Sabtu, 15 Januari 2011

Kami akan merindui anda...

Wah..skema sungguh tajuk di atas.Tapi aku tak skema..


Semalam 14/1/2011 berakhir la permastautinan Kak Ana dan Kak Siti di Kolej Komuniti Bandar Penawar.Sedih sungguh melihat mereka meninggalkan tempat mereka.Kosong semua barang dan yang pasti naik keje Isnin ni kelibat mereka tidak akan kelihatan di sini.Takde lagi suara Kak Ana yang sangat kalut ketika bekerja..suara Kak Siti yang tak kedengaran bila bekerja tau-tau je ada kat belakang kita.Dan yang paling menyedihkan hilang seorang ahli jahit-menjahit kami di S.H.A.F's CRAFT (kami sekarang tinggal 3suku dah..bilangan ahli ye bukan otak..).


Tapi takpe,mungkin pertukaran ini adalah yang terbaik untuk mereka.Mereka lebih dekat dengan anak..lebih dekat dengan suami..senang mereka untuk menguruskan keluarga.Pasni boleh membesarkan anak bagai juara.Masak sedap-sedap untuk keluarga dan yang paling penting kos sara diri untuk berulang dapat disalur ke tempat yang lebih baik (untuk belanja saya contohnya..hehe).Tahniah untuk anda berdua.Kami di sini akan sentiasa merindui anda.Jadi tolong rindu kami jugak tau (terutamanya saya..huhu)
Kalo nak tau sape yang DAPAT pindah tgk org yang pegang hadiah..yang NAK pindah pulak adalah yang sebelah yang dapat pindah itu (termasuk dua org lagi yang dirahsiakan..ahaha)


p/s: Semalam tak sanggup nak salam kamu berdua lagi sekali sebelum balik..nanti sedih terlampau (takut Azhar amik gambar saya nangis..tujuh keturunan tak habis cerita nanti).Jadi sebab tengah hari dah salam petang saya tengok sahaja kamu berdua peluk-peluk dengan orang lain.Doakan saya dapat bertukar macam kamu berdua jugak ye.

2 ulasan:

mama umar berkata...

huuuuu.....i sendiri pun sedih masa nak keluar dari bilik tu.
Rajin2 update blog eh, suka baca cerita u.

Good luck nani

ha_nan berkata...

Ok je tgk..hebat mengawal kesedihan.Den ni kalo bab syahdu syahdan ni x berapa kuat.Bahaya..kebiruan terlampau..ahaha