Rabu, 7 Julai 2010

Hasil tangan malam tadi..

Alhamdulillah..
Semalam dapat aku menahan lapar dan dahaga dengan jayanya.Bebuka buat nasi goreng sardin.Sodap jugak nasi goreng sardin ni (sebenarnya dah takde rencah lain nak letak..hehe).Tepat pukul 7.17pm maka mulut ku pun menguyah nasi goreng sardin ini dengan berminumkan sirap sedap (sape lagi nak puji kalau tak diri sendiri).Kenyang sungguh, maklumla sedap...haha.

Lepas makan dan solat aku pun bukak la cerita Hotel Mania kat TV3.Walaupun tidak berapa jiwa ku layankan juga la.Husna (kawan sepenyewaan aku kat sini..alamak duit sewa belum bagi lagi) cuti seminggu sebab balik Kelantan.Oleh yang demikian tinggalah aku seorang (wah..macam lirik lagu).Bosan punya pasal aku pun menjahit sarung handphone sambil-sambil dengar siaran tv (nak tengok tak berapa jiwa katakan jadi dengar jelah).Jahit dengan tangan tau u all.Habis Hotel Mania siaplah satu hasil kerja tangan ku.
Pandangan hadapan

Pandangan belakang

Muka cookie monster dengan elmo tu dua-dua di letak kusyen.Oleh yang demikian kalo handphone terjatuh ada perlindungan tambahan untuk handphone anda.Untuk mendapatkan hasil kerja tangan ini, team aku akan bukak tempahan.Nantikan blog kerja tangan kami ye.Tapi kalo agak-agak dah teruja boleh mendapatkan info dari aku.Silalah tanya..tak sabar nak jawap..ahaha.

Tiada ulasan: