Khamis, 17 Jun 2010

Hala tuju..

Sejak dua menjak facebook dah di pagar di office saya, saya rajin la melayari blog-blog orang.Tengok DIY untuk kerja-kerja kraftangan,lawa-lawa juga hasil tangan diorang ni.Ada satu blog tu sempoi je.Ayatnya sempoi dan bahasa yang diguna tidak bercampur-campur.Suka saya membaca taipannya (kalau hasil tulisan tu atas kertas,sebab blog terpaksa cakap taipan).Gaya bahasa tidak kasar dan juga tidak lembut (lembut di sini jiwang la).Sesuai la dengan jiwa saya yang kurang jiwa-jiwa..hehe.Tapi seperti biasa saya terlupa nak add sebagai favourite dan saya dah kehilangan jejak blog itu.Ai..hilang lagi blog kegemaran..huhu.

Penulis blog itu ada menyenaraikan sebab-sebab orang ramai buat blog.Salah satu sebab yang beliau nyatakan adalah 'KAWAN ADA BLOG DIA PUN NAK ADA BLOG'..tersengih-sengih saya membaca bila sampai kepada sebab ini (saya ni mudah terpengaruh jugak..haha). Saya pun berfikir, apa sebenarnya sebab saya mendaftar blog ini??Mengikut niat asal saya, hanya terdapat satu sahaja sebab utama kenapa saya menjadi blogger..saya nak duit dari nuffnang..hehe.Tapi sebab baru sahaja berjinak-jinak maka tunggu la blog ni glamer baru saya join nuffnang..sebenarnya tidak rasa pun blog ini akan glamer sebab saya tulis apa yang saya suka je tanpa memasukkan item-item yang orang akan suka. Inikan blog saya jadi suka hati saya la..haha.

Tiada ulasan: