Ahad, 5 Jun 2011

Citer lama..

Ini adalah kisah lama yang aku selalu nak citer kat sini tapi bukti untuk citer ni en.suami tak bagi2 kat aku (aku guna kamera dia pastu gambarnye dia save kat pc opis dia pulak). Akhirnya setelah sekian lama dapat jugak aku me'riak'kan diri di sini.

Apa citernye??Meh tgk gambar dulu pastu baru aku story mory..

Sepit bunga kecil untuk si kecil..(kalo maknye nak pinjam untuk letak kat shawl pun bleh)

Sepit bunga besar sikit..(sama jugak..anak boleh guna mak pun boleh pinjam..)

Yang ni boleh guna untuk gantung dalam kete ayah (abang nak amik gantung kat beg pn bleh..nk bg awek lg boleh)

Sedia untuk bertolak ke Johor..

Mende-mende yang aku buat ni sebenarnya untuk jualan di konvokesyen Kolej Komuniti Zon Johor 2011. Aku buat untuk pesta konvokesyen tu. Tapi belum sempat sampai ke tapak konvo kawan aku ckp dh nak abis dijual di opis. Mende2 ni bukan sahaja boleh diguna untuk sepit rambut tetapi juga untuk hiasan masa pakai shawl. Kata membe aku ada lagi org nak tempah sepit rambut bunga tu, tp masalah nye aku tak sempat nak mulakan produksi. Sorilah kawan..sedikit bz di tempat keje baru dan dirumah sendiri.

p/s: Tak sabar nak masuk umah baru pastu nanti nak ada bilik jahitan..En.suami dah beli meja jahit untuk diri ini pastu hj.sariman pulak bg mesin jahit yg ada pedal kaki tu..yahoo..nanti boleh jahit2..

Khamis, 2 Jun 2011

Bekerjalah dengan sabar..

Semalam aku pulang dari kerja dengan badan yang sangat letih.Dah 3 hari handle short course AUTOCAD untuk pelajar2 SMK Bukit Indah jadi badan rasa ponat bonar. Hari ni last day dan harap2 budak2 senang nak di handle.

Dalam perjalanan pulang aku pun duk tukar2 siaran radio.Bosan bila dengar penyampai banyak sangat bercakap dan iklan yg berbagai2 tu.Tengah sibuk tangan menekan button2 radio dlm kete tiba2 duk dengar la ustaz radio IKIM bercakap.Nak tekan button lain hati tak sanggup sebab teringat cakap ustaz dalam satu ceramah agama..'kenapa kita perlu lari dari ilmu yang berguna sedangkan ilmu itulah yg nanti akan meneman kita di sana(sana tu paham2 la)??..'

Ustaz IKIM tu kata dalam radio tu..kerja yang dilakukan dengan benar serta tidak mengeluh akan dapat menghilangkan dosa2 kecil kita.Oleh yang demikian bersyukur la kita kerana diberi kerja dan mempunyai pekerjaan.Walaupun seberat mana pun kerja itu ingat la bahawa Allah sentiasa memberi balasan kepada hambanya yang sabar.Di situlah akan wujudnya keberkatan di dalam hidup kita(ustaz tu cakap aku tolong taip je..).

Bila dengar je kata ustaz ni aku terpikir kejap..walaupun banyak macam mana pun kerja aku,aku berazam untuk tak nak mengeluh.Disebalik penatnya bekerja itu ada keampunan atas dosa2 aku dan keberkatan dalam hidup aku.Marilah kita bersyukur dan bersabar dalam melakukan pekerjaan kita.

p/s:Agak2 korang makin bermotivasi tak nak bekerja??

Sabtu, 28 Mei 2011

Bakat terpendam..

Setelah lama tidak balik ke Melaka akhirnya aku berpeluang jugak untuk pulang..
Kali ni aku balik sebagai seorang 'tua' yang bertajuk mak long.Setelah berjaya dengan ini dan juga hanya sempat tengok org dukung aje time ni..(nenek2 dgn atok2 semua excited..mak long duk diam2 jelah tgk-termasuk tak berani sebab kecik sgt..huhu).Juga tidak dilupakan koleksi kesayangan yg ini.Auntie nani tak kan lupa kamu semua..rindunya...

Akhirnya mak long berjaya juga mengasah bakat memegang baby..hehe.Ingat janji mak long nak dukung kamu..mak long dah tunaikan dah.Tahniah untuk diri ini..(riak sedikit walaupun org lain tak heran pun dapat pegang baby).

TAHNIAH MAK LONG NANI!!!(tepuk tangan ramai2)
Nampak berat sungguh pipi di atas ni (kata Irfan di dalam hati)

Face of the proud aunt and uncle..(sebab dpt anak sedara..kalo dpt anak sendiri aku tak tau la riak tahap mana pulak muka mereka ini)

Jom makan aiskrim..

Oh aiskrim..awat la ko sodap..
Tak taulah dari keturunan mana tp aku sangat giler kat aiskrim.Tak kiralah aiskrim kayu ke,aiskrim dlm tupperware ke ataupun aiskrim malaysia.Pendek kata kalo ada iklan aiskrim je kat tv mesti aku rasa nk try.

Atas kegilaan aku itu suami pun turut terpengaruh.Masa beli barang2 rumah di carefour aritu kami dh terbeli 1 bekas aiskrim wall selection (double dutcht) dan jugak aiskrim mat kool.Rasa macam meroyan makan aiskrim pagi petang siang malam.Dan atas sebab aiskrim ni jugak la senang je suami aku di zaman pakwenye dlu nk pujuk kalo aku marah2 (zaman tak pakwe skrg ni pun jugak).

Pengalaman aiskrim yang paling hebat aku pernah alami adalah makan kat Baskin n Robbin di zaman anak dara dlu.Konon2 nak bagi mak dgn huda rasa aiskrim mahal.Akhirnya kami bertiga sahaja makan harganye dekat2 RM60.Uih..itulah kali pertama dan terakhir aku bg sorg satu cup aiskrim Baskin n Robbin.Lepas2 drpd tu aku beli satu cup je pastu semua kene kongsi..(bukan kedekut tp jimat..minyak dh naik skrg..alasan belaka)

Zaman tak anak dara pulak aku bawak izzat plak makan aiskrim Tutti Frutti (sebab suami x nak ikut dan dia ckp ngarut2 je nk mkn - Frutti Tutti tu dia kata ngarut).Untuk merasa jugak sebab dalam iklan kat majalah cakap Tutti Frutti ni less fat dan sihat.Maklumla diri ini kan nak menjadi sihat (walaupun dh berzaman aku cakap mende yg sama..alasan belaka jugak).Tutti Frutti memang sangat friendly user.Ko nak makan aiskrim apa ko amik je sendiri (ala..ala..Slupee kat 7E) pastu sebelum bayar ko nk dressing aiskrim ko dgn apa ko buatla.Nak letak coklat syrup ke,nak tabur kismis ke,nak letak buah ke..semua ada dan ko akan jadi sedikit giler memilih apa yg nk diletak (sebab aku dengan izzat giler time part letak2 mende ni).

Dah siap semua akhirnya aiskrim korang itu akan di timbang tara..aku lupa la 100gram dia kira berapa.Tapi apa2 pun..aiskrim kami tu bila ditimbang tara jumlah harganye ialah RM20..izzat membebel2 kat aku sebab katanye..'mahal tu kak..kalo aiskrim biasa xde sampai satu cup RM20'..aku pun balas..'ala..buat rasa2,bukan selalu pun' (dlm hati..mahal giler rupanye aiskrim kat sini).Nak tengok rupa aiskrim RM20..

Amik gambar jauh dlu sebab nak tunjuk bukti nama Frutti Tutti (takbur sungguh)

Pastu baru dekat skit..nmpk tak masmelow tu(aku x reti nak eja mende ni)?? aku dgn izzat duk berebut nak makan kapas span tu..ehehe

Rabu, 18 Mei 2011

Keje lama tp baru berjaya siap..

Lamanye tak mngomel2 kat sini. Gumbira sungguh dapat bercuti ria semalam. Selamat aku dan ateh berjalan-jalan di TAR Road. Selamat duit kami jugak disumbangkan kepada peniaga2nye. Memang best bershopping baju dgn tudung kat sini. Di tambah lagi kami berdua je tanpa bodyguard2 kami, bertambah bermaharajalela la jawapnye. Maklumla ini kan tempat favourite aku.

Selepas abis jalan2,malam hari aku pun sibuk mengasah kembali bakat2 aku yg telah lama terpendam. Sejak pindah sini bakat aku memang tersimpan baik jek. Oleh sebab itu nak polish semula untuk digunakan dalam usaha mengajar orang lain pulak (a.k.a PROGRAM LATIHAN 1 MALAYSIA). Aku tak tau nk ngajar apa jadi aku akan try la ngajar diorg buat mende-mende seperti di bawah ni:-

Hasil usaha di hujung minggu dan di kala org sibuk ber'wesak'
 Ini semua hasil kutipan acuan-acuan dari abg GOOGLE. Kalo aku ikutkan apa yg ada kat dlm google tu semua mende aku nk try buat. Tapi apakan daya aku tak larat nak buat kutipan secara berlebihan dan aku pun tak berapa rajin nak try semua.ehehe..

To kak nani a.k.a zariyani tukiran (betul tak i eja nama u??), inilah jawapan pada soalan u.ehehe.Nak join kursus i??Jom join Kursus Felt Craft by Nur Hanani Sariman ye.Maklumat lanjut g je kat http://www.kkselayang.edu.my/

Jumaat, 6 Mei 2011

Kenapa di persoalkan??

Ada satu masa di zaman jahil aku dulu,aku akan sentiasa mengeluh bila ada halangan muncul.Kalo hujan tiba-tiba turun,mulalah mulut aku berkata-kata 'ala..hujan ni..kacau betul la'.Kalo tiba-tiba panas terik mulalah mulut aku 'ish..panas btol la,dah la lama nk kene berbaris ni'. Tapi aku insaf skit bila ada satu ceramah ni menyedarkan aku. Dalam ceramah tu ustaz cakap:-

'Kita selalu mengata kalo mata melihat perkara yang kurang cantik..contohnya kalo ada yang cuba mengurat kita dan kita tak berkenan kat dia mulalah kita laju mengata..muka dah la buruk ada hati nak kat aku.Tapi sedarkah kita yang kita katakan itu ialah penciptanya??Sama seumpama kalo kita masak dan makanan yg kita masak tu tak sedap.Org pun mengata..nampak sedap tapi rasa macam nak muntah.Dalam situasi ni siapa yg akan terasa??

Balik semula kepada cite yg aku nk story.Cite ni lama dah sebenarnya.Aku dengar luahan rasa kawan aku.Bila dengar cerita kawan ni hati jd sayu plak.

Ceritanya bermula bila si A ni keluar dari unit yg di ketuai oleh si B.B org nye agak tegas manakala A ni jenis melawan skit.Bila dah keluar maka terkeluarla juga kata-kata yg tersimpan di dalam hati si A ni sepanjang berada di bawah ketua B.Mungkin zaman semakin maju jd luahan rasa kita boleh disebarkan serata dunia (facebook la apa lagi..).Kadang-kadang luahan rasa kita tu x perlulah di umumkan serata dunia kan.Sebab apa??arini mungkin kita sakit hati dengan org tu..tp manatau esok2 org tu kawan baik peluk cium kita.Jd luahkan hati secara tertutup cukuplah.Kita kan belajar tinggi,bukan budak tadika lagi.

Isu yg cuba aku sampaikan bukan itu sahaja.Isu hangat ialah apa yg terkeluar dari A. Kata A si B ni tak paham situasi dia.B tak kawin lagi jd xtau naluri seorang isteri dan ibu. Dan kata A lagi B kan anak dara tua sebab tu dia tak paham A (part ni yg aku sedih skit).Kadang-kadang terpikirkah kita..mereka yg kawin lambat ni nak ke jadi begitu??Mereka rancang ke semuanya??Samalah macam yg belum dapat anak..nk ke mereka semua ni??(aku tak nak!!huhu). Oleh itu meh kita doakan kawan-kawan kita ni agar cepat-cepat ditemukan jodoh dan dikurniakan zuriat (doakan aku tau)...

DOA DAPAT ZURIAT
Maksudnya :”Ya Tuhanku, janganlah Engkau membiarkan aku hidupku seorang diri, dan Engkaulah pewaris yang paling baik.” (AlQuran: Al-Anbiya’: 89).
Maksudnya: “Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi-Mu seorang anak yang baik. Sungguh Engkau Maha Pendengar doa.” (Surah Al ‘Imran: 38).
Penjelasan:
Doa di atas baik sekali dibaca oleh orang-orang yang belum mempunyai keturunan dan pasangan hidup. Juga baik sekali dibaca oleh setiap muslim agar diberi keturunan yang soleh.
Kedua ayat diatas merupakan doanya Nabi Zakaria A.S. agar diberi keturunan sebagai penerus perjuangannya menegakkan agama Allah.
Kisah Nabi Zakaria boleh dilihat dalam Al-Our’an Surah Al-Anbiya’ ayat, 89-90; Al-Imran, 38-41.
kredit kepada: http://www.isuhangat.net/2011/02/doa-minta-jodoh/


Jom kita doakan kawan-kawan kita..

Akhir kata..jagalah tutur kata kita.Kadang-kadang memang kita konon-konon tak nak hipokrit nk terus-terang,tp tak salah kalo berterus-terang dengan menggunakan ayat yang baik.

Khamis, 5 Mei 2011

Saya dah dpt tajuk (title) mak long

(Kadang-kadang ada perkataan yg elok xyah translate kan??hehe)

Hai..jumpa lagi. Kali ini nk tunjuk a.k.a riak sebab saya dah dapat title mak long. Naik pangkat skit sebab sebelum ni saya mak tam je..(mak tam kepada anak sedara yg berjumlah..jap kira..18org..jgn main2..mak tam bukan sembarangan tau).

Ni lah dia anak sedara mak long....Muhammad Irfan bin Khairul Nadzri
Dalam byk2 gambar..mak long suka yg ni..nmpk excited nk explore dunia yg penuh pancaroba ini
Mak long tak sempat nak jumpa kamu lagi..nanti jumpa mak long dukung kamu ye.Ok la,sikit je nk taip.Busy dengan keje2 baru..maklumla junior jd kene konon2 rajin.hehe