Khamis, 17 Mac 2011

Kuali baru..

Lama dah teringin nak buat ayam bakar ke,ikan bakar ke sedap sungguh kan??Tapi masalah nye den takde alatan nk membakar tu.Oven takde,kuali untuk membakar pun takde.Malam tadi oleh kerana nak jugak buat ayam percik aku mengeledah kotak-kotak barang pindah aku.Tiba-tiba terjumpa kuali hadiah sempena aku dapat pindah aritu.

Masa dapat hadiah aritu..(muka tak bersalah sungguh org yg buat peace tu..)

Tanpa berlengah lagi aku pun menyediakan bahan-bahan ayam percik.Resepi nak buat ayam percik aku dapat dari mak mertua aku masa balik Sabak Bernam hujung minggu lepas.Sebab belajar pun tanpa buku dan pen serta tiada slide show maka aku ingat-ingat secara basic jelah apa yang patut di buat.Nasib baik ada beli buku resepi Chef Hanieliza (berguna jugak buku ni akhirnya..)
Buku yang sangat best..(siap gerenti jadi tu)


Ni jenama kuali yang aku dapat..memang best (amik gambar  mende ni dah dalam tong sampah..plastik bawah tu ada lemak-lemak ayam..ehehe)

Akhirnya..dengan kerjasama kuali non-stick yang best serta buku resepi serta latihan praktikal oleh mak mertua aku maka jadilah ayam percik aku malam tadi.Sebab apa aku berani cakap jadi..APPROVED OLEH SUAMI DEN LA..hehe.Terima kasih kepada yang belikan kuali non-stick yang best tu.I LOIKE VERY-VERY..

Ayam ni dah terbalik dua tiga kali pun xde apa yang melekat.Rempah-rempah yang hangit tu pun tak melekat u ollss
p/s: Sebab dah ada kuali ni,makanye selepas ni aku nak masak bakar-bakar je...ahahaha (suami aku cakap jangan la selalu nanti muak plak tengok bakar-bakar)

2 ulasan:

Nur Faziha berkata...

perghhhh.. kena datang umah auntie nani niehhh.. dia masak-masak sedapp lahh...

p/s: memang yang buat peace tuuu.. eheheh

NADHIRAH NOR ZELAN berkata...

erm sedap tu hehheh nan cuba ko pi blog jintanmanis sedap2 recepi dia