerita kat mak yg aku tak sure lagi kat Selayang ni sampai bila.Mak jawap..ko ni nak lari2 je kejenye.Nak kata aku ni duk jauh-jauh pastu ssh la nk lawat aku.hehehe.Aku biasa dah..(nada syahdu).

Terima kasih puan martha

Projek sekarang ni adalah menghasilkan cenderahati konvo untuk jualan.Aku dapat template buat bear kat atas ni daripada sini (klik jika mahukannya) .Boleh la try jika berminat.Aku dah try dan menjadi.Tapi nanti dh banyak aku tunjuk ye.Ni baru dapat 2 ekor je.Cukup la hingga di sini.Jumpa lagi lain kali...daaa

Tiada ulasan: