Sabtu, 28 Mei 2011

Jom makan aiskrim..

Oh aiskrim..awat la ko sodap..
Tak taulah dari keturunan mana tp aku sangat giler kat aiskrim.Tak kiralah aiskrim kayu ke,aiskrim dlm tupperware ke ataupun aiskrim malaysia.Pendek kata kalo ada iklan aiskrim je kat tv mesti aku rasa nk try.

Atas kegilaan aku itu suami pun turut terpengaruh.Masa beli barang2 rumah di carefour aritu kami dh terbeli 1 bekas aiskrim wall selection (double dutcht) dan jugak aiskrim mat kool.Rasa macam meroyan makan aiskrim pagi petang siang malam.Dan atas sebab aiskrim ni jugak la senang je suami aku di zaman pakwenye dlu nk pujuk kalo aku marah2 (zaman tak pakwe skrg ni pun jugak).

Pengalaman aiskrim yang paling hebat aku pernah alami adalah makan kat Baskin n Robbin di zaman anak dara dlu.Konon2 nak bagi mak dgn huda rasa aiskrim mahal.Akhirnya kami bertiga sahaja makan harganye dekat2 RM60.Uih..itulah kali pertama dan terakhir aku bg sorg satu cup aiskrim Baskin n Robbin.Lepas2 drpd tu aku beli satu cup je pastu semua kene kongsi..(bukan kedekut tp jimat..minyak dh naik skrg..alasan belaka)

Zaman tak anak dara pulak aku bawak izzat plak makan aiskrim Tutti Frutti (sebab suami x nak ikut dan dia ckp ngarut2 je nk mkn - Frutti Tutti tu dia kata ngarut).Untuk merasa jugak sebab dalam iklan kat majalah cakap Tutti Frutti ni less fat dan sihat.Maklumla diri ini kan nak menjadi sihat (walaupun dh berzaman aku cakap mende yg sama..alasan belaka jugak).Tutti Frutti memang sangat friendly user.Ko nak makan aiskrim apa ko amik je sendiri (ala..ala..Slupee kat 7E) pastu sebelum bayar ko nk dressing aiskrim ko dgn apa ko buatla.Nak letak coklat syrup ke,nak tabur kismis ke,nak letak buah ke..semua ada dan ko akan jadi sedikit giler memilih apa yg nk diletak (sebab aku dengan izzat giler time part letak2 mende ni).

Dah siap semua akhirnya aiskrim korang itu akan di timbang tara..aku lupa la 100gram dia kira berapa.Tapi apa2 pun..aiskrim kami tu bila ditimbang tara jumlah harganye ialah RM20..izzat membebel2 kat aku sebab katanye..'mahal tu kak..kalo aiskrim biasa xde sampai satu cup RM20'..aku pun balas..'ala..buat rasa2,bukan selalu pun' (dlm hati..mahal giler rupanye aiskrim kat sini).Nak tengok rupa aiskrim RM20..

Amik gambar jauh dlu sebab nak tunjuk bukti nama Frutti Tutti (takbur sungguh)

Pastu baru dekat skit..nmpk tak masmelow tu(aku x reti nak eja mende ni)?? aku dgn izzat duk berebut nak makan kapas span tu..ehehe

Tiada ulasan: