Isnin, 3 Januari 2011

Cerita sedih saya..

Sedih adalah perkataan yang paling susah untuk wujud dalam diri saya.Walaupun setahun saya tidak dapat duduk bersama suami namun itu masih tidak cukup untuk mewujudkan perkataan sedih dalam diri.Walaupun saya kehilangan gelang pernikahan,hilang 2 jam yag diberi suami ia tetap juga tidak menerbitkan perkataan sedih.Namun kehilangan seseorang dalam hidup saya baru-baru ini telahpun mencipta satu rasa SEDIH yang masih kuat dalam diri saya.Hari ini genaplah 11 hari MAKTOK saya pergi meninggalkan saya.

Kali terakhir saya berjumpa maktok adalah 5/12/2010.Saya pulang ke rumah maktok di Pontian,Johor manakala suami saya balik ke kampung beliau di Sabak Bernam(beginilah hidup kami).Kata suami 'balik la kampung sebab kalau saya ikut dia balik Sabak Bernam nanti saya nak balik ke Kota Tinggi takut letih sebab hanya cuti hujung minggu'.Maktok masih sihat hari itu.Dia masih gagah dalam usianya 82 tahun.Teringat saya dia melambai saya sebelum saya hendak bergerak pulang ke Kota Tinggi.Tidak sangka itulah kali terakhir dia akan melambai saya.

Kata Cik Aced, maktok mula-mula demam pada 19/12/2010 dan tak nak makan.Dia cuma nak minum air suam sahaja.Kata maktok perut dia rasa berat,kalau makan pun mesti muntah keluar.Maktok hanya baring sepanjang hari.Kata Cik Aced kalau di ajak ke hospital dia tak nak.Namun bila keadaannya semakin teruk,dia di bawa juga ke hospital pada 22/12/2010.Sempat saya datang melawatnya di ICU Hospital Sultanah Aminah JB.Tapi maktok dah tak sedar.Kata doktor jantung maktok lemah,usus dia pun bengkak dan buah pinggang rosak.Jika buat pembedahan pun lagi akan menyeksa dia.Maktok hanya menunggu masa sahaja.Saya tak sanggup melihat keadaan maktok.Saya nak bercakap dengan dia di ICU tu pun tiada perkataan yang keluar,hanya air mata sahaja dan sedu sedan saya.Berat sungguh melihat maktok begitu.Saya hanya mampu memegang tangan maktok dan mencium nya.Pada saya mungkin ini kali terakhir tangan itu akan dapat saya cium.

Pada 23/12/2010 alat bantuan pernafasan maktok terpaksa dibuka kerana semua ubat yang disalurkan kepada beliau tidak lagi dapat diterima oleh tubuhnya.Hari itu saya tidak mampu untuk melihat maktok.Saya hanya duduk di rumah dan mengulang-ulang bacaan yassin.Air mata saya tak berhenti dari terus gugur bila teringat kan kedaan maktok.Akhirnya dalam jam 8.00 pm pergilah maktok saya meninggalkan kami semua.Jenazah maktok selesai diuruskan dan disembahyangkan di hospital sebelum dibawa pulang.Jenazah selamat tiba dirumah jam 12.30 mlm.

Mungkin pelik kenapa saya begitu beria sedih walaupun maktok hanyalah maktok.Jawapannya,ketika kecil maktok la yang menjaga saya.Dibandingkan dengan adik-beradik saya yang lain,sayalah yang paling lama berada di bawah jagaan maktok.Sayalah yang sibuk nak ikut maktok balik setelah abah dan mak balik kerja.Mungkin kerana inilah saya jadi terkesan dengan pemergian maktok.Semoga roh maktok dicucuri rahmat dan ditempatkan di dalam golongan orang-orang yg beriman.AMIN

Saya, maktok dan Uda di Hari Raya 2008
AL FATIHAH UNTUK ALLAHYARHAMAH RAHMAH BINTI ALI

1 ulasan:

azian berkata...

nan...
pemergian seseorang yg rapat dgn kita mmg amat memberi kesan yg mendalam....aku pun baru je kehilangan mak cik...anak atok aku yg duduk belakang umah mak aku tu...leukimia pada usia 18tahun...