Selasa, 25 Mei 2010

Bersyukurkah kita??

Bertemu lagi..
Tidak sempat saya hendak menulis kebelakangan ini.Sibuk menyelesaikan tugas-tugas hakiki saya dan inilah kesempatan yang ada dan dapat saya menulis di sini.Kali ini saya hendak bercerita mengenai syukur..

Syukur pada saya adalah cara kita berterima kasih dengan setiap kurniaan daripada pencipta kita.Tidak kiralah perkara yang berlaku pada kita itu sesuatu yang besar ataupun kecil.Saya merupakan seorang isteri yang bekerja di Johor (tempat saya ni jauh dari exit tol jadi nak sampai amatlah lama perjalanannya) manakala suami saya bekerja di Kuala Lumpur (tol ada di mana-mana..hehe).Atas faktor ini saya hanya akan bertemu suami saya seminggu sekali ataupun dua minggu sekali (bergantung pada budget dan beban kerja semasa saya).Kadang kala saya sering terpikir..penatnya kehidupan begini.Saya pernah menangis semasa solat mengadu keadaan saya ini pada-Nya (alamak..air mata saya tiba-tiba gugur pula).Saya tidak menyalahkan setiap kurniaan Allah pada saya kerana jauh di dalam hati saya setiap kurniaan Allah itu adalah yang terbaik untuk kita.Tapi apa yang saya adukan hanyalah luahan rasa saya pada Dia kerana dia lebih paham luahan saya itu (kalau cerita kat kawan-kawan mereka salah tafsir lagi payah).

Mungkin kerana luahan hati saya terus kepada Dia, saya mendapat petunjuk betapa saya ini perlu amat bersyukur dengan setiap perkara yang ada dan terjadi pada saya.

Kejadian pertama berlaku semasa saya mengikuti satu kursus di Kuala Lumpur.Oleh kerana kursus yang berlangsung hampir 4 hari maka semua peserta kursus telah hampir mengenali antara satu sama lain.Salah seorang rakan kursus saya ini bercerita tentang kehidupan beliau yang mana beliau bekerja di Langkawi manakala suami beliau di Sabak Bernam.Bila saya bertanya tentang bagaimana perjalanan bertemu suami rupa-rupanya beliau perlu menaiki kapal terbang dari Langkawi kemudian turun di LCCT.Kemudian singgah di rumah saudara untuk bermalam dan keesokkannya baru beliau pulang ke tempat suaminya di Sabak Bernam.Sungguh jauh perjalanan beliau jika dibandingkan dengan saya kan??Mungkin beliau lebih penat berbanding dengan saya.

Kejadian kedua pula berlaku semasa saya menjalankan tugas hakiki saya di Kluang.Saya bertemu dengan rakan sekerja saya yang mana turut mempunyai suami yang duduk jauh dari beliau.Beliau bertugas di Segamat manakala suami dan anaknya berada di Sabah.Kata beliau setiap 2 minggu sekali beliau akan balik untuk bertemu kedua-dua insan kesayangan beliau ini. Cuba bayangan dari Segamat beliau perlu ke lapangan terbang terdekat (apa lapangan yang terdekat ye??Senai macam jauh..KLIA pun macam jauh jugak..).

Pada ketika ini saya teringat luahan rasa saya kepada pencipta saya.Mungkin inilah yang Dia cuba tunjukkan kepada saya.Jika saya terasa penat selama ini, ada yang lagi penat dari saya.Betapa saya bersyukur dengan apa yang Allah telah kurniakan.Oleh sebab itu bila permohonan perpindahan saya tidak disokong saya cuba menenangkan suami saya dengan berkata bahawa kita sedang diuji, mungkin ada yang lebih baik untuk kita nanti.Bagi kawan-kawan, janganlah kasihankan kami kerana duduk jauh dari suami tapi temankan kami (bukan tiap masa tapi kalau ada aktiviti ajak la)supaya kami tidak rasa kami jauh dari suami (kami tu mewakili orang-orang yang suami jauh..huhu).

Marilah kita panjatkan kesyukuran bersama-sama..

2 ulasan:

Nur Faziha berkata...

Good entry..! Jom bersyukur..! I nak ke JB malam nie sorang jer, tapi jumpa client.. bukan nak beroye-oye... huhuhu... kalau tak, I dah ajak dah you..! ehehe..

ha_nan berkata...

Aktiviti u tu keje.Kalo beriadah gumbira ria nk jugak den ikut.hehe.