Sabtu, 16 April 2011

Azeem dan testimoninya..

Azeem bagi testimoni terhadap TAHAP KEPUASAN DIA SEMASA AKU DAN SUAMI MENJADI PENGASUH. Berikut adalah testimoni beliau..(beliau adalah anak sedara aku yg baru berumur 4 tahun):-

TESTIMONI 1:
Peti ais kat umah pak itam best..
(pd hal peti ais umah aku ni satu pintu je,kecik cinonit ntah mana yg best..tp bila di kaji-kaji baru perasan..ADA BANYAK FRIDGE MAGNET yg dia main susun-susun masa nak tunggu aku siap..main fridge magnet tu pun dh menjadikan dia melabel peti ais umah aku ni best)

TESTIMONI 2:
Abang mandi td mak itam mandikan abang,best mak itam mandikan abang..
(aku pun tak tau apa yg best..mungkin syampoo yg aku guna, shower gel PAMOLIVE yg wangi itu atau pun air shower umah kami yg tak guna pemanas..masih belum dapat jawapan lagi)

TESTIMONI 3:
Mak itam buat karipap sedap..
(pd hal aku amik daripada plastik yang suami aku bawak pastu masuk dalam pinggan je bagi si Azeem ni makan..agaknye nampak macam aku busy-busy kat dapur masak air apa semua dia ingat aku busy buat karipap..rajin sungguh la aku nak buat karipap lepas balik keje..huhu)

p/s:Testimoni ini di sampaikan oleh kakak ipar aku kepada suami aku sebab macam tak caya kami ni sehebat itu..Aku pun tak caya..ahaha.

Tiada ulasan: