Isnin, 15 Ogos 2011

Cik Acid..aku dan lain-lain..

Minggu lepas selamat sudah pakcik aku menjalani pembedahan. Dia ada ketumbuhan kat area antara mata dengan hidung.Tapi takde operation yang kene bedah2..cuma alat lalu dlm hidung untuk buang ketumbuhan tu. Ni boleh kira bedah ke??Kalo tak kira bedah nak kira apa ye??Lu kira la sendiri..ehehe.

Aku, cik acid dan Arham (anak cousin aku)
Tiap-tiap malam lepas dia dah semakin ok aku dan en.Bob dtg menjenguk. Sebelum dia ok, adik aku Ehsan yg stay hospital jaga dia. Pakcik aku ni solo jd aku dan adik2 aku la anak sedara harapan yang dia ada. Anak2 sedara lain sekolah lagi. Takpela, jodoh belum muncul. Part yang paling aku tak sangka dia boleh tinggal duit kat kipas angin bilik yg kitorang tempatkan dia. Patut aku nk salam hulur duit kat dia, dia tak nak. Dia ingat aku nk pulang semula duit kat dia kot.

(Ish..nak masukkan gambar cik acid sorang-sorang xleh pulak.Kang letak gambar aku jd lain pulak.Terlebih glamer gitu)

Tujuan aku tulis mende ni adalah bukan nak promote pakcik aku ni. Aku menulis ni sbb saje nk promote kebaikan aku.ehehe.Takdela..sebenarnya nak bagitau ada mende yang kita hnya boleh menyumbang dengan skala yang kecil. Kalo itu yang termampu kita buat sumbangkan la. Orang-orang tua yang ada di sekeliling kita mungkin akan pergi esok lusa. Semoga sumbangan yang tidak seberapa ini tidak menjadikan aku terkilan atas apa2 perkara pun.

Tiada ulasan: