Selasa, 6 Julai 2010

Bila Nani berangan lebih..

Sabtu semalam sempat berjalan-jalan ke KLCC.Lamanya tidak menjejaki kaki ke bangunan tertinggi ini.Objektif sebenar hendak menjadi pelawat di pameran ARCHIDEX2010.Part yang paling best sekali saya dan zafril sama-sama menaiki LRT ke KLCC.Lamanya tidak berebut-rebut menaiki kenderaan awam yang satu ini.Nasib baik kurang sesak,pergi dan balik kami masih dapat duduk di kerusi kosong (terasa kecik pula kerusi LRT ni, dulu macam ok jek..ke saya telah mengembang??huhu)

Macam-macam ada di pameran ini.Dari material untuk membuat bangunan,peranca pasang siap hinggalah kepada kerusi, langsir, kusyen dan karpet.Cantik dan unik sungguh.Bila dah mula kagum kita perlu tengok pula bahagian harganya.Sekali lagi kami kagum..MAHAL SUNGGUH!!Agaknya ini semua barang-barang yang hanya mampu digunakan di rumah-rumah geng Dato' K dan Dato' CT sahaja kot.Kalau setakat rumah apartment kecik duk diam-diam jelah.hehe.Ada bahagian yang mempamerkan bahan-bahan hiasan dinding.Zafril bila dan masuk bahagian hiasan pelik-pelik, langsir pelik-pelik,lampu pelik-pelik rimas katanya.Tapi saya suka..apa lagi ku heret laki ku ini juga.Sukanya dengan hiasan dinding seumpama wall paper ini:-
Ini jenis bunga-bunga,jenis tidak bunga pun ada tau..(http://www.stickjoy.com.my/)

Kata zafril, wall sticker macam ni nampak serabut. Kemudian nampak macam poyo. Saya pun tak tau la part mana yang macam poyo tu. Cun apa kan??

Biasalah kalau dah namanya pameran mestilah macam-macam free gift dapat.Zafril beria mengumpul pen free.Siap riak dia dapat pen cantik kat booth Nippon paint.Takpelah kata saya,saya punya beg free pun banyak dapat.hehe.Apa-apa pun mende yang saya paling suka di pameran ini ialah kabinet dapur dan bilik. Nasib baik tidak berapa kaya,kalau tak riak dah saya nak pasang kabinet grand.hehe


Nak mende macam ni pastikan kumpul duit dari sekarang ye..esk dah tua boleh la pasang..hehe

Cukup la tu berangan.Kesian zafril kene memenuhi angan-angan saya yang over ni.Dah la tu bukan rajin masak pun.hehe

Tiada ulasan: