Selasa, 8 Jun 2010

Hasil kerja saya hampir siap...

Dalam mengejar due date untuk hantar markah, kejar bas ke Kuala Lumpur dan segala macam rutin harian yang lain saya masih sempat menyiapkan kerja saya yang satu ini.Termasuk kali ini,saya sudah ubah rekabentuk ini untuk kali kedua.Sebab kekurangan bahan dan masalah untuk mencari bahan yang sama maka ubahsuai rekaan terpaksalah dilakukan.Tidak sabar untuk menyiapkan rekaan kali ini sebab saya boleh pakai bila dah siap nanti.hehe..Design awal-awal dulu sangat mewah sebab keliling selendang saya jahitkan kristal.Tapi kerana kekurangan bahan mentah dan kesukaran untuk mendapatkannya di sini (lagi pun suami macam terpaksa dalam rela membawa saya ke kedai kraf..kesian dia) maka ubahsuai pun dilakukan..

Rekaan asal kristal di jahit di sekeliling selendang (boleh jadi riak kalo pakai ni..hehe)

Design latest, kristal dikurangkan (baru berjinak-jinak jadi gunakan apa yang ada je dulu)

Inilah dia hasil kerja tangan yang telah berjaya saya siapkan.Ini belum siap penuh lagi.Ada separuh selendang masih belum dijahit dengan kristal.Biasalah..kerja kalau dah terhenti nak mula balik tu payah betul.hehe.Berjaya juga saya menyiapkannya(sebab dah bagitau satu dunia jadi terpaksa juga disiapkan..huhu).Nantikan kemunculan selendang ini di khalayak ramai ye..hehe (kalau pakai tak menjadi den tak pakai la). 

Tiada ulasan: