Khamis, 11 November 2010

Transformasi Kolej Komuniti..eh silap..Nur Hanani..hehe

Rajin pulak aku menulis di blog aku ni.Sebenarnya takdelah menulis pun.Lebih kepada tunjuk gambar je.Aku suka tengok gambar dan bergambar.Tapi tak berapa pandai nak posing..hehe.Atas minat aku ni maka gambar jelah yang banyak kat sini.Maaf la mata-mata yang terpaksa tengok..

Lepas kawin je badan aku yang tak berapa selim melim ni pun bertambah TIDAK selim jadinya.Entah la apa yang merasuk badan aku ni sampai semua lemak-lemak datang berkumpul.Baju-baju yang dulu kononnya besar tiba-tiba jadi ok pulak dipakai.Yang paling tragis tu makcik hubby menegur dengan serius tanpa senyum pun atas pertambahan saiz ku.Kalo org lain dia tegur sambil senyum-senyum,kira ok la.Takut pulak bila ada yang tegur dengan muka yang serius.Terasa memang betul la badan ku ini sudah over weight.Aaaahhhhh..apa nak buat ni??

Beberapa minggu lepas sambil-sambil mengemas almari baju di rumah sewa suami (almari kat rumah sewa aku selalu kemas..aku kan rajin..ahahah) ternampak pula baju nikah kami yang cun itu.Teringin pula nak try...jeng..jeng..jeng..baju itu telah tidak muat untuk di zip.Ni takpela sebab memang ramai yang dah menegur aku makin sihat.Part yang paling aku tak puas hati ialah baju hubby yang boleh dia pakai sama je macam masa nikah dulu.Seharian dia duk mengata baju dia masih muat tak macam baju aku (nak kata aku tak maintain macam dia la).Sekali lagi nak kata..aaaaahhhhhh...apa nak buat ni???

Ni gambar zaman anak dara..dagu runcing lagi walaupun takdelah banyak sangat keruncingannya..hehe

Baju nikah yang menjadi persoalan..awat time ni longgar je??ish..tak puas hati betul.


Awal-awal kawin..masih runcing lagi.Sekarang t-shirt ni dh semakin mengecil..kain tak elok ni..ahaha


Ni gambar paling terbaru..muka dah kurang runcing.Aku bagi gambar kurang clear supaya tak nampak sangat kebulatannya.

p/s:- Semua jabatan kerajaan sedang melakukan transformasi,aku pun sibuk jugak nak bertransformasi.Tak nak transformasi ni..nk yang lain..uhuhu

2 ulasan:

NADHIRAH NOR ZELAN berkata...

tu la sabo je la wweh...pakai PB la nyokong mama fazi hehheh tak pun pose je setahun hehheh aku pun sama tambah anak dah sorg naik semacaaam...buah mulut sedara sana sedara sini kwn sana kwn sini mmg tak leh ckp ler...meh nan sama2 kita berusaha...hobby suka masak dan makan ni susah la hehheh (alasan)

ha_nan berkata...

Aku ada niat jgk dgn PB tu tp nti dlu.Aku usaha secara manual sblm usaha berPB..hehe(walaupun tau payah nk usaha secara manual tu..eheh)