![]() |
| Kalau tengok jam besar kat belakang tu dah hampir pukul 12..sila jgn tertipu..12 mlm tu ye bkn tengah hari..(muka maintain u olllsss) |
Selasa, 4 September 2012
Mood Hari Raya
Sana sini gambar raya..sebab dengki aku nak jugak upload gambar raya aku. Bila di renung2 ini aje rupanye gambar raya yg aku ada. Hmmm..ah..tak kira..misi menunjuk tetap diteruskan..
Selasa, 31 Julai 2012
Setahun sudah berlalu..
Bila membelek-belek gambar..terjumpa gambar ini
Tahun lepas (2011)..
Baru-baru ini (2012)...
Cepat sungguh masa berlalu..semoga terus membesar sebagai juara.
(Semoga aku juga dapat harta yang berharga ini suatu hari nanti..AMIN)
Love..
Mak Long
Tahun lepas (2011)..
Baru-baru ini (2012)...
Cepat sungguh masa berlalu..semoga terus membesar sebagai juara.
(Semoga aku juga dapat harta yang berharga ini suatu hari nanti..AMIN)
Love..
Mak Long
Khamis, 12 Julai 2012
Ramadhan bakal muncul..yeah..yeah
Salam..
Lama tidak muncul. Tiada album baru atau gossip terkini yang best utk di share..ehehehe(perasan glamer giler). Oleh kerana muncul agak sekejap2 maka rasa di saat2 free ini nk mengucapkan selamat bersedia menghadapi Ramadhan. Syukur kita masih bernyawa utk bertemu dengan Ramadhan..(harap2 esok lusa ada nyawa lagi hendaknye sbb Ramadhan lagi seminggu)
Jika tahun lepas saya telah berusaha sebaiknya menyediakan diri utk berRamadhan sebagai tukang bgn sedia sahur dan berbuka yg berjaya (sebelum itu suami dan saya tinggal berjauhan)..tahun ini sy juga ingin cuba utk bersedia perkara yg sama walaupun perjalanan pulang kerja makin bertambah jauh sedikit jaraknya. Yee..saya akan berusaha!!! (adoi..terasa penat pulak selepas taip perkataan berusaha beserta tanda seruan itu..huhuhu)

KEPADA ANDA SEMUA
Selamat Menjalani Ibadah Puasa
Mohon Ampun dan Maaf andai
ada salah dan silap
Ahad, 10 Jun 2012
Our sweet little paradise (Eps.4)
Entry ini khas nak cerita pasal langsir. Ingat tak langsir Nagoya yang saya tempah secara solo? Inilah hasil langsir saya itu. Set langsir hanya melibatkan ruang tamu, bilik tetamu dan bilik tidur utama. Day curtain untuk ruang tamu dan bilik tetamu kami beli di ikea je. Dah siap jahit sepasang baru RM10, kira ok dan tak payah nak pikir2. Untuk day curtain bilik tidur utama den belajar jahit sendiri..walaweih..hebat tu (puji diri sendiri).
![]() |
| Material langsir bilik utama yang dipilih di Nagoya..tidur tak sedar dah siang |
![]() |
| Day curtain yg jarang tu aku jahit sendiri..hebat kan aku..ahahaha |
![]() |
| Langsir bilik tidur utama yang siap dipasang |
![]() |
| Design langsir untuk ruang tamu dan bilik tetamu..pilihan solo ni |
![]() |
| Bilik tetamu kami..yeaaa..berjaya beli sofa bed idaman |
![]() |
| Langsir ni pun aku jahit sendiri jugak...kene letak besar sikit bagi riak..hehehe. Ini untuk bilik baju jd day curtain kami tak letak..save budget skit. |
Begitulah cerita langsir rumah kami. Semua material beli dan tempah di Nagoya. Berbaloi kalau nk buat langsir baru. Pilihan kain yang kami buat pastinya yang cahaya tak tembus. Sila angkat kain ke arah cahaya masa tengah memilih kain..agak2 tak nampak cahaya yang lepas itulah langsir yang best untuk rumah anda. Bagus tak tips..sila tiru jika berminat.hehehe
Our sweet little paradise (Eps.3)
Setelah tunggang terbalik mengemas rumah sewa..hantar barang sikit2 ke rumah baru..bergaduh-gaduh manja sebab tak jumpa barang kerana semuanya telah di packing..akhirnya 1 Mei 2012 pindah la kami ke Batu Caves..goodbye Wangsa Maju.
Pengajaran sepanjang sesi perpindahan ini...MAKCIK PONAT NAK OIII...TAK NAK PINDAH UMAH DAH...HUHUUHUU
Pengajaran sepanjang sesi perpindahan ini...MAKCIK PONAT NAK OIII...TAK NAK PINDAH UMAH DAH...HUHUUHUU
![]() |
| Tak tau nak mulakan kemas dari mana..penatnye.. |
Jumaat, 20 April 2012
Maafkan saya..
Kejadian semalam masa drive sorang2 on the way sebelum smpai umah (mengelamun sambil berfikir)..
Aku pernah dengar ustaz kat radio cakap kalau kita ada dosa dengan manusia itu mungkin salah satu sebab rezeki kita tersekat. Rezeki yg satu ini aku rasa sangat susah utk smpai kepada aku..ya betul rezeki mendapat anak. Dengan siapakah aku berdosa??? Wahai manusia itu..andai aku berdosa maafkanlah. Andai aku tersalah kata ampunkanlah. Semoga rezeki ku dipermudahkan...(doakanlah ye).
p/s: Jangan la tanye bila nak dpt anak..cepatla dpt anak..aku tak boleh nk jawap. Doakanlah yg terbaik utk aku..AMIN.
p/s 2: Fobia nk g kenduri pastu jmpa sedara mara belah aku.

Ke mana kau pergi..kembalilah
Mana kau menghilang...
Wahai lengan yang runcing..
KEMBALILAH...
kerana kami amat merindui mu....huhuhuhu
Langgan:
Catatan (Atom)