Jumaat, 29 Julai 2011

Hatiku sayu...

Salam..
Ramadhan bakal muncul.Rindu sungguh menunggu kedatangan ramadhan kali ini. Buat julung2 kalinya aku akan menyambut ramadhan sebagai seorg tukang masak utk berbuka merangkap utk sahur, tukang kejut bgn sahur (laki aku tak yakin part ni sbb kalo bgn g keje pun dia yg kejut aku) dan tukang shopping2 barang dapur (ni thn lepas pun aku dh dilantik dh).


Nape aku ckp mcmtu??Kan thn ni aku 1st time dapat duk sekali dgn en.bob.Dia dh order mcm2 dh kat aku.Ingat aku pandai sgt agaknye..aku dngr kn aje.Tahun ni jgk kalo umur panjang aku akan beraya sebagai cucu yatim piatu.Maktok dgn paktok aku dh meninggal awal thn ni.Bila ingat2,rindu sungguh pd maktok sbb maktok geng dgn aku. Tulah part sedih. Ketika menulis ni pun hati aku dh rasa sayu.

Raya pulak buat julung2 kalinya en.bob ckp lepas balik Melaka terus nk balik Sabak Bernam. Aku nk balik Johor jgk. Walaupun maktok dgn paktok xde tapi aku nk ziarah kubur diorg gak. En.bob kata kalo balik Johor nanti balik Sabak dh xde sape.Semua adik beradik dia dh balik umah masing2 raya kedua. Sampai ke hari ini kami masih menangguhkan lagi perbincangan balik raya ni.Komplikated sungguh keputusan yg perlu diambil.

Atas sebab ke 'komplikatetan' itu maka aku nak stop dulu la kat sini. Komplikated jadi otak ni nak pikir ayat2..hehe.

p/s: Kepada yang rindu hasil tulisan aku, sorilah. Sekarang agak bz sedikit menguruskan kerja2 yg diberi. Aku kan penurut perintah yg berjaya.huhu

Jumaat, 1 Julai 2011

Aku sahut cabaran itu...ahaha!!! (ketawa raksasa yang telah dialih bahasa)

Salam..
Aku malas nak tunjuk gambar2 cun aku zaman dolu2. Nanti kalo aku riak kat sini korang banding kan pulak..eh..eh..kurus la ko dulu..(ayat standard yg selalu aku dengar). Tapi oleh kerana menyahut cabaran sahabat baik lama (sekarang pun sahabat baik lagi)..aku carik jugak la gambar cun aku (sila tarik nafas dalam2 sebelum scroll ke bawah).

-


-

-

-

-

-

-

-

-

-

-


-

(iklan jap sebelum aku jumpa gambar ayu paling ganas abad ini)

Aku konon-konon nak ajak laki aku amik gambar santai hujung minggu lepas..ala gmbr mcm budak2 zaman skrg slalu amik guna hp tu dan nampak cute. Sebelum sampai umah orang kawin dan sebelum mekap aku cair, aku pun sibuk suruh laki aku posing. Dah abis check kiri kanan dan kompem xde orang tgk (kang dia kata kita poyo plak amik gambar tepi lif) sambil aku pegang handphone maka dapat la gambar2 ini(ala..murah je handphone nye jd gmbr pun ala2 clear)..Ini lah hasilnye..manatau ini boleh kira gambar wanita melayu terakhir (kira tak Irah??)

Aku suruh en.suami posing elok2 dia xnak plak..

Ni pun sama..buat muka jgk..

 
Ni last sekali..kalo x nak join jgk malas nak ajak dh..

Bila aku tak ajak sibuk pulak dia nyibuk blakang gambar aku yg ayu ni
Aku rasa cukup ayu dah gambar2 ni, tapi x nak la jadikan gambar penyertaan. Gambar penyertaan paling hebat tentulah yg ini:-



-


-


-



-


Amacam..ganas x gambar ayu aku ni??(geli plak tgk gmbr aku gedik2 ni..ehehe)
p/s:Irah??..aku nak menang tmpt pertama tau..

Selasa, 21 Jun 2011

Saya di tulis di dalam blog orang lain..

Salam..
Buat julung2 kalinya mak rasa glamer sebab ada orang sudi masukkan dan tulis nama mak dalam blog diorang.Blog mana yang sanggup tulis pasal mak tu??dia ni lah...dia tulis di bawah tajuk kursus jahitan felt [hari pertama]. Ada gambar i lagi nyah..cuma kureng cun sikit.Aku rasa aku sudah semakin kurang cun sekarang...comel lebih..ahaha (ayat cover diri).

Bukan tu sahaja kehebatan yang aku nak story kat sini.Belek punye belek rupa2nye si dia ini merupakan follower kepada kawan ku si cik pia. Alangkah kecik dunia ini kan..Itu jelah perkara hebat yang aku nak share.Sebenarnye xde idea nak mengarut petang2 ni.

p/s: Silalah berasa bangga kerana aku me'link' anda2 dalam blog ini.

Ahad, 5 Jun 2011

Citer lama..

Ini adalah kisah lama yang aku selalu nak citer kat sini tapi bukti untuk citer ni en.suami tak bagi2 kat aku (aku guna kamera dia pastu gambarnye dia save kat pc opis dia pulak). Akhirnya setelah sekian lama dapat jugak aku me'riak'kan diri di sini.

Apa citernye??Meh tgk gambar dulu pastu baru aku story mory..

Sepit bunga kecil untuk si kecil..(kalo maknye nak pinjam untuk letak kat shawl pun bleh)

Sepit bunga besar sikit..(sama jugak..anak boleh guna mak pun boleh pinjam..)

Yang ni boleh guna untuk gantung dalam kete ayah (abang nak amik gantung kat beg pn bleh..nk bg awek lg boleh)

Sedia untuk bertolak ke Johor..

Mende-mende yang aku buat ni sebenarnya untuk jualan di konvokesyen Kolej Komuniti Zon Johor 2011. Aku buat untuk pesta konvokesyen tu. Tapi belum sempat sampai ke tapak konvo kawan aku ckp dh nak abis dijual di opis. Mende2 ni bukan sahaja boleh diguna untuk sepit rambut tetapi juga untuk hiasan masa pakai shawl. Kata membe aku ada lagi org nak tempah sepit rambut bunga tu, tp masalah nye aku tak sempat nak mulakan produksi. Sorilah kawan..sedikit bz di tempat keje baru dan dirumah sendiri.

p/s: Tak sabar nak masuk umah baru pastu nanti nak ada bilik jahitan..En.suami dah beli meja jahit untuk diri ini pastu hj.sariman pulak bg mesin jahit yg ada pedal kaki tu..yahoo..nanti boleh jahit2..

Khamis, 2 Jun 2011

Bekerjalah dengan sabar..

Semalam aku pulang dari kerja dengan badan yang sangat letih.Dah 3 hari handle short course AUTOCAD untuk pelajar2 SMK Bukit Indah jadi badan rasa ponat bonar. Hari ni last day dan harap2 budak2 senang nak di handle.

Dalam perjalanan pulang aku pun duk tukar2 siaran radio.Bosan bila dengar penyampai banyak sangat bercakap dan iklan yg berbagai2 tu.Tengah sibuk tangan menekan button2 radio dlm kete tiba2 duk dengar la ustaz radio IKIM bercakap.Nak tekan button lain hati tak sanggup sebab teringat cakap ustaz dalam satu ceramah agama..'kenapa kita perlu lari dari ilmu yang berguna sedangkan ilmu itulah yg nanti akan meneman kita di sana(sana tu paham2 la)??..'

Ustaz IKIM tu kata dalam radio tu..kerja yang dilakukan dengan benar serta tidak mengeluh akan dapat menghilangkan dosa2 kecil kita.Oleh yang demikian bersyukur la kita kerana diberi kerja dan mempunyai pekerjaan.Walaupun seberat mana pun kerja itu ingat la bahawa Allah sentiasa memberi balasan kepada hambanya yang sabar.Di situlah akan wujudnya keberkatan di dalam hidup kita(ustaz tu cakap aku tolong taip je..).

Bila dengar je kata ustaz ni aku terpikir kejap..walaupun banyak macam mana pun kerja aku,aku berazam untuk tak nak mengeluh.Disebalik penatnya bekerja itu ada keampunan atas dosa2 aku dan keberkatan dalam hidup aku.Marilah kita bersyukur dan bersabar dalam melakukan pekerjaan kita.

p/s:Agak2 korang makin bermotivasi tak nak bekerja??

Sabtu, 28 Mei 2011

Bakat terpendam..

Setelah lama tidak balik ke Melaka akhirnya aku berpeluang jugak untuk pulang..
Kali ni aku balik sebagai seorang 'tua' yang bertajuk mak long.Setelah berjaya dengan ini dan juga hanya sempat tengok org dukung aje time ni..(nenek2 dgn atok2 semua excited..mak long duk diam2 jelah tgk-termasuk tak berani sebab kecik sgt..huhu).Juga tidak dilupakan koleksi kesayangan yg ini.Auntie nani tak kan lupa kamu semua..rindunya...

Akhirnya mak long berjaya juga mengasah bakat memegang baby..hehe.Ingat janji mak long nak dukung kamu..mak long dah tunaikan dah.Tahniah untuk diri ini..(riak sedikit walaupun org lain tak heran pun dapat pegang baby).

TAHNIAH MAK LONG NANI!!!(tepuk tangan ramai2)
Nampak berat sungguh pipi di atas ni (kata Irfan di dalam hati)

Face of the proud aunt and uncle..(sebab dpt anak sedara..kalo dpt anak sendiri aku tak tau la riak tahap mana pulak muka mereka ini)

Jom makan aiskrim..

Oh aiskrim..awat la ko sodap..
Tak taulah dari keturunan mana tp aku sangat giler kat aiskrim.Tak kiralah aiskrim kayu ke,aiskrim dlm tupperware ke ataupun aiskrim malaysia.Pendek kata kalo ada iklan aiskrim je kat tv mesti aku rasa nk try.

Atas kegilaan aku itu suami pun turut terpengaruh.Masa beli barang2 rumah di carefour aritu kami dh terbeli 1 bekas aiskrim wall selection (double dutcht) dan jugak aiskrim mat kool.Rasa macam meroyan makan aiskrim pagi petang siang malam.Dan atas sebab aiskrim ni jugak la senang je suami aku di zaman pakwenye dlu nk pujuk kalo aku marah2 (zaman tak pakwe skrg ni pun jugak).

Pengalaman aiskrim yang paling hebat aku pernah alami adalah makan kat Baskin n Robbin di zaman anak dara dlu.Konon2 nak bagi mak dgn huda rasa aiskrim mahal.Akhirnya kami bertiga sahaja makan harganye dekat2 RM60.Uih..itulah kali pertama dan terakhir aku bg sorg satu cup aiskrim Baskin n Robbin.Lepas2 drpd tu aku beli satu cup je pastu semua kene kongsi..(bukan kedekut tp jimat..minyak dh naik skrg..alasan belaka)

Zaman tak anak dara pulak aku bawak izzat plak makan aiskrim Tutti Frutti (sebab suami x nak ikut dan dia ckp ngarut2 je nk mkn - Frutti Tutti tu dia kata ngarut).Untuk merasa jugak sebab dalam iklan kat majalah cakap Tutti Frutti ni less fat dan sihat.Maklumla diri ini kan nak menjadi sihat (walaupun dh berzaman aku cakap mende yg sama..alasan belaka jugak).Tutti Frutti memang sangat friendly user.Ko nak makan aiskrim apa ko amik je sendiri (ala..ala..Slupee kat 7E) pastu sebelum bayar ko nk dressing aiskrim ko dgn apa ko buatla.Nak letak coklat syrup ke,nak tabur kismis ke,nak letak buah ke..semua ada dan ko akan jadi sedikit giler memilih apa yg nk diletak (sebab aku dengan izzat giler time part letak2 mende ni).

Dah siap semua akhirnya aiskrim korang itu akan di timbang tara..aku lupa la 100gram dia kira berapa.Tapi apa2 pun..aiskrim kami tu bila ditimbang tara jumlah harganye ialah RM20..izzat membebel2 kat aku sebab katanye..'mahal tu kak..kalo aiskrim biasa xde sampai satu cup RM20'..aku pun balas..'ala..buat rasa2,bukan selalu pun' (dlm hati..mahal giler rupanye aiskrim kat sini).Nak tengok rupa aiskrim RM20..

Amik gambar jauh dlu sebab nak tunjuk bukti nama Frutti Tutti (takbur sungguh)

Pastu baru dekat skit..nmpk tak masmelow tu(aku x reti nak eja mende ni)?? aku dgn izzat duk berebut nak makan kapas span tu..ehehe