Selasa, 21 Jun 2011

Saya di tulis di dalam blog orang lain..

Salam..
Buat julung2 kalinya mak rasa glamer sebab ada orang sudi masukkan dan tulis nama mak dalam blog diorang.Blog mana yang sanggup tulis pasal mak tu??dia ni lah...dia tulis di bawah tajuk kursus jahitan felt [hari pertama]. Ada gambar i lagi nyah..cuma kureng cun sikit.Aku rasa aku sudah semakin kurang cun sekarang...comel lebih..ahaha (ayat cover diri).

Bukan tu sahaja kehebatan yang aku nak story kat sini.Belek punye belek rupa2nye si dia ini merupakan follower kepada kawan ku si cik pia. Alangkah kecik dunia ini kan..Itu jelah perkara hebat yang aku nak share.Sebenarnye xde idea nak mengarut petang2 ni.

p/s: Silalah berasa bangga kerana aku me'link' anda2 dalam blog ini.

Ahad, 5 Jun 2011

Citer lama..

Ini adalah kisah lama yang aku selalu nak citer kat sini tapi bukti untuk citer ni en.suami tak bagi2 kat aku (aku guna kamera dia pastu gambarnye dia save kat pc opis dia pulak). Akhirnya setelah sekian lama dapat jugak aku me'riak'kan diri di sini.

Apa citernye??Meh tgk gambar dulu pastu baru aku story mory..

Sepit bunga kecil untuk si kecil..(kalo maknye nak pinjam untuk letak kat shawl pun bleh)

Sepit bunga besar sikit..(sama jugak..anak boleh guna mak pun boleh pinjam..)

Yang ni boleh guna untuk gantung dalam kete ayah (abang nak amik gantung kat beg pn bleh..nk bg awek lg boleh)

Sedia untuk bertolak ke Johor..

Mende-mende yang aku buat ni sebenarnya untuk jualan di konvokesyen Kolej Komuniti Zon Johor 2011. Aku buat untuk pesta konvokesyen tu. Tapi belum sempat sampai ke tapak konvo kawan aku ckp dh nak abis dijual di opis. Mende2 ni bukan sahaja boleh diguna untuk sepit rambut tetapi juga untuk hiasan masa pakai shawl. Kata membe aku ada lagi org nak tempah sepit rambut bunga tu, tp masalah nye aku tak sempat nak mulakan produksi. Sorilah kawan..sedikit bz di tempat keje baru dan dirumah sendiri.

p/s: Tak sabar nak masuk umah baru pastu nanti nak ada bilik jahitan..En.suami dah beli meja jahit untuk diri ini pastu hj.sariman pulak bg mesin jahit yg ada pedal kaki tu..yahoo..nanti boleh jahit2..

Khamis, 2 Jun 2011

Bekerjalah dengan sabar..

Semalam aku pulang dari kerja dengan badan yang sangat letih.Dah 3 hari handle short course AUTOCAD untuk pelajar2 SMK Bukit Indah jadi badan rasa ponat bonar. Hari ni last day dan harap2 budak2 senang nak di handle.

Dalam perjalanan pulang aku pun duk tukar2 siaran radio.Bosan bila dengar penyampai banyak sangat bercakap dan iklan yg berbagai2 tu.Tengah sibuk tangan menekan button2 radio dlm kete tiba2 duk dengar la ustaz radio IKIM bercakap.Nak tekan button lain hati tak sanggup sebab teringat cakap ustaz dalam satu ceramah agama..'kenapa kita perlu lari dari ilmu yang berguna sedangkan ilmu itulah yg nanti akan meneman kita di sana(sana tu paham2 la)??..'

Ustaz IKIM tu kata dalam radio tu..kerja yang dilakukan dengan benar serta tidak mengeluh akan dapat menghilangkan dosa2 kecil kita.Oleh yang demikian bersyukur la kita kerana diberi kerja dan mempunyai pekerjaan.Walaupun seberat mana pun kerja itu ingat la bahawa Allah sentiasa memberi balasan kepada hambanya yang sabar.Di situlah akan wujudnya keberkatan di dalam hidup kita(ustaz tu cakap aku tolong taip je..).

Bila dengar je kata ustaz ni aku terpikir kejap..walaupun banyak macam mana pun kerja aku,aku berazam untuk tak nak mengeluh.Disebalik penatnya bekerja itu ada keampunan atas dosa2 aku dan keberkatan dalam hidup aku.Marilah kita bersyukur dan bersabar dalam melakukan pekerjaan kita.

p/s:Agak2 korang makin bermotivasi tak nak bekerja??