Isnin, 24 Januari 2011

Mari naik bas versi baru..

Ehehe..tajuk entry ni mcm best je.Sebenarnye ini pengalaman pertama naik bas di Terminal Bersepadu Selatan (TBS).Walaupun tidak la sehebat naik kapal terbang tapi ala-ala naik kapal terbang tau.


Sampai-sampai sahaja ke TBS ni aku dan suami sangat la kagum.Parking nye bukan simen biasa tapi acrylic (lantai kilat mcm kat shopping tu), itu baru parking.Kemudian kami pun masuk.Dah masuk kene la pergi toilet (kalo toilet best keinginan melabur aku tiba-tiba akan datang..kalo toilet tak best terus terpadam niat..ehehe).Wow..kat toilet dia ada sofa..tp tu pintu lain.Pintu satu lagi baru masuk ke bilik air yang betul..ehehe (bagi grand sikit intro).Masuk-masuk je ke tandas nye aku terus membuang.Kata orang tua (orang tua tu Kak Fazi yg tua setahun je drpd aku..dia katala..kira tua la tu) kalo kita membuang di tempat baru maknanye kita serasi dengan tempat tu.Aku tak pernah buang air besar kat pudu dulu,betul la tu aku tak serasi dgn pudu.Nasib baik pudu dh tutup..ehehe.


Kami pun terus menuju ke tempat membeli tiket.Wah..ada papan LED yg menunjukkan masa ketibaan dan masa berlepas.Macam kat airport.Up sikit taraf penumpang bas macam aku ni dengan kewujudan tempat begini.Aku pun tukar tiket sebab kene amik tiket yg ada bar code.Nak tukar tiket tu kene bagi kad pengenalan dgn no telefon.Payah jugak ye,macam nak bayar yuran exam pulak.Aku ikut jelah aturan itu tanpa banyak cakap.Oleh kerana tidak makan lunch lagi maka aku dan suami mencari-cari apa yang halal untuk di makan.Terlihat la kami kedai mamak di level 4.Oleh itu masuk kejap dan makan dulu.


Mee goreng (kongsi sebab aku kenyang lagi) dan air horlick ais yang sedap (termasuk muka aku sebagai penyedap rasa..ehehe)


Selesai makan kami dengan kalut cepat-cepat turun balik ke level 3.Orang kaunter tiket cakap kene berada di balai belepas 30minit sebelum bas bergerak.Jam suami ku menunjukkan pukul 3.45pm.Dengan berlari-lari anak dan horlick ais yang berkocak-kocak di perut turun la kami ke level 3 (naik tangga bergerak).Untuk ke balai berlepas di level 2 hanya aku sorang je yg boleh turun dan kerana aku la pembeli tiket.Dengan 2 buah beg ringan dan 1 beg yg berat (sebab ada mee hoon goreng,air masak sebotol,limau raya,biskut..berat tu) maka turun la aku ke balai berlepas di level 2.Nasib baik beg yg lagi 2 tu ringan.


Tiba di bawah aku pun bertanya bas aku ni nak naik di pintu mana??Orang di pintu 1 tu pun menjawap pintu 6.Bila aku lalu pintu 2 orang kat pintu 2 pun tanye soalan yang sama, kat pintu 3 pun soalan yang sama.Dan yang pasti jawapan aku 'takpe saya naik kat pintu 6'.Oleh sebab aku sorang-sorang yang boleh tunggu kat bawah ni maka melanguk la aku.Tapi sempat pose.


Tengok sekitar..ada tak pakwe lama...ahaha


Kat bawah ni tiket kami di scan..nak tau brapa org yg beli tiket kot.Dah scan nama kami pun di panggil dengan kuat.Yelah dia panggil sebab nak pulangkan tiket yg dh di scan.Takde sebab-sebab lain pun.


Balai berlepas..lelaki yang berdiri tulah yg amik tiket saya untuk di scan.
Nampak tak balai berlepas ni?Terasa macam nak tunggu penerbangan.Konon-konon lelaki yang amik tiket kami tu pramugara la.ehehe.Itulah pengalaman naik bas kali ni.Payah sungguh rasa.Sungguh banyak prosedur yg perlu dipenuhi.Tapi selesa la...itu yang penting.

Tiada ulasan: