Khamis, 17 Jun 2010

Hala tuju..

Sejak dua menjak facebook dah di pagar di office saya, saya rajin la melayari blog-blog orang.Tengok DIY untuk kerja-kerja kraftangan,lawa-lawa juga hasil tangan diorang ni.Ada satu blog tu sempoi je.Ayatnya sempoi dan bahasa yang diguna tidak bercampur-campur.Suka saya membaca taipannya (kalau hasil tulisan tu atas kertas,sebab blog terpaksa cakap taipan).Gaya bahasa tidak kasar dan juga tidak lembut (lembut di sini jiwang la).Sesuai la dengan jiwa saya yang kurang jiwa-jiwa..hehe.Tapi seperti biasa saya terlupa nak add sebagai favourite dan saya dah kehilangan jejak blog itu.Ai..hilang lagi blog kegemaran..huhu.

Penulis blog itu ada menyenaraikan sebab-sebab orang ramai buat blog.Salah satu sebab yang beliau nyatakan adalah 'KAWAN ADA BLOG DIA PUN NAK ADA BLOG'..tersengih-sengih saya membaca bila sampai kepada sebab ini (saya ni mudah terpengaruh jugak..haha). Saya pun berfikir, apa sebenarnya sebab saya mendaftar blog ini??Mengikut niat asal saya, hanya terdapat satu sahaja sebab utama kenapa saya menjadi blogger..saya nak duit dari nuffnang..hehe.Tapi sebab baru sahaja berjinak-jinak maka tunggu la blog ni glamer baru saya join nuffnang..sebenarnya tidak rasa pun blog ini akan glamer sebab saya tulis apa yang saya suka je tanpa memasukkan item-item yang orang akan suka. Inikan blog saya jadi suka hati saya la..haha.

Selasa, 15 Jun 2010

Yeah..saya dah pakai selendang yang saya jahit!!!

Masih ingat selendang yg saya jahit dengan kristal??Setelah hampir seminggu saya memasang niat untuk memakai selendang ini akhirnya hari ini saya berjaya menunaikan niat saya itu.hehe.Semalam baru sahaja google teknik memakai selendang dengan betul.Biasa main lilit je tak pasti kaedah betul ke tidak.Hari ini saya yakin inilah kaedah yang tepat melilit tudung..hehe(orang lain dah profesional saya baru nak blaja kaedah yang betul).Seperti kata Husna ketika keluar rumah tadi..'pasni kene amik gambar la nak masuk dalam blog'.Aku pun jawap 'tulah terpaksa amik gambar la ni nak tunjuk bukti..hehe'.Maka inilah hasilnya...

Gambar sisi, pandangan atas dan juga pandangan hadapan..(bila tukang ajar LK mengambil gambar)

Khamis, 10 Jun 2010

Percubaan pertama saya..

Saya telah mula terjebak ke kancah jahit-menjahit.Kerana kagum dengan hasil tangan orang lain akhirnya saya telah berjaya menghasilkan hasil tangan saya sendiri.Inilah percubaan pertama saya menggunakan kain felt.Betapa payah nak mencari kain ini akhirnya bila terjumpa saya terus beli.Malam tadi sebagai warming up saya pun memulakan kerja tangan ini.



Pandangan sebelah

Pandangan sebelah satu lagi (cun jugak tangan aku dalam gambar ni..hehe)

Menjahit ni rupanya perlukan kesabaran yang amat sangat. Kerana kurang sabar saya hampir mengoyakkan jahitan saya ni (sebab benang tersimpul jadi semua part saya tarik). Isi dalam jahitan saya ini saya masukkan tisu jek. Tisu bersifat kesat jadi agak susah nk menyelitkan ia di bahagian kelopak.Nampaknya lepas ni saya perlu mencarik kapas bantal yg licin (polyester kot namanya).

Selasa, 8 Jun 2010

Hasil kerja saya hampir siap...

Dalam mengejar due date untuk hantar markah, kejar bas ke Kuala Lumpur dan segala macam rutin harian yang lain saya masih sempat menyiapkan kerja saya yang satu ini.Termasuk kali ini,saya sudah ubah rekabentuk ini untuk kali kedua.Sebab kekurangan bahan dan masalah untuk mencari bahan yang sama maka ubahsuai rekaan terpaksalah dilakukan.Tidak sabar untuk menyiapkan rekaan kali ini sebab saya boleh pakai bila dah siap nanti.hehe..Design awal-awal dulu sangat mewah sebab keliling selendang saya jahitkan kristal.Tapi kerana kekurangan bahan mentah dan kesukaran untuk mendapatkannya di sini (lagi pun suami macam terpaksa dalam rela membawa saya ke kedai kraf..kesian dia) maka ubahsuai pun dilakukan..

Rekaan asal kristal di jahit di sekeliling selendang (boleh jadi riak kalo pakai ni..hehe)

Design latest, kristal dikurangkan (baru berjinak-jinak jadi gunakan apa yang ada je dulu)

Inilah dia hasil kerja tangan yang telah berjaya saya siapkan.Ini belum siap penuh lagi.Ada separuh selendang masih belum dijahit dengan kristal.Biasalah..kerja kalau dah terhenti nak mula balik tu payah betul.hehe.Berjaya juga saya menyiapkannya(sebab dah bagitau satu dunia jadi terpaksa juga disiapkan..huhu).Nantikan kemunculan selendang ini di khalayak ramai ye..hehe (kalau pakai tak menjadi den tak pakai la).