Isnin, 31 Mei 2010

Saya ada hobi baru..

Hai,
Seronok melihat blog-blog jahitan (antaranya ada saya tampal kat tepi ni).Saya teringin nak buat untuk diri sendiri.Oleh kerana terlalu taksub saya telah mengajak suami saya mencari bahan-bahan untuk memulakan aktiviti jahitan ini. Kerana kesian agaknya suami pun mengikut kehendak saya, maka bermulalah perjalanan kami ke kedai barang-barang kraftangan(suami ikut sahaja,kesian sungguh..hehe).Untuk projek pertama saya, saya ingin mulakan dengan menjahit hiasan pada selendang yang saya telah beli.Selendang harganya RM10 sahaja.Saya ingin 'transform' selendang ini menjadi sebagaimana selendang dipakai oleh Farah Adeeba di bawah ini (tapi tidak semeriah inilah)
Tak tau kenapa saya suka tudung begini


Ini selendang dan aksesori yang saya beli bersama suami
(tunggu ye hasil kerja jahitan pertama saya pada selendang ini)

Saya menggila di kedai kraftangan, butang pun saya terbeli..hehe


Saya tidak sabar untuk memulakan hobi baru ini.Nantikan hasil tangan pertama saya ye..(kalau hasil tidak saya keluarkan di sini maknanye tak menjadilah tu..hehe)

3 ulasan:

sitinorafizah berkata...

i like....heheheeh all the best eh..

Tanpa Nama berkata...

salam, kt mana kedai kraftangan utk dptkan bahan2 keliling tudung tu ya...

ha_nan berkata...

Barang-barang nk jahit keliling tudung ni mula-mula dlu crk kat kedai kraf dalam Semua House..tapi kalo rajin g Kedai Bunga Riben lagi byk pilihan (kat Jalan TAR, sebelah Nagoya)