Selasa, 31 Julai 2012

Setahun sudah berlalu..

Bila membelek-belek gambar..terjumpa gambar ini


Tahun lepas (2011)..



Baru-baru ini (2012)...





Cepat sungguh masa berlalu..semoga terus membesar sebagai juara.
(Semoga aku juga dapat harta yang berharga ini suatu hari nanti..AMIN)


Love..
Mak Long

Khamis, 12 Julai 2012

Ramadhan bakal muncul..yeah..yeah

Salam..
Lama tidak muncul. Tiada album baru atau gossip terkini yang best utk di share..ehehehe(perasan glamer giler).  Oleh kerana muncul agak sekejap2 maka rasa di saat2 free ini nk mengucapkan selamat bersedia menghadapi Ramadhan. Syukur kita masih bernyawa utk bertemu dengan Ramadhan..(harap2 esok lusa ada nyawa lagi hendaknye sbb Ramadhan lagi seminggu)

Jika tahun lepas saya telah berusaha sebaiknya menyediakan diri utk berRamadhan sebagai tukang bgn sedia sahur dan berbuka yg berjaya (sebelum itu suami dan saya tinggal berjauhan)..tahun ini sy juga ingin cuba utk bersedia perkara yg sama walaupun perjalanan pulang kerja makin bertambah jauh sedikit jaraknya. Yee..saya akan berusaha!!! (adoi..terasa penat pulak selepas taip perkataan berusaha beserta tanda seruan itu..huhuhu)

KEPADA ANDA SEMUA
Selamat Menjalani Ibadah Puasa
Mohon Ampun dan Maaf andai
ada salah dan silap

p/s: Andai panjang umur kita ketemu lagi Syawal nanti..love you..

Ahad, 10 Jun 2012

Our sweet little paradise (Eps.4)

Entry ini khas nak cerita pasal langsir. Ingat tak langsir Nagoya yang saya tempah secara solo? Inilah hasil langsir saya itu. Set langsir hanya melibatkan ruang tamu, bilik tetamu dan bilik tidur utama. Day curtain untuk ruang tamu dan bilik tetamu kami beli di ikea je. Dah siap jahit sepasang baru RM10, kira ok dan tak payah nak pikir2. Untuk day curtain bilik tidur utama den belajar jahit sendiri..walaweih..hebat tu (puji diri sendiri).
Material langsir bilik utama yang dipilih di Nagoya..tidur tak sedar dah siang
Day curtain yg jarang tu aku jahit sendiri..hebat kan aku..ahahaha
Langsir bilik tidur utama yang siap dipasang
Design langsir untuk ruang tamu dan bilik tetamu..pilihan solo ni
Bilik tetamu kami..yeaaa..berjaya beli sofa bed idaman
Langsir ni pun aku jahit sendiri jugak...kene letak besar sikit bagi riak..hehehe. Ini untuk bilik baju jd day curtain kami tak letak..save budget skit.

Begitulah cerita langsir rumah kami. Semua material beli dan tempah di Nagoya. Berbaloi kalau nk buat langsir baru. Pilihan kain yang kami buat pastinya yang cahaya tak tembus. Sila angkat kain ke arah cahaya masa tengah memilih kain..agak2 tak nampak cahaya yang lepas itulah langsir yang best untuk rumah anda. Bagus tak tips..sila tiru jika berminat.hehehe

Our sweet little paradise (Eps.3)

Setelah tunggang terbalik mengemas rumah sewa..hantar barang sikit2 ke rumah baru..bergaduh-gaduh manja sebab tak jumpa barang kerana semuanya telah di packing..akhirnya 1 Mei 2012 pindah la kami ke Batu Caves..goodbye Wangsa Maju.

Pengajaran sepanjang sesi perpindahan ini...MAKCIK PONAT NAK OIII...TAK NAK PINDAH UMAH DAH...HUHUUHUU
Tak tau nak mulakan kemas dari mana..penatnye..

Jumaat, 20 April 2012

Maafkan saya..

Kejadian semalam masa drive sorang2 on the way sebelum smpai umah (mengelamun sambil berfikir)..

Aku pernah dengar ustaz kat radio cakap kalau kita ada dosa dengan manusia itu mungkin salah satu sebab rezeki kita tersekat. Rezeki yg satu ini aku rasa sangat susah utk smpai kepada aku..ya betul rezeki mendapat anak. Dengan siapakah aku berdosa??? Wahai manusia itu..andai aku berdosa maafkanlah. Andai aku tersalah kata ampunkanlah. Semoga rezeki ku dipermudahkan...(doakanlah ye).

p/s: Jangan la tanye bila nak dpt anak..cepatla dpt anak..aku tak boleh nk jawap. Doakanlah yg terbaik utk aku..AMIN.
p/s 2: Fobia nk g kenduri pastu jmpa sedara mara belah aku.


Ke mana kau pergi..kembalilah

Mana kau menghilang...

Wahai kaki yang panjang..

Wahai lengan yang runcing..

Wahai dagu yang tajam..


KEMBALILAH...


kerana kami amat merindui mu....huhuhuhu

Isnin, 12 Mac 2012

Pejam celik..pejam celik..

Bila di tengok-tengok balik dah 3 Kolej aku keje..umur bekerja baru nak masuk 5 tahun. Nak buat mcm mana..kolej pertama aku keje sebelum aku kawin..kolej kedua sebab buat rayuan nak duduk dekat dgn suami, dia bagi la duduk keje kejap..yang ketiga ni barulah dapat pindah terus. Harap-harap xde apa-apa masalah disini. Ketiga-tiga tempat ni ada keistimewaan masing-masing dan juga sifat yang tersendiri. Part yang paling jelas keistimewaannya ialah laluan untuk sampai ke tempat keje. Inilah laluan kerja aku dulu hingga yang terkini..enjoy..

Kolej Komuniti Bandar Penawar, Johor

Aman seadanya ia


Kolej Komuniti Selayang, Selangor


Sibuk sebagaimana biasanya ia


Kolej Komuniti Hulu Selangor, Selangor



Mencabar namun tenang ia

p/s: Saya sangat bangga dengan pengalaman ini. Laluan-laluan ini sama macam laluan hidup kita..semoga kita sentiasa tabah melaluinya.