Sabtu, 31 Disember 2011

New year..new resolution..where am i??

Tahun makin bertambah..umur makin berkurang..huhuhu

Tahun lepas aku ada azam yang sangat hebat. Azam yang takde sape boleh tolong kecuali dengan izinNya. Bila tahun makin habis baru aku sedar aku tak layak nak pasang azam ni. Sape la aku. Semua adalah atas ketentuanNya. Aku mula menjadi sangat redha sekarang. Life must go on or u been left out. Maka selaku aku yang hanyalah insan yang kerdil aku berazam untuk sentiasa menjadi insan yang baik. Takpela azam lepas aku tu, belum sampai masanya.

Sebelum masa itu sampai, doakan la yg terbaik utk kami berdua di sini. Semoga kami kuat dan tabah dengan segala-galanya.



p/s: Muka dua orang yang tabah..ahahaha

Sabtu, 24 Disember 2011

Luahan rasa seorang saya..(setelah lama dipendam)

Pakcik,
Saya anak jiran sebelah. Saya dtg ke sini sebab nak main dgn anak-anak pakcik. Mak saya kata jgn main jauh-jauh, kalo nak g main kat umah sebelah takpe. Jadi pakcik izinkanlah saya bermain di sini mcm anak-anak jiran yang lain.

Saya hanyalah anak jiran jadi saya takde apa-apa pertalian darah dengan pakcik. Saya tak boleh nak uruskan harta-harta pakcik, wang ringgit pakcik. Maafkanlah saya. Saya tak layak untuk itu semua. Pakcik ada ramai anak, bagilah mereka hak untuk itu semua. Saya tau pakcik suka saya sebab saya baik tapi saya tetap tak boleh buat kerja-kerja tu. Maafkan saya pakcik.

p/s: Kalau saya anak kandung pakcik bila-bila masa pakcik nak saya tolong saya sedia menolong. Sekali lagi maafkan saya pakcik.

Saya yang benar

p/s 2: Agak-agak korang paham ke maksud luahan perasaan aku ni?? Luahan yang sangat bersopan santun...huhu

Rabu, 21 Disember 2011

Nak letak gambr je..

Terasa kemalasan yang melampau telah datang..oleh itu xnak cakap apa2.Nak letak gambar pastu duk diam2 (mode pendiam ku sudah mari)

Sila abaikan 2 cupcake yg telah kosong di belakang tu..kami dah termakan sebelum gambar sempat di ambil..

Close up sedikit..

Agak-agak apa mende ni??

Rasa-rasa tau ke ni apa??

To my dear husband..Happy 2nd Anniversary..semoga tahun2 mendatang memberi lebih kebahagian utk kita berdua (jiwang giler..ehehehe)
p/s: Thanks for always being there..love you forever Zafril bin Zainal Abidin@Zainin

Khamis, 1 Disember 2011

Saya hilang skill lawak dan poyo..TOLONG!!!

Sebab tak tau nak tulis apa makanya saya menjenguk-jenguk tulisan lama-lama ku. Uih..lawak jugak aku ni. Tapi awat makin lama makin kurang lawak dan ayat power yang aku hasilkan?? Terasa semakin beremosi pulak.

Dulu zaman aku suka bergossip-gossip (sekarang lebih suka beramal soleh..ehehe), aku dan membe gossip suka ckp pompuan kalo dah tua mmg emosi sikit. ALAMAK!!! dh tua gamaknye aku ni. Aku memang tak nak emosi-emosi tapi dh hujung2 tahun ni terasa emosi touching tu lebih. Tahun depan dah masuk 30 tahun..ni buat den makin emosi ni.

Sila la datang skill lama ku...

p/s: Aku rasa aku dh matured la..ehehehe

Nampak tak matured??ehehe