Khamis, 2 Jun 2011

Bekerjalah dengan sabar..

Semalam aku pulang dari kerja dengan badan yang sangat letih.Dah 3 hari handle short course AUTOCAD untuk pelajar2 SMK Bukit Indah jadi badan rasa ponat bonar. Hari ni last day dan harap2 budak2 senang nak di handle.

Dalam perjalanan pulang aku pun duk tukar2 siaran radio.Bosan bila dengar penyampai banyak sangat bercakap dan iklan yg berbagai2 tu.Tengah sibuk tangan menekan button2 radio dlm kete tiba2 duk dengar la ustaz radio IKIM bercakap.Nak tekan button lain hati tak sanggup sebab teringat cakap ustaz dalam satu ceramah agama..'kenapa kita perlu lari dari ilmu yang berguna sedangkan ilmu itulah yg nanti akan meneman kita di sana(sana tu paham2 la)??..'

Ustaz IKIM tu kata dalam radio tu..kerja yang dilakukan dengan benar serta tidak mengeluh akan dapat menghilangkan dosa2 kecil kita.Oleh yang demikian bersyukur la kita kerana diberi kerja dan mempunyai pekerjaan.Walaupun seberat mana pun kerja itu ingat la bahawa Allah sentiasa memberi balasan kepada hambanya yang sabar.Di situlah akan wujudnya keberkatan di dalam hidup kita(ustaz tu cakap aku tolong taip je..).

Bila dengar je kata ustaz ni aku terpikir kejap..walaupun banyak macam mana pun kerja aku,aku berazam untuk tak nak mengeluh.Disebalik penatnya bekerja itu ada keampunan atas dosa2 aku dan keberkatan dalam hidup aku.Marilah kita bersyukur dan bersabar dalam melakukan pekerjaan kita.

p/s:Agak2 korang makin bermotivasi tak nak bekerja??

Tiada ulasan: