Jumaat, 14 Januari 2011

Target..aim..go..

Orang cakap masuk je tahun baru kita pun sibuk nak membuat azam baru.Aku nak jugak membuat target.Azam takde kot tahun ni, aku nak target je.Untuk target kene aim dulu.Buat persediaan untuk meng'aim' agar mampu mencapai target.

Nak tau ke apa yang aku target??Ahahaha..aku ni pemalu orangnye nak bagitau apa yang aku target.Tapi aku tau korang mesti nak tau punye.


Tahun ni aku target nak menguruskan badan supaya kecil sedikit.Sekarang dah terlebih pembesaran.Takut pulak tengok angka kat penimbang tu.Bukan sebab nak cantik tapi nak jadi sihat.Boleh banyak kan amal ibadat kalo badan sihat.Kalo badan sakit-sakit macam mana nak buat amal ibadat.Banyak lagi dosa ni.Kene banyak kan amal bagi balance (wow..statement yang baik..hehe).
Aku dah jd mcmni dah skrg (ni je gmbr kat google yg menutup aurat)


Selain itu,aku target nak menambah bilangan umat Nabi Muhammad s.a.w. kat muka bumi ni.Senang nak menjawap soalan kalo ada yang bertanya sebagaimana di bawah:-


"Dah ada belum??"
"Bila lagi nak ada??"
"Cepat-cepat la ada,seronok ada anak ni."


dan soalan-soalan lain lagi....(malas nak ingat)


Agak-agak kalo kombinasi dua orang di atas ni dapat tak menghasilkan perkara seperti di bawah..(ahaha)


Fuh..ganas target aku ni.Dah la nak mengecilkan badan kemudian nak beranak-pinak.Macam tak ngam pulak.Takpe,target dulu.Orang kata masa pantang kalo betul-betul boleh jadi kurus lebih dari zaman anak dara.Jadi mengandung dulu kemudian baru kurus.Tapi ada jugak orang kata,kalo nak senang mengandung kene kurus kan badan dulu.Adoi..kene kurus dulu baru senang mengandung kot???Pening...mana satu yang kene dimulakan ni???

Tiada ulasan: