Khamis, 13 Januari 2011

Nilai hidup

Hari ni aku nak cakap perkara yang berilmu sikit.Aku tidak la alim sangat orangnye tapi suka je menambah ilmu.Kalau duk tengok tv kat rumah dengan Husna selalu je bercerita isu-isu agama yang berkaitan dengan isu semasa.Pasal pakaian,tudung,fesyen..pendek kata macam-macam lagi.Husna hebat sikit ilmunya  berbanding aku.


Baru-baru ni aku terbaca satu blog yang bercerita tentang isu penambahan ilmu.Suke sungguh aku baca entry blog ini.Sungguh santai dan mengerakkan otak supaya berfikir.Salah satu entry nye yang lekat di hati aku adalah berkenaan tabligh.Kita selalu pikir tabligh tu satu mende yang salah.Meninggalkan anak bini berhari-hari tanpa itu dan ini (malas nak tulis ayat yg panjang nti jd isu..huhu).Tapi menurut entry blog yang satu itu (bukan blog aku kata) pernahkah kita pikir kalau suami meninggalkan anak bini berhari-hari tapi untuk menghadiri kursus induksi,kursus itu,kursus ini.Tidak kah itu sama sahaja dengan mereka yang pergi ikut tabligh??


Biar aku jawab la.Perbuatan nya masih dinamakan meninggalkan tapi oleh kerana dapatan daripada perbuatan itu berbeza maka kita menilai satu itu salah (ikut tabligh) dan satu itu bagussss (pergi kursus dapat naik pangkat tau).Tidakkah kita terpikir..kalau mende itu berkaitan agama je kita terus kata salah..tapi kalau pasal duit dan juga pangkat laju je mende itu menjadi ok.Walhal kedua-duanya kita perlu untuk dunia dan juga ilmu ke akhirat.


Fuuhhh...lega dapat menyampaikan.Aritu bercerita dengan Fara sorang je dalam kereta ke Kota Tinggi.Kali ni dpt cerita kepada semua yang baca.


Muka lega dapat berkongsi cerita...(aku lagi cute dari ni...ahaha)

Tiada ulasan: